Friday, July 23, 2010

Penawar percuma, sujud yang mengubati

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.

2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.


Allah SWT menciptakan manusia dengan hikmah, dan setiap suruhan Allah itu ada hikmah di sebaliknya

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. dan mengalakkan kita bersujud lama. Sujud yang sempurna ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (Hernia adalah keluarnya organ dalam rongga perut (biasanya usus) melalui cincin hernia ke dalam kantung zakar (scrotum) pada laki-laki.)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

Wanita yang banyak bersujud lebih ayu wajahnya

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Mungkin kalau ada yang perasan, orang yang banyak bersujud hidupnya lebih tenang, kesihatannya terjaga disamping kehidupan sehariannya penuh ceria. Kalau tidak mahu berbelanja besar mengubati penyakit, eloklah banyakkan sujud, yakni dengan melakukan solat-solat sunat tanpa meninggalkan solat yang wajib. Setiap penyakit itu ada ubatnya, dan ubat yang terbaik adalah dari Doktor segala doktor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails