Tuesday, September 24, 2013

Mahkamah Mesir haramkan Ikhwan Muslimin

Mahkamah Mesir telah membuat keputusan mengharamkan gerakan Ikhwanul Muslimin serta segala aktivitinya di Mesir. Pengharaman itu juga adalah termasuk pembekuan harta boleh alih dan tidak boleh alih serta harta yang dimiliki oleh ahli kumpulan IM.

Logo Ikhwan Muslimin dan pengasasnya Hassan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna

Dalam masa sama, segala cabang institusi yang berkaitan dengan IM juga diharamkan dan berkemungkinan parti yang didokong IM, Freedom and Justice Party, FJP bakal dikenakan tindakan. Realiti yang menunjukkan kudeta Mesir ini cukup gerun dengan gerakan IM, yang mana pendokongnya majoriti rakyat Mesir mampu menggugat kerajaan kudeta jika pengaruhnya tidak disekat.

Saturday, September 21, 2013

Jatuhnya kerajaan Islam pimpinan Dr Mohamed Morsi

Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi oleh tentera negara tersebut merupakan detik hitam kepada sejarah demokrasi yang baharu sahaja muncul subur pasca Pilihan Raya Mesir dua tahun lalu. Morsi dipilih secara demokratik melalui undi yang diperolehi dalam pilihan raya oleh kuasa rakyat.

Sebaik Morsi menerajui Mesir, pelbagai pendekatan dilakukan dalam keadaan kegoncangan akibat sabotaj pihak tertentu khasnya dari dalam pentadbirannya, mahupun musuh yang masih bertenggek atas nama Hosni Mubarak. Morsi boleh dikatakan memerintah sendirian apabila pentadbiran sebelum ini dilihat tidak mahu bekerjasama membangunkan Mesir di bawah pimpian Morsi.

Dr. Morsi, presiden kelima Mesir hanya memerintah selama setahun (30 June 2012 – 3 July 2013)

Ramai pemerhati bebas melihat, punca penggulingan dan desakan menjatuhkan Morsi melalui protes besar-besaran memang didalangi barat khasnya Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Amerika dan Israel tidak sekali mahu melihat Mesir di bawah pengaruh Islamisasi kerana apa yang mereka mahukan, negara itu kekal sekular dan menjadi benteng kepada Amerika dalam melebarkan pengaruhnya di Wilayah Arab.

Dapat dilihat, pentadbiran Morsi selama setahun itu digoncangkan selepas dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat. Tidak dinafikan penentang Morsi itu sendiri terdiri daripada individu mempunyai hubungan rapat dengan 'Rumah Putih'.

Sementara kumpulan penyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikwanul Muslimin yang telah bertapak di Mesir lebih 80 tahun, dan dinafikan hak berpesatuan, hak berparti politik dan menyertai pilihan raya atas nama Ikhwanul Muslimin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails