Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Mahkamah Mesir haramkan Ikhwan Muslimin

Mahkamah Mesir telah membuat keputusan mengharamkan gerakan Ikhwanul Muslimin serta segala aktivitinya di Mesir. Pengharaman itu juga adalah termasuk pembekuan harta boleh alih dan tidak boleh alih serta harta yang dimiliki oleh ahli kumpulan IM.

Logo Ikhwan Muslimin dan pengasasnya Hassan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna

Dalam masa sama, segala cabang institusi yang berkaitan dengan IM juga diharamkan dan berkemungkinan parti yang didokong IM, Freedom and Justice Party, FJP bakal dikenakan tindakan. Realiti yang menunjukkan kudeta Mesir ini cukup gerun dengan gerakan IM, yang mana pendokongnya majoriti rakyat Mesir mampu menggugat kerajaan kudeta jika pengaruhnya tidak disekat.

Saturday, March 24, 2012

2 millions marcher towards Jerusalem

The organizing committee of the Global March to Jerusalem expects the participation of more than two million people in the march which will be started from the surrounding countries of Palestine, the Palestinian territories, and some other capitals on March 30, 2012.

Walk for Justice

“Several international personalities and organizations will join the Global March to Jerusalem that will take place in Jordan and the other surrounding countries except Syria, said the GMJ’s chief executive and coordinator Dr Ribhi Haloum in a press conference held on Tuesday evening .

Halloum added that the Prime Minister Awn Al-Khasawneh expressed satisfaction about the march’s preparation as a peaceful and civilized march offering the government’s help to the organizers. 

Wednesday, August 10, 2011

Jom perelokkan puasa Ramadan

Puasa tahun ini sudah masuk hari ke-10, bersamaan 10 Ramadan 1432H. Dibandingkan dengan puasa ketika zaman kanak-kanak, tempoh waktu dari terbit fajar hingga berbuka puasa akhir-akhir ini tampakya jelas terlalu singkat. Belum sempat perut berkeroncong dek lapar, azan maghrib berkumandang.

Keberkahan waktu diangkat. Masa berlalu dengan pantas tanpa manusia mempedulikan kebaikan yang perlu dimanfaatkan. Bagi seorang mukmin, Allah menjamin waktunya (keberkahan dalam waktunya), yakni terasa cukup dengan waktu yang diberikan kepadanya.

Beramal dengan zikir, mengaji dan melakukan amal-amal ibadat yang lain akan sampai terasa jemu kerana terlalu lama waktunya, walhal mereka tidak pernah puas untuk melakukan amal kebaikan. Manakala bagi yang sibuk dengan urusan dunia, waktunya terasa singkat kerana tiada berkah dalam waktunya.

Segala puji bagi Allah yang atas nikmat dan kurnia-Nya kerana diizinkan untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Kalau diluar sana masih ada yang tidak peka untuk merebut ganjaran Ramadan, rugilah seadanya. Siapa tahu Ramadan kali ini mungkin yang terakhir. Jom sama-sama menghayati amalan yang dituntut dalam bulan ini disamping merperbaiki amal puasa yang kita lakukan.

SUNNAH-SUNNAH PUASA
oleh: Arif Rohman Habib

[1] Mengakhirkan Sahur

Makan sahur mempunyai banyak keutamaan. Selain kerana Nabi SAW sangat menganjurkannya, makan sahur merupakan pembeda antara puasa kaum muslimin dengan puasa ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Perbedaan antara puasa kita dengan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur” [HR. Muslim]

Dianjurkan juga mengakhirkan makan sahur kerana Nabi sering melakukannya. Zaid bin Tsabit berkata kepada Anas “Kami makan sahur bersama Nabi SAW kemudian kami berdiri untuk sholat”. Anas bertanya “Berapa lama jarak antara azan subuh dan sahur kalian?” Zaid menjawab “Sekitar membaca 50 ayat” [HR. Bukhari-Muslim]

Di dalam hadis di atas juga terdapat dalil bahawa batas akhir sahur adalah azan subuh, bukan yang diistilahkan dengan imsak oleh kebanyakan kaum muslimin hari ini. Ini terbukti dari pertanyaan Anas “Berapa lama jarak antara azan shubuh dan sahur kalian?”. Hal ini menunjukkan bahawa batas akhir sahur di masa Nabi adalah azan subuh. Hadits ini memperkuat firman Allah ta’ala “Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” (QS Al Baqarah: 187). Di samping itu, terdapat banyak hadits yang menunjukkan bahawa batas akhir makan sahur adalah azan subuh.

[2] Menyegerakan berbuka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia akan senantiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” [HR. Bukhari-Muslim].

Ibnu ‘Abdil Barr berkata “Hadits-hadits tentang menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur derjatnya shahih dan mutawatir (banyak yang meriwayatkan). Di dalam riwayat Abdurrazzaq yang shahih dari ‘Amr bin Maimun, beliau berkata “Para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling bersegera berbuka dan yang paling mengakhirkan sahur”. (lihat Fathul Bari karya Ibnu Hajar).

[3] Berbuka dengan Kurma jika ada atau dengan air

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menuturkan “Dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka dengan rathb (kurma basah) sebelum menunaikan sholat. Jika tidak ada, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Jika tidak ada pula, maka beliau berbuka dengan beberapa teguk air” [HR. Ahmad dan Abu Dawud, hasan shahih].

Kurma antara makanan pembekal tenaga bagi tubuh.

Thursday, June 2, 2011

"Bir Halal" jika cara pembungkusan sudah diragui?

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar kerana selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Sekadar gambar hiasan

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat “Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” katanya selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Bakri Hashim. Akhbar kelmarin melaporkan mengenai penjualan `bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

Akhbar memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir berkenaan dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Monday, May 23, 2011

Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Tuesday, May 3, 2011

Benarkah Usamah bin Laden terbunuh?

Benar atau tidak berita kematian Usamah bin Laden, wallahua'lam, tetapi siapa Usamah bin Laden? jika ia benar seorang mujahid, maka kematiannya bukan sepertimana manusia biasa, matinya sebagai seorang syuhada, mati menuju Allah dalam keadaan yang paling mulia. Manakala musuh-musuh Islam dan kaum-kaum munafik terus bergembira dengan berita ini. Mereka merayakannya seolah-olah dengan kematian Usamah, perjuangan mujahidin akan terhenti. Ternyata mereka hanya bermimpi disiang hari!! Firman Allah; 

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia (Muhammad) wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. Ali Imran: 144).

Agensi berita Aljazeera melaporkan dari Kabul bahawa ibu pejabatnya di Afghanistan juga telah mengesahkan bahawa Usamah bin Laden telah mati dan jenazahnya ketika ini bersama Amerika Syarikat. Manakala bila diminta, pejabat tersebut tidak mahu memberitahu apakah Usamah dibunuh di Afghanistan atau Pakistan, mereka hanya menyatakan bahawa kematian pemimpin Al Qaeda tersebut lebih merupakan "simbol kemenangan" dan dia tidak lagi berhubung secara langsung dengan kelompoknya di lapangan.

Tuesday, April 19, 2011

Ya'juj dan Ma'juj dan Yahudi Zionis

Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai sejarah Empayar Khazaria? Khazaria adalah sebuah kerajaan milik Yajuj Majuj sebelum mereka dikurung di sebalik tembok Zulkarnain. Sehingga tiba masanya, tembok tersebut telah runtuh dan mereka (Khazars) telah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, terutamanya Eropah.

ANALISIS : SAMADA TEMBOK YAJUJ MAJUJ TELAH TERBUKA


Deklarasi penubuhan negara Israel di Tel Aviv

Tembok menyekat kaum Yajuj Majuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...” (QS Al-Anbiyaa’: 95-96)

Amerika dan Israel adalah dua buah negara yg dikuasai Ya'juj dan Ma'juj, Bitain tidak terkecuali

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yajuj Majuj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yajuj Majuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yajuj Majuj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah
penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Thursday, March 31, 2011

Tsunami JEPUN di sebalik AL-QURAN

Tsunami dan gempa bumi di Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang lalu, 11.03.2011 membuktikan tiada siapa yang dapat menghalang takdir dan kehendak Allah. Pengajaran daripada apa yang berlaku membuatkan kita berasa insaf betapa kerdilnya diri ini bila berdepan dengan ketentuan Allah. Buat rakyat Jepun yang terlibat, takziah dan bersabar serta renungkan dan ambil pelajaran dari bala yang menimpa. Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-

Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H. Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H. Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H... 1432 kita cerakinkan menjadi 14||32

 Banyak kisah terungkai satu persatu dari Al Quran terbukti benar

Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya.. 3+6+1+3+8 = 21 kemudian 2+1 = 3.. Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai Latitude 38'15 dan Longitude 140'53. Buat proses penambahan seperti sebelumnya.. 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30, kemudian 3+0 = 3. Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Sendai adalah wilayah teburuk yang menerima impak Tsunami

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu. Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun. Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi. 1+4+4+6 = 15, kemudian 1+5 = 6 angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

40 pengawal penjara Yahudi terbakar hidup-hidup

December 04, 2010, Israel has made little progress in a battle against a flaming inferno that has left at least 41 people dead.

Planes and helicopters from many nations are battling a raging wildfire that has burned at least 4,000 hectares of forest in the Carmel Mountains in northern Israel. More than 17,000 people have been evacuated and many homes destroyed in the worst fire in Israel's history. And there is no end in sight; the fire is raging out of control. 

This charred bus was carrying 40 prison guards when it was trapped in the huge forest fire. The entire bus was engulfed in flames and this is what remains of it. The bus, evacuating the guards from a jail, drove headlong into the fire.

In a small country with few wooded areas, the toll in human and natural resources is seen as a national disaster.

"This is a great tragedy," said Prime Minister Benjamin Netanyahu "We've lost over 40 people who were horribly burned to death, we have people struggling for their lives in hospitals, we have missing persons. The great nature reserve of the Carmel, one of the great nature reserves in the world, is being consumed by fire."

Israel was quickly overwhelmed by the fire which erupted on Thursday.  At least 19 countries have answered Israel's appeal for help, from the Middle East to Europe to the United States. They have provided planes, firefighters and equipment. 

Thursday, February 24, 2011

Dulu artis, kini ingin berdakwah bersama PAS

Siapa tahu ajal maut manusia, semuanya adalah ketentuan Allah. Bob Lokman yang dulu bergelar artis kini memilih untuk berubah dan menjadikan Islam sebagai wadah perjuangannya. Baginya hanya Islam sebagai penyelamat untuk membawa manusia kepada Allah.


Parti Islam Semalaysia atau PAS merupakan parti politik di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan. Sejarah dan dasar PAS menjadikannya satu-satunya parti yang mendapat sokongan mereka yang cintakan Islam untuk turut sama menegakkan negara berlandaskan syariat. 

Ramai dikalangan artis di Malaysia yang keluar daripada dunia glamor dan sedar akan kesilapan yang dilakukan mereka selama ini. Bila keindahan Islam dihayati, mereka memilih untuk meninggalkan kehidupan berfoya-foya bertuhankan materi kepada kehidupan bertuhankan Allah. Moga lebih ramai artis diluar sana yang sedar dan berubah kearah kebaikan. Maksud firman-Nya

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-prang yang tidak beriman." (QS Al-An'am: 125)

Thursday, February 10, 2011

Arab dictators urge Obama not to press Mubarak's departure

Arab dictators - kings, presidents-for-life, generals and colonels - feeling the heat from Egypt's determined protesters, have urged US president Barack Obama not to press the Egyptian tyrant Hosni Mubarak too hard. They fear that if Mubarak were to fall quickly, their own shaky thrones would be in danger.

FOLLOW ME, BUT WHERE TO? ... Obama undecided on where to lead his pack of tyrants

The line-up of Arab potentates is interesting. The king of Saudi Arabia, Abdullah, has joined his name-sake but bitter rival, Abdullah of Jordan, the ruler of the United Arab Emirates and the Zionist rulers of Palestine, to collectively urge Obama not to insist on Mubarak's immediate departure.

The Arab potentates need not worry. The Americans understand this all too well. They do not want to hand over an important country like Egypt to a "mob" that would in turn jeopardize their favourite client, Israel.

Instead, the Americans are speaking from both sides of their mouths. Whether Obama, vice president Joe Biden or secretary of state Hillary Clinton, have all repeatedly said they want an "orderly transition." This is euphemism for no sudden changes, that is no transfer of power to the genuine representatives of the people.

Instead, the US wants transfer of power to an equally, if not more secure, pair of hands. Who else but Omar Suleiman, the torturer-in-chief of the Pharaonic Mubarak regime in Egypt?

Suleiman (left) and his side-kick, general Mahmoud Wagdy, the new Interior Minister, who had served as the chief jailer of Egypt when Suleiman was chief of Egypt's dreaded intelligence agency, are trusted US and Zionist agents. They have been involved in horrible crimes against their own people for years.

Even now, hundreds of protesters have disappeared from the streets and their family members have no idea where they are held or whether they are even alive. It is not surprising that in addition to Mubarak, both Suleiman and Wagdy are etremely popular with the Americans and the Israelis. Both men have blood on their hands.

Saturday, January 1, 2011

Keutamaan berjihad

Tidaklah seorang yang selalu menginginkan untuk mati syahid itu melainkan dikurniakan Allah pahala seorang syuhada sekalipun ia mati di atas ranjang. Mati syahid adalah cita-cita setiap Muslim yang cintakan Allah dan Rasulnya. Orang mukmin yang berjuang di jalan Allah itu dimuliakan didunia dan diberi pahala yang tidak putus-putus oleh Allah sehingga ia menemui syahid. Maksud Firman Allah

"Orang-orang yang mukmin hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwanya di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."(QS Al-Hujurat: 15)

Dari Nukman bin Basyir ra, dia berkata: "Aku sedang berada di sebelah mimbar Rasulullah SAW. Seorang lelaki berkata: "Aku tidak peduli. Setelah Islam ini, aku hanya akan memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji." Yang lain berkata: "Aku tidak peduli. Setelah Islam ini aku hanya akan membangunkan Masjidil Haram saja." Kemudian yang lain lagi mengatakan: "Jihad lebih utama dan apa yang kalian katakan itu." Maka Umar r.a membentak mereka dan berkata: "Janganlah kamu mengeraskan suaramu di sebelah mimbar Rasulullah SAW."

Jihad dituntut keatas setiap Muslim agar Islam terus tertegak di bumi ini

Ketika itu hari Jumaat. Setelah solat Jumaat, aku datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta fatwanya tentang apa yang diperdebatkan itu. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat:

"Adakah kamu jadikan jabatan beri air orang haji dan memperbaiki Masjidil Haram, sama dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, serta berjuang (berjihad) di jalan Allah? Sekali-kali ia tidak sama mereka itu di sisi Allah. Allah tiada menunjuki kaum yang aniaya."
(QS At Taubah:19)

Dari Abdullah bin Salman r.a, dia berkata: "aku duduk dalm sekumpulan sahabat Rasulullah SAW. Kami berkata: "Kami tidak tahu amal apakah yang paling utama dan paling disukai Allah. Beritahukan hal itu kepada kami!" Kemudian Allah menurunkan ayat:

"Telah bertasbih kepada Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang ada di bumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Hai orang-orang mukmin, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya, dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat (menjadi satu)."
(QS AshShaf: 1-4).

Tuesday, October 19, 2010

Di sebalik Konspirasi Yahudi

Video yang saudara saksikan ini mungkin sesuatu yang boleh dijadikan rujukan atau sekadar membuka minda mereka yang belum mengetahui konspirasi yang berlaku dalam dunia akhir-akhir ini.

Video yang mengagumkan ini merupakan hasil editing saudara brofat (blog beliau kini sudah ditutup). Video yang berlansung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

Part 1
 
Part 2

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak benar. Penilaian daripada pembaca amat dialukan. Moga pendedahan ini membuka minda semua. Segala perancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam adalah sudah termaktub dan ini telah diceritakan dalam Al Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW. Namun yang pasti sehebat manapun perancangan mereka, perancangan Allah mengatasi segalanya. Nah sekarang, hanya tindakan daripada kita untuk kembali muhasabah diri untuk apa kita diciptakan di dunia ini.

Saturday, August 21, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Sejarah puasa dan keutamaan bulan Ramadhan

Maksud Firman Allah SWT:  "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan alas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan atas orangorang sebelum kamu." (QS AI Baqarah:183).

Ramadhan, bulan kemulian dan pengharapan pada keampunan Tuhan

Dan Sa'id bin Jubair ra: "Puasa orang sebelum kita adalah dari waktu Isyak sampai menjelang malam berikut sebagaimana dalam permulaan Islam."

Segolongan ulama mengatakan: "Puasa itu wajib bagi orang-orang Nasara, meskipun waktu itu amat panas atau sangat dingin, dimana mereka kesulitan dalam perjalanannya atau sebahagian kehidupannya. Maka sepakatlah pendapat para pembesar mereka untuk menjadikan puasa itu di antara musim hujan dan musim kemarau. Maka mereka menjadikannya pada musim bunga, serta menambah sepuluh hari lagi sebagai tebusan atas kelemahan mereka.

Kemudian raja mereka buat janji apabila dapat terlepas dari wabak penyakitnya, akan menambah puasa sepuluh hari lagi. Setelah terbebas, mereka pun menambah sepuluh hari lagi. Kemudian digantikan oleh raja lain. Raja itu berkata, sempurnakan saja puasa itu lima puluh hari. Ternyata ada lagi wabak penyakit menimpa haiwan, maka raja itu berkata, tambahilah puasamu sepuluh hari lagi!"Bahkan dikatakan pula: "Sepuluh hari lagi sesudah itu!"Dikatakan: Setiap umat diwajibkan puasa di bulan Ramadhan, hanya saja mereka menyesatkannya."

