Monday, May 31, 2010

Kenapa baru sekarang Mesir membenarkan bantuan dihulurkan melalui sempadan Gaza?

31/5/2010 Bantuan besar besaran daripada UAE kepada Palestin melalui jalan darat akan memasuki Gaza dalam masa terdekat. Menurut sumber al-Arish, konvoi bantuan UAE itu tiba rabu untuk sampai ke bandar El Arish dan akan diterima oleh Palang Merah Mesir untuk bersedia dimuatkan ke lori dan meninggalkan Bandar El Arish utk memasuki Semenanjung Gaza pd khamis melalui pelabuhan komersil Awja .

 
Bantuan yang bakal memasuki Gaza mellui sempadan Gaza-Mesir

Sumber keselamatan berkata penguasa Mesir dan Palang Merah Mesir kedua-duanya bersedia untuk menerima konvoi besar bantuan daripada Emeriah Arab Bersatu kepada rakyat Palestin. Pada masa yang sama, penguasa Mesir juga menyiapkan persediaan di Pelabuhan El Arish untuk menerima kapal ‘Freedom to Gaza’, Jikalau berlakunya penolakan oleh tentera laut rejim zionis, atau konvoi dihalang untuk memasuki pelabuhan Gaza.

Konvoi Gaza: Wakil DPP serah memo esok, demo Jumaat

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khusnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan. Mereka diminta membawa bendera Palestin dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Bantuan ketenteraan segera amat perlu bagi mengajar Israel LAKNATULLAH

Jika melihat pada situasi sekarang Israel sememangnya tidak akan patuh pada undang-undang antarabangsa dan akan terus menghalang dan membunuh aktivis-aktivis kemanusiaan dalam misi bantuan ke Gaza.

Setakat ini korban telah meningkat melebihi 16 orang dan bilangan yang cedera melebihi 30 orang. Misi yang hanya membawa barang-barang keperluan harian, ubat-ubatan dan bahan binaan untuk penduduk Palestin diserang seolah-olah rombongan membawa kelengkapan perang. Inilah realiti yang berlaku, dan kami pendudukMalaysia amnya menyeru semua rakyat bangkit menentang kebiadaban Israel dan kuncu-kuncunya.

Berikut adalah antara resolusi yang dicapai,
dipetik dari Palestinkini.info

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

Isnin , 31/05/2010 -Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Israel army memasuki kapal rombongan misi kemanusiaan

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Sunday, May 30, 2010

Ha'ah, Benar dan Betul

"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?" Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'. Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.. 

Saturday, May 29, 2010

Konvoi Lifeline4Gaza mula berkumpul di Laut Mediterranean

Setelah belayar sejak lebih 12 jam lalu daripada pelabuhan Yeni Antalya di Turki, kapal Mavi Marmara kini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus. Kapal Mavi Marmara sudah mula bergabung dengan sebuah kapal daripada Greece yang bernama Challenger-2. Mereka menunggu ketibaan 7 buah kapal-kapal lain. Kapal-kapal ini dijangka meneruskan pelayaran terus ke Gaza apabila kesemua 9 buah kapal bertemu di perairan tersebut.

Semangat 11 orang sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi ini begitu tinggi sekali walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak begitu selesa apabila mengikuti pelayaran jauh di lautan dalam buat pertama kali. Ketabahan mereka ditingkatkan lagi dengan kerjasama yang sangat erat dengan sukarelawan daripada negara jiran, Indonesia.

Pagi tadi jam 10:00 pagi, sukarelawan-sukarelawan daripada Malaysia dan Indonesia telah mengambil kesempatan bersama-sama Syeikh Ra’id Salah, Ketua Pertubuhan Palestina 1948 untuk mendapatkan nasihat dan berkongsi pengalaman beliau dalam memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjid al Aqsa.

Thursday, May 27, 2010

Bola Sepak, Piala Dunia Dan Gerakan Dajjalisme

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yg melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yg tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (QS Al-Hadid: 20)

Protokol Zionis versi Rothchild menyebutkan “Konspirasi akan membakar semangat rakyat hingga ke tingkat histeria. Saat itu rakyat akan menghancurkan apa saja yang kita mahu, termasuk hukum dan agama. Kita akan mudah menghapus nama Tuhan dan susila dari kehidupan mereka”

Dalam waktu tidak kurang sebulan lagi ruang publik kita akan dicanangkan dengan berita mengenai perlawanan bola sepak, baik di dada-dada akhbar mahupun dikaca-kaca televisyen. yang akan dan yang pastinya sebahagian dari kita baik sedar atau tidak sedar akan ikut terkulai dalam ruang imaginasi yang melalaikan.

Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan saat ini memang belum dimulai, namun aroma atmosferanya sudah terasa menyengat di seluruh dunia dan tak terkecuali di negeri yang majoritinya Muslim ini. Para peminat bola mungkin saat ini tengah melakukan persiapan atau tepatnya ritual untuk menyambut tamu agung bernama piala dunia. Industri media cetak dan elektronik negeri ini pun tidak kalah sengit untuk ikut sama dan berpesta ria dalam balutan epistemologi kapitalisme dalam mengaut loba sebesar-besarnya menjelang piala dunia ini.

…Dajjal akan muncul sebagai individu, sebagai gejala sosial budaya global dan sebagai kekuatan ghaib yang tidak nampak pada mata kasar…

Aksi dan skill pemain bola sepak memang begitu memikat para peminat bola sepak. Mengapa tidak, bola sepak saat ini bukan hanya sebagai sukan tapi sudah menjadi agama baru buat mereka, pemain kesayangan mereka pula seolah-olah menjadi nabi seketika, bagaikan alam tidak sedar mereka berteriak memekak telinga “not only as sport but also as religion.” Jelas tidak hairan kalau kemudian Johan Cruijjf sang legendaris bola sepak yang berasal dari Belanda menyebutkan, “Mereka yang tidak mengerti bola sepak adalah mereka yang tanpa hati nurani.” Fakta  tersebut memang tidak mungkin diulas di sini, tapi penulis ingin mengatakan bahwa saat ini bola sepak sekarang sudah berkemungkinan menjadi agama baru bagi para penganutnya.

Contoh ringkas, berapa ramai peminat bola sepak yang mengutamakan waktu sembahyang setiap kali menghadiri sesebuah perlawanan? Jika perlawanan bermula pada pukul lapan malam, biasanya peminat setia sudah berada di dalam stadium sebelumnya. Mungkin sesetengah peminat sudah sembahyang sebelum menyaksikan perlawanan, mungkin ada yang keluar sebentar untuk menunaikan solat. Alhamdulillah, itu sebaiknya. Tetapi berapa ramai yang boleh keluar stadium ketika perlawanan hangat berlangsung. Tatkala azan isya' berkumandang, adakah perlawanan ditangguhkan untuk memberi laluan menunaikan solat? Mana yang diutamakan, melaksanakan perintah Tuhan atau terus menonton bola sepak? Jika perlawanan yang lebih penting, maknanya kita berTUHANkan bola sepak.

Bola Sepak, Piala Dunia  dan Sistem Dajjal

Ahmad Thomson dalam bukunya “Sistem Dajjal” menyebutkan bahwa Dajjal akan muncul sebagai individu, sebagai gejala sosial budaya global dan sebagai kekuatan ghaib yang tidak nampak. Dan saat ini muncul pula fenomena yang berkait dengan sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi, hukum dan moral yang mengalami kekacauan (chaos) akibat dari kekuatan atau ideologi yang tidak nampak tadi. Sedangkan Dajjal sebagai individu menurut Thomson memang saat ini belum nampak dengan mata kasar. Namun apa yang harus diberi perhatian bahawa dalam sistem Dajjal ini nilai-nilai yang ditawarkannya adalah bersangkut paut dengan nilai paradoks yang merosakkan  iman dan tauhid, semuanya berbasis syahwat, materialistik serta berusaha mengiring manusia kepada kekufuran, kerana memang worldview dari sistem Dajjal ini adalah kekufuran sejati.

Lalu bagaimana relevanya gerakan Dajjalisme ini dengan fenomena bola sepak di atas atau katakanlah dengan piala dunia yang sebentar lagi akan membuat setiap sudut bumi gegak gempita dari timur dan barat, selatan maupun utara. Sejenak mari kita review kembali ingatan kita akan fenomena kerosakan moral dan sosial akibat gerakan Dajjalisme di lapangan hijau ini baik di tingkat dunia mahupun lokal.

…fatwa mufti Al-Azhar yang mengharamkan fanatik bola terhadap para penyokong Mesir, ternyata tidak mendapat tanggapan...

Mungkin masih hangat dalam ingatan kita bagaimana fatwa mufti Al-Azhar yang mengharamkan fanatik bola sepak terhadap para penyokong Mesir ternyata tidak mendapat respon, yang terjadi malah sebaliknya, para penyokong fanatik bola sepak dari negeri piramid itu justeru terlibat dengan rusuhan dengan sesama penyokong negara jiran mereka (tanah Arab) setelah pertandingan prakelayakan piala dunia yang dimenangkan Al Jazair November 2009 lalu, yang menariknya, dominasi bola sepak rupanya lebih diambil kira berbanding fatwa mufti.

Rusuhan antara penyokong akibat terlalu fanatik bola sepak bukan hal yang aneh lagi dalam ingatan kita, Tragedi Heysel, Belgia, pada Piala Champions Eropah  tahun 1985 memakan korban yang memilukan, disusuli empat tahun kemudian meletus tragedi  Hillsborough dikota Sheffield di mana pendukung fanatik Liverpool terbunuh akibat pergaduhan gara-gara tumpas dalam perlawanan bola sepak. Kemudian mari kita tengok bumi pertiwi kita ini, fenomena rusuhan Jakmania, The Viking, Bobotoh atau Bonek, Aremania, Hooligan Mania, ikut mewarnai kerusakan moral dan sosial akibat “agama baru” bernama bola sepak ini. Bahkan di negara jiran Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan rusuhan-rusuhan peminat bola sepak.

Pasukan yg akan  bertanding merebut World Cup Africa 2010

Kemudian mari  kita berjalan-jalan sejenak ke negara Jerman, umat Muslim Jerman  menjadi saksi atas perlecehan terhadap Islam dan Rasulullah yang dilakukan oleh penyokong kelab Schalke dalam bait-bait lagu kelab mereka, di mana dalam lagu tersebut tersembul bait yang menyebutkan, “Muhammad adalah seorang Nabi yang tidak memahami bola sepak.” Namun dari semua warna yang ada Nabi memilih warna kebesaran Schalke, biru dan putih,” jelas hal tersebut merupakan penghinaan dan membuat Muslim Jerman marah.

…Lagi-lagi teori bola sepak sudah menjadi “agama baru” bukan hanya sekadar acara sukan bagi para peminat fanatiknya…

Lagi-lagi teori bola sepak sudah menjadi “agama baru” bukan hanya sekadar acara sukan bagi para fanatiknya. Dalam piala dunia nanti entah mana lagi yang akan dijadikan ikutan fanatisme dan teori  “agama baru”  tersebut dan kita pun dipaksa untuk “mengimaninya". Yang pasti, kiblat dunia bakal beralih ke Afrika Selatan dalam masa tak sampai sebulan lagi.

Kegilaan Piala Dunia dan nasib Umat Islam yang tertindas

Agaknya gurauan seorang ustaz tempoh hari cukup geli hait bila teringatkan, beliau mengatakan bahawa saat piala dunia tengah berlangsung maka dapat dipastikan sebahagian umat Islam akan rajin “qiyamulail” setiap malam, kiblatnya adalah televisi dan wiridnya adalah teriakan “Goaalllll…!!! Goaaallll.. atau mungkin wirid lain yang membuatnya lebih khusyuk sampai matahari pagi tersenyum kepadanya.

…sebagian umat Islam akan rajin qiyamulail setiap malam, kiblatnya adalah televisi dan wiridnya adalah teriakan “Goaalllll…!!! Goaaallll…

Namun di saat yang sama di belahan bumi Islam di luar sana, Palestin, Iraq, Afghanistan, Patani Thailand dan lainnya tengah berkecamuk mempertahankan akidah dan berlumba-lumba menjemput syahid fi sabilillah demi membeli surga Allah dengan titisan darahnya. Mereka berjuang melawan kebiadaban tentara Zionis, berhadapan dengan mortar mematikan yang siap menyalak setiap saat menhantar para mujahidin menuju syahid fi sabilillah. Sedangkan kita masih  terlena dalam buaian Dajjalisme berselimut kegilaan melayan bola sepak sambil berteriakan dalam igauan mimpi... Goaaaalllllll…!! Wallahu a’lam

Penulis adalah Anggota Kajian Zionisme International (KaZI), Alumni SMUN 1 Jasinga - Bogor Indonesia

Artikel ini diedit daripada tulisan asal penulis Ruyatna

Pakistan tutup Youtube dan Facebook?

ISLAMABAD (Arrahmah.com) - Pakistan telah memblok laman pertukaran video yang popular, YouTube, sebagai memboikot bahan yang mengandung unsur ‘penghinaan kepada Tuhan’.

Arahan oleh Pakistan Telecommunication Authority (PTA) meminta pemilik komunikasi internet untuk memblok akses ke jejaring sosial Facebook sehari sebelumnya kerana pertandingan melakar karikatur  Nabi Muhammad secara online. Segala bentuk persembahan dari Nabi Muhammad dianggap tidak Islamik dan menghina umat Islam.

Wahaj-us-Siraj, CEO Nayatel, pemilik salah satu syarikat komunikasi internet, mengatakan bahawa PTA juga mengeluarkan perintah ‘segera’ memblok YouTube yang dimiliki Google ini. YouTube juga pernah diblok di negara Muslim ini pada 2007 selama satu tahun atas apa yang disebut Pakistan sebagai video yang tidak Islamik.

Jurubicara PTA, Khurram Mehran Ali, mengatakan, tindakan untuk memblok YouTube diambil setelah pihak berkuasa melihat kandungan yang dianggap menghina Islam sedang diupload di laman sesawang itu.

"Sebelum menutup (YouTube), apa yang kita lakukan hanya mencuba untuk memblok URL tertentu atau link, dan akses ke 450 link di internet dihentikan. Tetapi kandungan yang tidak sepatutnya terus muncul sehingga kami terpaksa memerintahkan untuk menutupnya secara total," katanya.

PTA juga mengatakan mereka sedia berbincang dengan pihak dari Facebook dan YouTube agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera sekaligus mencari jaminan keharmonian beragama.

Beberapa laman web lain, termasuk Wikipedia dan Flickr juga tidak dapat diakses di Pakistan beberapa hari terakhir ini. Namun jurucakap pihak berkuasa mengatakan tidak ada perintah untuk benar-benar memblok kedua laman ini.

Pihak pentadbiran Amerika Syarikat telah mengkritik tindakan yang diambil negara-negara lain selain Pakistan, termasuk China, untuk memaksakan pembatasan internet. Namun jurucakap Menteri Luar Negeri AS PJ Crowley mengatakan akan berhati-hati dengan langkah terbaru Pakistan dan menilai masalah ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan prinsip AS.

Namun, Crowley menambahkan bahwa Pakistan harus memastikan bahawa tindakan mereka tidak membatasi kebebasan berbicara bagi jutaan warga di negaranya yang berhubung menerusi internet.

Wednesday, May 26, 2010

Qassam - roket yang digeruni Israel

Roket yang digunakan pejuang Hamas
Hamas yang mempunyai keahlian yang majoritinya gologan pemuda terpilih adalah satu gerakan mujahidin yang berjuang membebaskan bumi Palestin daripada penjajah Yahudi laknatullah.

Para pejuang ini bergerak berbekalkan peralatan persenjataan yang serba kekurangan, namun semua itu bukanlah segalanya kerana mereka percaya bahawa pertolongan dari langit adalah faktor penentu kejayaan dalam setiap gerakan militer yang dilancarkan.

Di samping kelengkapan perang yang ringan seperti rifle AK-47 buatan Russia, Hamas juga melancarkan serangan ke atas Israel menggunakan roket buatan sendiri yang diberi nama Qassam. Roket Qassam diasaskan oleh jurutera Hamas, Nidal Fat'hi Rabah Farahat dan Mohamed Khaled dibawah seliaan Adnan al-Ghoul, "Bapa Qassam", yang telah dipenjarakan oleh tentera Israel pada tahun Oktober 22 dan dibangunkan oleh Briged Izz ad-Din, salah satu sayap militer dibawah Hamas. Proses pembuatannya dilakukan secara rahsia di lokasi-lokasi tententu bagi mengelakkan dibom tentera Israel.

Wasiat Rasulullah SAW

Dalam sebuah kesempatan, sahabat Abu Dzar a-Ghifffari r.a pernah bercakap-cakap dalam waktu yang cukup lama dengan Rasulullah SAW. Diantara isi percakapan tersebut adalah wasiat baginda kepadanya.

Berikut petikannya ;
Aku berkata kepada Nabi SAW, "Ya Rasulullah, berwasiatlah kepadaku. Baginda bersabda,   

"Aku wasiatkan kepadamu untuk bertaqwa kepada Allah, karena ia adalah pokok segala urusan".

"Ya Rasulullah, tambahkanlah." pintaku. 

"Hendaklah engkau senantiasa membaca Al Qur`an dan berdzikir kepada Allah azza wa jalla, karena hal itu merupakan cahaya bagimu dibumi dan simpananmu dilangit" 

"Ya Rasulullah, tambahkanlah." kataku. 

"Janganlah engkau banyak tertawa, karena banyak tawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah" 

"Lagi ya Rasulullah." 

"Hendaklah engkau pergi berjihad karena jihad adalah kependetaan ummatku" 

"Lagi ya Rasulullah." 

"Cintailah orang-orang miskin dan bergaullah dengan mereka" 

"Tambahilah lagi." 

"Katakanlah yang benar walaupun pahit akibatnya." 

"Tambahlah lagi untukku." 

"Hendaklah engkau sampaikan kepada manusia apa yang telah engkau ketahui dan mereka belum mendapatkan apa yang engkau sampaikan. Cukup sebagai kekurangan bagimu jika engkau tidak mengetahui apa yang telah diketahui manusia dan engkau membawa sesuatu yang telah mereka dapati (ketahui)." 

Kemudian beliau memukulkan tangannya kedadaku seraya bersabda, 

"Wahai Abu Dzar, Tidaklah ada orang yang berakal sebagaimana orang yang mau bertadabbur (berfikir), tidak ada wara` sebagaimana orang yang menahan diri (dari meminta), tidaklah disebut menghitung diri sebagaimana orang yang baik akhlaqnya." 

Itulah beberapa wasiat emas yang disampaikan Rasulullah SAW kepada salah seorang sahabat terdekatnya. Semoga kita dapat meresapi dan mengamalkan wasiat baginda. Wallahu A`lam. 

Oleh :
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

Tuesday, May 25, 2010

Ketawa di dunia atau menangis di Akhirat

Kisah ini diambil dari folder simpanan penulis untuk dikongsi bersama, moga bermanfaat.. Jika ada silap maklumat, teguran dan saranan daripada pembaca amat dialu-alukan.

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: Ketika Khidir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa a.s."Berilah nasihat kepadaku"

Khidir berkata: “Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan janganlah tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.”

Jaafar bin Auf dari Mas’ud dari Auf bin Abdullah berkata: “Biasa Nabi Muhammad SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya. (Yakni tidak suka melerek).” 

Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak di dunia bererti akanbanyak menangis di akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalasan dari amal perbuatan mereka.” 

Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.”

TG Nik Aziz ketika solat  hajat di stadium di bandar Kota Bharu

Al-Hasan Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa , lalu ditanya: “Hai anak muda, apakah engkau sudah menyeberang Shirath?” Jawabnya: Belum.” 

“Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?” 

Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Hasan meresap benar dalam hatinya sehingga ia bertaubat daripada tertawa.

Fakta daripada barat pula mengatakan ketawa merupakan kaedah perubatan terbaik untuk minda and tubuh badan. Disamping itu, menurut mereka kaedah rawatan ini adalah kaedah untuk menghilangkan stress.

“Your sense of humor is one of the most powerful tools you have to make certain that your daily mood and emotional state support good health.” Paul E. McGhee, Ph.D.

In addition, laughter give powerful antidote to stress, pain, and conflict. Nothing works faster or more dependably to bring your mind and body back into balance than a good laugh.

Humor lightens your burdens, inspires hopes, connects you to others, and keeps you grounded, focused, and alert.

With so much power to heal and renew, the ability to laugh easily and frequently is a tremendous resource for surmounting problems, enhancing your relationships, and supporting both physical and emotional health. 

Laughter relaxes the whole body. A good, hearty laugh relieves physical tension and stress, leaving your muscles relaxed for up to 45 minutes after.

Laughter boosts the immune system. Laughter decreases stress hormones and increases immune cells and infection-fighting antibodies, thus improving your resistance to disease.

Laughter triggers the release of endorphins. The body’s natural feel-good chemicals. Endorphins promote an overall sense of well-being and can even temporarily relieve pain.

Laughter protects the heart. Laughter improves the function of blood vessels and increases blood flow, which can help protect you against a heart attack and other cardiovascular problems.

Memang tak dinafikan kajian perubatan sebegini, terbukti benar, tapi kita juga perlu melihat cara hidup masyarakat barat, mereka hidup bebas bersosial, tanpa bimbingan agama, hidup mereka penuh dengan stress, minda mahupun jasmani dan natijahnya mereka mencari altenatif seperti hiburan bagi mewujudkan suasana humor untuk menghilangkan stress tanpa perlu merujuk kepada agama.


Senyum itu sedekah

Islam mengajar kita bagaimana menjaga kesihatan menurut tuntutan Al-Quran dan Sunnah, sbb itulah anjuran ketawa berlebihan tidak digalakkan, bahkan dihukumkan makruh. Islam melarang berbuat demikian supaya kita beringat-ingat bahawa hidup didunia ini hanya sementara, dan kita akan kembali kepada Allah. Bila menghadapi tekanan, Islam menganjurkan kita menyerah kepada Allah, mengadu segala masalah kepadaNya sebagai jalan penyelesaian bila segala usaha telah dicuba, bukan dengan cara menghiburkan hati dengan bergelak ketawa dan seumpamanya. Setiap penyakit ada penawarnya melainkan MATI.

Saturday, May 22, 2010

PANADOL- you should know this!!!

DON’T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems FYI. One real story from a friend…
My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctor quite well. The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETAMOL). In fact, they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver.

According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of Panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

The doctor told that whenever we have a headache, there are a process which produced imbalance electron/ion in the brain and this may lead us to feel giddy. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink (eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water. or 2 cups water).

a preferred athletic drinks

My husband and I have tried this on several occasions, and it seems to work well. The warm in the body got reduced and sometimes it let our body get well better than panadol itself.

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head. As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain ( your endurance level for pain ). We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer ) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general.

If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps ) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is Pumped full with Panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine????

The thought is scary enough to turn me to Chinese Herbal Medicine or other healthier alternative. Value your health, value your life, THINK wisely before you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please do let others know, spread this article.

Bidadari untuk Umar r.a.

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah kaum muslimin di Makkah berani solat dan thowaf di sekitar Ka'bah secara terang-terangan.

Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya Mikraj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimikrajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Umar r.a. merupakan seorang sahabat yang amat taat kepada perintah agama. Hidup bersama Rasulullah SAW dan menjadi tunjang dalam membela Islam sehinggalah ia sampai kepada kita hari ini. Umar r.a. menjadikan al-Quran sebagai  panduan hidup, kita pula menjadikan al-Barat sebagai suri teladan, belum tentu ganjaran bidadari, syurga pun masih belum mampu diraih. Berbahagialah orang yang mencintai Allah dan Rasulnya.

Friday, May 21, 2010

PAS desak menteri, mufti bantah judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.

"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.

Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.

"Walaupun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu."

Herman menambah, ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda "jika sumber yang berkat digunakan" bagi membangunkannya.
"Menghapuskan judi juga sekali gus akan memisahkan pendapatan dan gaji para menteri dan mufti yang dibayar kerajaan daripada sumber-sumber yang haram," katanya.

Courtesy: Malaysiakini

dEngineer says: kalau geng2 ustaz kerajaan ni bersuara, alamatnya tak lame la bleh dok atas kerusi empuk.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (HR Baihaqi)

Wednesday, May 19, 2010

Rumput dan kuda

Al kisah suatu hari dalam satu kelas,

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"

Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"

Cikgu : "Rumputnya mana?"

Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"

Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Cikgu : (Geleng kepala...)

Monday, May 17, 2010

Wanita bersolek dan berhias dengan pelbagai fesyen yang mendedahkan aurat

Tanda-tanda kiamat kecil telah berlaku samada kita sedar atau tidak. Kehadiran budaya berfesyen sepertimana yg kita lihat hari ini meberitahu bahawa dunia ini sedang menghampiri zaman akhirnya. Wanita-wanita berpakaian ala barat banyak dilihat di tempat-tempat umum. Tidak hairanlah jika budaya hedonism ini terus dipuja kerana inilah sepertimana yg dikhabarkan Rasulullah.

Sekadar gambar hiasan
Nabi SAW bersabda, “Akan berlaku di akhir zaman ke atas umatku kelihatan lelaki menaiki kenderaan mempunyai pelana besar, mereka singgah dan masuk kedalam masjid, sedangkan isteri berpakaian baju separuh (singkat mendedahkan aurat), di atas kepala isteri mereka terletak topi dan ada yang bersanggul tinggi bagai goh (bonggol ) belakang unta. Jika kamu lihat isteri mereka itu hendaklah kamu laknat, kerana mereka telah dilaknat Allah.” (HR Imam Ahmad dalam musnad dari Abdullah bin Amru bin ‘Aas).

Sunday, May 16, 2010

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople Part 2

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican


Vatican menghantar armada kapal kpd tentera Byzantin

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Rantai besi yg digunakn oleh tentera Byzantin

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal tentera Islam dilancarkan dr puncak gunung

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Al Fateh sentiasa bersama ulama dan tentera dlm kondisi perang

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

From http://nurhayatiazman.blogspot.com

Pahala yang selalu mengalir

Kehidupan dunia yang kita yakini dan memang telah terbukti sebagai kehidupan yang sementara. Manusia sebagai salah satu makhluk Allah telah dipastikan akan mati. Sebagai muslim, tidaklah penting bila dan dimana kita akan mati, yang terpenting adalah apakah kita bisa mencapai kematian dalam keadaan tunduk kepada Allah atau tidak.

Kebahagiaan di akhirat juga harus dicapai dengan bekal pahala yang banyak dan untuk memperoleh pahalanya yang banyak bererti harus beramal soleh sebanyak-banyaknya. Meskipun begitu, ada perbuatan yang pahalanya akan terus diraih oleh orang yang beramal, mekipun ia sudah meninggal dunia. Dalam hal ini Rasulullah menunjukkan empat perkara sebagaimana sabdanya yang berbunyi, 

"Ada empat perkara yang mengalir pahalanya setelah pelakunya meninggal dunia, yaitu, orang yang meninggal selagi giat-giatnya berjuang di jalan Allah, orang yang mengajarkan ilmunya, senantiasa mengalir pahala baginya, orang yang memberikan sadaqah akan mengalir shadaqah di mana saja shadaqah itu terletak dan orang yang meninggalkan anak yang shaleh dan anak tersebut selalu berdo’a untuk kebahagiaan." (HR Ahmad dan Thabrani). 

Salah satu yang disebut dalam hadis diatas adal mati syahid. 

Mati syahid adalah kematian yang dicapai tatkala seseorang tengah berjuang menegakkan kalimat Allah. Begitu mulianya mati syahid sehingga seorang mu’min yang sebenar-benarnya, di manapun ia berada selalu mendambakannya. Para syuhada di dalam akhirat mendapatkan kenikmatan yang luar biasa, mereka pasti meraih syurga yang dijanjikan Allah, sebagaimana firman-Nya,

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an". (QS At-Taubah ayat 111). 

Harga syurga bukanlah semurah yang selalu kita bayangkan. Jika penganut agama samawi terdahulu terkorban demi mempertahankan iman, bagaimana kita umat moderan? Belum cukup dengan sekadar berdoa, bersedekah dan amal yang kita lakukan berbanding mereka.Kita perlu banyak bermuhasabah dengan kehidupan yang kita jalani sehari-hari. Oleh sebab itu setiap kita seharusnya tidak segan-segan berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimat-Nya. Ayuh, manfaatkan setiap saat yg tersisa..

Diedit dari tulisan Drs. H. Ahmad Yani

Thursday, May 13, 2010

Hadiah terbaik untuk Hari Ibu

Teringat waktu kecil2..
Perit ibu mengandung selama 9 bulan hilang seketika selepas melahirkan. Bermula detik itu, karenah si anak pula terpaksa dilayan, tangisan demi tangisan membingitkan suasana, namun si ibu tak pernah rasa jemu demi seorang anak. Setiap malam si ibu sentiasa berjaga kalau2 si anak digigit nyamuk, jika menangis disusukan takut2 si anak kelaparan.. MasyaAllah, terlalu hebat pengorbananmu, memang layaklah jika pahala syahid dianugerahkan untuk seorang ibu.

“Wanita yang sedang hamil dan menyusui sampai habis masa menyusuinya seperti pejuang di garis depan fi sabilillah. Dan jika ia meninggal di antara waktu tersebut, maka sesungguhnya baginya pahala mati syahid.” (H.R. Tabrani).

Setiap tahun wanita yang bernama ibu diraikan atas jasa melahirkan dan mendidik kita. Ada yang menghantar ucapan, hadiah dan seumpamanya sebagai tanda penghargaan kepada si ibu. Berbanggalah kerana kita sentiasa ingat akan tarikh ulangtahun hari ibu. Namun, bagi seorang muslim, ibu bukan untuk dihargai pada hari tertentu sahaja, alangkah baiknya jika kita jadikan setiap hari sebagai hari ibu. Sentiasa bertanya khabar, ziarah menziarahi juga adalah tanda terima kasih kepada mereka.

Cuba kita renungkan, betapa besar jasa seorang ibu, mampukah kita membalas jasa mereka? Semestinya tidak bukan. Yang pasti kita banyak menyusahkan ibu drpd kita berbuat baik kepada mereka. Sudahlah sewaktu kita kecil mereka penat melayan kita, waktu tua mereka dibebankan pula dengan kehadiran cucu yang diserahkan kepada mereka atas alasan kita sibuk bekerja.. Cukuplah memerah keringat si ibu, berilah waktu luang kepada mereka. Biarlah mereka rehat daripada mengasuh anak2 kita.

Mungkin tak ramai anak yang baik sejak kecil, tak pernah melawan cakap ibu, Alhamdulillah jika dewasanya juga begitu. Tapi, kekadang kita terlupa atau tak sedar mungkin ada silap yang terlanjur.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Q.S. Al-Israa’: 23-24)

Jika hari ibu ini dipilih untuk menelefon si ibu, mohonlah keampunan kepada mereka. Atau mugkin kita malu untuk mengucapkan dengan kata, maka berbuat baiklah kepada mereka. Sekurangnya kita mampu untuk meluahkan rasa bersalah yang terbuku. Jiwa si ibu pasti merasai, insyaAllah.

Tiada ibu bapa yang tidak mahu melihat anaknya berjaya, bagi si anak, inilah hadiah terbaik untuk ibu bapa, segulung ijazah, segemgam harapan untuk memberi kehidupan yang selesa kepada orang tua.. Tapi kita lupa, kejayaan yang hakiki bukanlah di dunia sahaja. Koreksilah diri, carilah kejayaan untuk keduanya, dunia dan akhirat. Itulah kejayaan sebenarnya.. Seorang anak adalah harta bagi kedua ibu bapanya dan harta yang paling berharga adalah hadiah yang terbaik untuk seorang ibu; anak soleh yang selalu mendoakan kedua orang tuanya yang telah pergi mahupun ketika hayat mereka. Jadilah hadiah yang terbaik untuk ibu bapamu. Terima Kasih Ibu…

Rasulullah bersabda.. Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.


Selamat Hari Ibu..

Ibn Razi, 2.30 A.M.

Monday, May 10, 2010

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople Part 1

Posted from Ustaz Muhammad Fauzi 
Muhammad Al Fateh

HADIS RASULULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (HR Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan..Muhammad Fauzi
 _________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

 
Ulama' rujukan bagi Al Fateh

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Bagi beliau ulama adalah penasihat yg paling dipercayai. Ketokohannya menyebabkan beliau disegani oleh kawan dan lawan. Beliau turut disenangi rakyat jelata semasa hayat pemerintahan. Keperibadiannya sukar dicari jika dibandingkan dengan pemerintah moderan kini.

Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails