Dari Aisyah r.a, dia. berkata: "Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan: "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."
"Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."
Dalam hadis Bukhari Muslim, dari Aisyah ra, dia berkata: "Aku tidak melihat sama sekali Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban."
Dalam suatu riwayat: "Rasulullah SAW berpuasa pada bulan Ramadhan seluruhnya." Dalam riwayat Muslim: "Rasulullah SAW berpuasa pada bulan Syaaban kecuali sedikit."
Dikatakan, untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar. Sedangkan hari raya kaum muslimin adalah Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun. Sedangkan malam Jamaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al-Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinva bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah merupakan sebab penghapusan dosa.
Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang disebut malam Tafkir, atau malam Ihya`. Di mana dalam hadis marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati mati.
Di samping itu juga disebut pula sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadis disebutkan bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat bagi umatnya. Allah memberinya sepertiga. Kemudian beliau memohon lagi pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga. Nabi mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.
Malam itu juga dinamakan malam Makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang musyrik dan orang yang memberati dengan dosa,"
Kadang-kadang disebut malam pembebasan.
Ibnu Ishaq merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata: "Aku disuruh Nabi SAW ke rumah Aisyah untuk suatu keperluan. Aku berkata: "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban." Aisyah berkata: "Hai Unais, duduklah! Akan kuceritakan padamu hadis tentang Nisfu Syaaban. Malam itu adalah suatu malam di mana Rasulullah SAW sedang memenuhi giliranku. Dia masuk bersamaku, dalam selimutku. Di tengah malam aku terbangun. Tiba-tiba beliau tiada di sisiku. Aku berkata, mungkin beliau pergi kepada jariahnya al-Qibtiyah. Segera aku keluar dan aku melalui masjid. Aku langkahkan kakiku padanya. Ternyata beliau berkata: "Aku telah bersujud, hatiku telah beriman, dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan dan membentuknya, menyebek telinga dan matanya."
Kemudian beliau mengangkat kepalanya. Lalu aku berkata: "Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain." Beliau berkata: "Wahai Humaira', tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang: yang membiasakan minum arak, yang menderhakai kedua orang tuanya, yang membiasakan zina, yang keras kepala, tukang pukul dan tukang fitnah."
Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut malam Qiamah dan Takdir. Sebab suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin Yassar: "Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain. Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah, dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati. Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya.”
No comments:
Post a Comment