Al-Bughawi mengatakan: "Yang benar adalah bahawa Ramadhan itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan. Kerana mereka berpuasa diwaktu yang amat panas." Dan dikatakan juga, kerana Ramadhan itu dapat membakar dosa."

Puasa Ramadhan itu diwajibkan pada tahun kedua setelah hijrah dan kafirlah orang yang menentang akan kewajipannya. Dalam soal ini banyak disebutkan dalam Hadis Nabi saw. Antara lain, sabda baginda SAW:

"Ketika malam pertama bulan Ramadhan, semua pintu yang ditutup. Dan Allah memerintahkan juru panggil yang memanggil: "Wahai pencari kebaikan, mengadaplah! Wahai pelaku kejahatan, hentikanlah!" Kemudian dia berkata!" Setiap yang mohon ampun akan diampuni, setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannya, dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya." Tak hentinya dia selalu mengatakan demikian sampai datang subuh. Dan setiap malam 'Idul Fitri, Allah membebaskan juga satu orang dari neraka yang mestinya mendapat siksa."

Friday, August 13, 2010

Antara Khinzir dan Kekasih

Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang “nampak berat” dan yang “nampak ringan”. Semestinya sebagai seorang muslim telah menjadi kewajipan untuk sama-sama menjaga batas-batas syariat dalam bab pergaulan antara lelaki dan perempuan

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW, baginda bersabda yang maksudnya. “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” [HR Ibnu Majah].

Banyak peringatan dan keburukan yang Rasulullah SAW sampaikan kepada umat baginda mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan. Peringatan yang disampaikan baginda tidak lain bagi menyelamatkan manusia dari fitnah dunia dan seterusnya bebas dari murka Allah SWT di atas perbuatan yang menjadi larangan dalam beragama.

Dunia moden berbanding period dahulu menjadi semakin teruk. Budaya barat diikuti tanpa sebarang tapisan. Pergaulan bebas antatara lelaki dan perempuan di khalayak ramai menjadi trend tanpa rasa segan dan rasa bersalah pada agama. Kini, lelaki atau perempuan yang single dilihat pelik jika tidak mempunyai pasangan.

Kenapa bercouple?

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instince) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga)." (QS Ali Imran : 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. [HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah].

Friday, August 6, 2010

Asal Usul Yahudi Laknatullahi'Alaih

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikecam begitu hina. Kaum yahudi adalah kaum yang tidak mengenal erti perdamaian.

Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.

Rabbi Yahudi

Asal-usul kaum yang laknat.

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identiti mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948.

Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Saturday, July 31, 2010

Ribena ada kandungan ARAK?

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Friday, July 23, 2010

Penawar percuma, sujud yang mengubati

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.

2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.


Allah SWT menciptakan manusia dengan hikmah, dan setiap suruhan Allah itu ada hikmah di sebaliknya

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T. dan mengalakkan kita bersujud lama. Sujud yang sempurna ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (Hernia adalah keluarnya organ dalam rongga perut (biasanya usus) melalui cincin hernia ke dalam kantung zakar (scrotum) pada laki-laki.)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

Monday, July 19, 2010

Ikhwanul Muslimin lancar Facebook versi Islam

Ilustrasi www.ikhwanfacebook.com. klik [ link ]

Ikhwanul Muslimin (IM) Mesir akan melancarkan Facebook versi sendiri dalam beberapa bulan akan datang. Gerakan oposisi Islam terbesar di Mesir ini menamakan facebooknya dengan ”IkhwanBook”.

Menurut insinyur dan anggota team pengembangan media IM, Ahmed Said, IkhwanBook sudah siap, berjalan, dan menerima anggota di alamat www.ikhwanfacebook.com.

FB Ikhwan ini memiliki konsep dan fasiliti yang mirip dengan Facebook, seperti sharing foto-video, live chat, dan message online. Ahmed mengaku, IkhwanBook bukan untuk menyaingi Facebook asli, namun menyerupai dengannya.

IkhwanBook juga melengkapi website Ikhwan seperti IkhwanWiki, IkhwanWeb, IkhwanGoogle – mesin pencari khusus IM – dan IkhwanTube. Kebanyakan laman itu dalam bahasa Inggeris.

Jadi kepada majoriti kaum Muslim, ayuh bertukar ke IkhwanBook, segera beralih daripada Facebook atau kita terus bersekongkol dengan Israel membunuh umat Islam Palestin. Jika dahulu kita tiada alternatif, tetapi kewujudan laman ini seharusnya menjadi pilihan tanpa punyai alasan. Sebarkan info ini untuk manfaat bersama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails