Taraweeh Live from Makkatul Mukarramah

Wednesday, August 10, 2011

Jom perelokkan puasa Ramadan

Puasa tahun ini sudah masuk hari ke-10, bersamaan 10 Ramadan 1432H. Dibandingkan dengan puasa ketika zaman kanak-kanak, tempoh waktu dari terbit fajar hingga berbuka puasa akhir-akhir ini tampakya jelas terlalu singkat. Belum sempat perut berkeroncong dek lapar, azan maghrib berkumandang.

Keberkahan waktu diangkat. Masa berlalu dengan pantas tanpa manusia mempedulikan kebaikan yang perlu dimanfaatkan. Bagi seorang mukmin, Allah menjamin waktunya (keberkahan dalam waktunya), yakni terasa cukup dengan waktu yang diberikan kepadanya. Beramal dengan zikir, mengaji dan melakukan amal-amal ibadat yang lain akan sampai terasa jemu kerana terlalu lama waktunya, walhal mereka tidak pernah puas untuk melakukan amal kebaikan. Manakala bagi yang sibuk dengan urusan dunia, waktunya terasa singkat kerana tiada berkah dalam waktunya. Sabda Rasulullah SAW,

“Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap.” [Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no. 7422]

Segala puji bagi Allah yang atas nikmat dan kurnia-Nya kerana diizinkan untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Kalau diluar sana masih ada yang tidak peka untuk merebut ganjaran Ramadan, rugilah seadanya. Siapa tahu Ramadan kali ini mungkin yang terakhir. Jom sama-sama menghayati amalan yang dituntut dalam bulan ini disamping merperbaiki amal puasa yang kita lakukan.

SUNNAH-SUNNAH PUASA
oleh: Arif Rohman Habib

[1] Mengakhirkan Sahur

Makan sahur mempunyai banyak keutamaan. Selain kerana Nabi SAW sangat menganjurkannya, makan sahur merupakan pembeda antara puasa kaum muslimin dengan puasa ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Perbedaan antara puasa kita dengan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur” [HR. Muslim]

Dianjurkan juga mengakhirkan makan sahur kerana Nabi sering melakukannya. Zaid bin Tsabit berkata kepada Anas “Kami makan sahur bersama Nabi SAW kemudian kami berdiri untuk sholat”. Anas bertanya “Berapa lama jarak antara azan subuh dan sahur kalian?” Zaid menjawab “Sekitar membaca 50 ayat” [HR. Bukhari-Muslim]

Di dalam hadis di atas juga terdapat dalil bahawa batas akhir sahur adalah azan subuh, bukan yang diistilahkan dengan imsak oleh kebanyakan kaum muslimin hari ini. Ini terbukti dari pertanyaan Anas “Berapa lama jarak antara azan shubuh dan sahur kalian?”. Hal ini menunjukkan bahawa batas akhir sahur di masa Nabi adalah azan subuh. Hadits ini memperkuat firman Allah ta’ala “Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” (QS Al Baqarah: 187). Di samping itu, terdapat banyak hadits yang menunjukkan bahawa batas akhir makan sahur adalah azan subuh.

[2] Menyegerakan berbuka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia akan senantiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” [HR. Bukhari-Muslim].

Ibnu ‘Abdil Barr berkata “Hadits-hadits tentang menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur derjatnya shahih dan mutawatir (banyak yang meriwayatkan). Di dalam riwayat Abdurrazzaq yang shahih dari ‘Amr bin Maimun, beliau berkata “Para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling bersegera berbuka dan yang paling mengakhirkan sahur”. (lihat Fathul Bari karya Ibnu Hajar).

[3] Berbuka dengan Kurma jika ada atau dengan air

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menuturkan “Dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka dengan rathb (kurma basah) sebelum menunaikan sholat. Jika tidak ada, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Jika tidak ada pula, maka beliau berbuka dengan beberapa teguk air” [HR. Ahmad dan Abu Dawud, hasan shahih].

Kurma antara makanan pembekal tenaga bagi tubuh.

Friday, July 29, 2011

Ramadan 1432H is coming

When Messenger of Allah  sighted the moon of Rajab, he used to pray to Allah in the following words: O Allah, make the months of Rajab and Sya’ban blessed for us, and let us reach the month of Ramadan. He use to thought us to remember this du'a at a month of nearly Ramadan. (i.e. prolong our life up to Ramadan, so that we may benefit from its merits and blessings).

Ramadan, the waiting months

Alhamdulillah, we are in the end of Sya'ban which is a prelude to Ramadan, month of Rasulullah SAW and the month of Mercy. Ramadan holds a high status to be best of all months. The special months that gifted to the people of Muhammad SAW. Its days are the best among all days; its nights the best among all nights. Its hours are the best among the hours. May Allah make us one of those chosen ones for this month of Mercy!

It is the month where our Ibadah are accepted and rewarded by the amount known only to Allah, the Most High. Also accepts and responds to our Du’a we ask with sincerity and hope. So let us beseech and invoke Allah, the only one who hears and responds to us. Let us free our hearts from sins and evil. Sins that stem from pride, arrogance, and our lowly desires. Let us fast and soften our hearts with the recitation of the Qu’ran and humbly obeying its commands.

Certainly, anyone who fails get the mercy and benevolence of Allah in this month is a total loser.

While fasting, we will remember the hunger and thirst in the Day of Qiyamat. Let us feed the poor and the needy. So does Allah removes our hardship on the day of recompense.

Tuesday, July 5, 2011

Pantasnnya masa berlalu

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".[HR Tirmizi]

Masa kekal berdetik namun akan terhenti bila sampai waktunya

Dulu masa zaman kanak-kanak, masih teringat bila pergi sekolah, punyalah lama untuk tunggu waktu pulang.  Terkadang terasa hendak balik rumah bila waktu yang sepatutnya diisi dengan mata pelajaran terlepas begitu sahaja bilamana guru yang mengajar subjek tidak masuk ke kelas. Dibandingkan dengan akhir-akhir ini, hendak salin nota sekalipun, tidak mampu dihabiskan, apatah lagi kalau si guru sekadar menekan komputer membaca powerpoint semata-mata bagi menjimatkan masa.

Fenomena akhir zaman yang ramai manusia mengetahuinya, namun hidup terus lalai dengan fatamorgana dunia. Bukan menuding jari kepada orang lain, namun diri sendiri yang lebih utama yang perlu diingatkan. Cuba renungkan hadis di atas, jika inilah waktu yang disebutkan Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu, bermakna semakin hampirlah kita dengan penghujung dunia.

Masa adalah kehidupan dan kehidupan itu tidak lari dari ujian. Ujian yang akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Bagaimana kita memanfaatkan masa yang singkat dan bagaimana kita menghargai masa lapang yang kita masih miliki. Hakikat masa yang diuji Allah pada umat akhir zaman telalu berat. Jengoklah sekeliling, berapa ramai yang mengejar kehidupan yang kekal?

Dicabut keberkatan pada masa antara faktor kita merasa cepatnya ia berlalu. Masa yang membatasi tidak kita peduli jika tidak diingatkan. Berfikir kearah kematian antara salah satu cara menyedari kehidupan di dunia terlalu singkat. Manusia itu semakin dewasa semakin pendek umurnya dan semakin dekat dengan kuburan. Setiap dari kita pasti tidak mahu termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi bila waktu yang ada tidak digunakan untuk mencari bekal, maka bersiaplah dengan sebaik-baik bekal, pasti sampai ke destinasi dengan selamat. Pesan ulama, 

Sibukkanlah dirimu untuk Agama, jika tidak , kamu akan sibuk juga tetapi bukan untuk Agama.

Gunakan waktumu untuk Agama , jika tidak waktumu akan habis juga , tapi bukan untuk Agama.


Gunakan hartamu untuk Agama , jika tidak, akan habis juga ( meninggalkanmu / kamu yang meninggalkannya ) tetapi bukan untuk Agama.


Hiduplah kamu dalam Agama, jika tidak kamu akan mati juga, tetapi bukan dalam Agama.


Thursday, June 2, 2011

"Bir Halal" jika cara pembungkusan sudah diragui?

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar kerana selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

    Sekadar gambar hiasan

    Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat “Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” katanya selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, kelmarin.

    Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Bakri Hashim. Akhbar kelmarin melaporkan mengenai penjualan `bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

    Akhbar memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir berkenaan dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

    JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

    Monday, May 23, 2011

    Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

    Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

    Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

    Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

    Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

    Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

    "Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

    WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

    Tuesday, May 3, 2011

    Benarkah Usamah bin Laden terbunuh?

    Benar atau tidak berita kematian Usamah bin Laden, wallahua'lam, tetapi siapa Usamah bin Laden? jika ia benar seorang mujahid, maka kematiannya bukan sepertimana manusia biasa, matinya sebagai seorang syuhada, mati menuju Allah dalam keadaan yang paling mulia. Manakala musuh-musuh Islam dan kaum-kaum munafik terus bergembira dengan berita ini. Mereka merayakannya seolah-olah dengan kematian Usamah, perjuangan mujahidin akan terhenti. Ternyata mereka hanya bermimpi disiang hari!! Firman Allah; 

    "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia (Muhammad) wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. Ali Imran: 144).

    Agensi berita Aljazeera melaporkan dari Kabul bahawa ibu pejabatnya di Afghanistan juga telah mengesahkan bahawa Usamah bin Laden telah mati dan jenazahnya ketika ini bersama Amerika Syarikat. Manakala bila diminta, pejabat tersebut tidak mahu memberitahu apakah Usamah dibunuh di Afghanistan atau Pakistan, mereka hanya menyatakan bahawa kematian pemimpin Al Qaeda tersebut lebih merupakan "simbol kemenangan" dan dia tidak lagi berhubung secara langsung dengan kelompoknya di lapangan.

    Sunday, May 1, 2011

    Mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut

    Pada suatu hari Rasulullah SAW. bersama-sama Saidina Abu Bakar r.a., Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. pergi menziarahi Saidina Ali r.a. di rumahnya. Kedatangan mereka bertiga disambut dengan senang hati oleh Saidina Ali r.a. dan isterinya Saidatina Fatimah r.a.

    Bagi memuliakan tetamu, Saidatina Fatimah r.a. menghidangkan madu kepada ayahandanya serta kawan-kawan karibnya. Madu itu diletakkan dalam sebuah mangkuk yang amat cantik. Semasa membawa mangkuk berisi madu itu kepada mereka, tiba-tiba sehelai rambut jatuh ke dalam mangkuk tersebut. Semua yang ada hanya memerhatikan keadaan tersebut.

    Tiba-tiba Rasulullah SAW meminta semua sahabat yang hadir untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. Maka para sahabat yang ada memberikan pandangan masing-masing.

    Saturday, April 30, 2011

    Bahagian 5: Keajaiban yang berlaku ketika tentera Russia memerangi Afghanistan

    Setiap kali terkenangkan keperitan dan kesungguhan seorang mujahid bergerak menuju medan jihad, riak jernih akan mengalir laju melepasi kelopak mata. Rindu, bangga dan impian untuk bersama-sama mereka terus mekar dalam diri.

    Siapa yang tidak rindu bila dapat bertemu dengan sang Pencipta dalam keadaan yang paling mulia. Di dunia digelar terroris oleh musuh-musuh Islam, disisi Allah dan penghuni langit merekalah yang selalu disebut-sebut. "Siapa yang tidak kenal si polan bin si polan, mereka lebih rindukan akhirat berbanding dunia, oh! jika aku diberi kesempatan, aku mahu jadi manusia dan ingin bersama mereka" kata salah seorang penghuni langit.

    Afganistan, bumi syuhada yang mendapat kemenangan keatas Rusia suatu ketika ini merupakan tempat berlepasnya para syuhada terbang menuju Kekasih abadi. Bumi yang menjadi pilihan para pencinta syahid ini juga telah menobatkan seorang syuhada dari bumi Malaysia yang menjadi pilihan Allah. As-syahid Fauzi berasal dari Kedah merupakan seorang yang tidak berpendidikan tinggi dan pengusaha kedai runcit secara kecil-kecilan. Riwayat hidupnya bukan seperti Tun P.Ramlee, Dali Mokhtar atau Tunku Abdul Rahman, yang dijunjung setelah pemergian mereka, bahkan hanya dikenal oleh penduduk kampungnya dan jika tidak di bukukan kisahnya, siapa pun tidak akan mengenalinya.

    As-syahid Fauzi, mujahidin Tanah Melayu

    Peristiwa-peristiwa pelik sering terjadi keatas mujahid-mujahid ini menunjukkan perjuangan mereka berada atas landasan yang diredhai Allah. Kisah yang diceritakan yang berlaku keatas mujahid Fauzi membuktikan segalanya. Mimpi didatangi bidadari seperti yang dialami mujahid Fauzi merupakan alamat yang biasa di alami oleh mana-mana mujahid di medan tempur. Jual beli yang diusahakannya tidak sia-sia apabila dagangnya dibeli Allah ketika usia baru mencecah 27 tahun.

    Tanda Kesyahidan

    "As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

    "Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (QS Ali Imran: 169)

    Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
    Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

    Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur." Dipetik dari buku Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan

    Dari Abu Hurairah ra., ditanyakan, "Wahai Rasulullah, amal apakah yang menyamai pahala jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab, “Kalian tidak mampu melakukannya.” Maka diulangi pertanyaan itu dua kali atau tiga kali. Setiap pertanyaan itu dijawab Baginda, “Kalian tidak mampu melakukannya.” Kemudian Baginda bersabda, “Mujahid di jalan Allah itu seumpama orang yang berpuasa, yang mengerjakan shalat, dan yang membaca Qur’an, dimana ia tidak berhenti dari puasa dan shalatnya, sehingga sang mujahid pulang dari medan pertempuran.” [HR. Bukhari, Muslim, Nasa’I, Ibnu Majjah, dan Tirmidzi]

    Bahagian 5, bahagian akhir kisah keajaiban-keajaiban yang terjadi dimedan tempur yang dialami dan diceritakan oleh para mujahidin. Moga kisah yang dipaparkan menjadi pemangkin semangat penyambung rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan para perindu bidadari.

    Bahagian 5 (Akhir)

    Allah memberi rezeki tanpa diduga-duga

    Allah SWT berfirman: ".Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya." (QS Ath-Thalaaq: 2-3)

    Tuesday, April 19, 2011

    Ya'juj dan Ma'juj dan Yahudi Zionis

    Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai sejarah Empayar Khazaria? Khazaria adalah sebuah kerajaan milik Yajuj Majuj sebelum mereka dikurung di sebalik tembok Zulkarnain. Sehingga tiba masanya, tembok tersebut telah runtuh dan mereka (Khazars) telah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, terutamanya Eropah.

    ANALISIS : SAMADA TEMBOK YAJUJ MAJUJ TELAH TERBUKA


    Deklarasi penubuhan negara Israel di Tel Aviv

    Tembok menyekat kaum Yajuj Majuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

    “…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...” (QS Al-Anbiyaa’: 95-96)

    Amerika dan Israel adalah dua buah negara yg dikuasai Ya'juj dan Ma'juj, Bitain tidak terkecuali

    “Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yajuj Majuj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yajuj Majuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

    Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yajuj Majuj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah
    penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

    Thursday, March 31, 2011

    Tsunami JEPUN di sebalik AL-QURAN

    Tsunami dan gempa bumi di Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang lalu, 11.03.2011 membuktikan tiada siapa yang dapat menghalang takdir dan kehendak Allah. Pengajaran daripada apa yang berlaku membuatkan kita berasa insaf betapa kerdilnya diri ini bila berdepan dengan ketentuan Allah. Buat rakyat Jepun yang terlibat, takziah dan bersabar serta renungkan dan ambil pelajaran dari bala yang menimpa. Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun

    Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-

    Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H. Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H. Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H... 1432 kita cerakinkan menjadi 14||32

     Banyak kisah terungkai satu persatu dari Al Quran terbukti benar

    Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

    "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

    Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
    Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

    Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya.. 3+6+1+3+8 = 21 kemudian 2+1 = 3.. Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

    Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai Latitude 38'15 dan Longitude 140'53. Buat proses penambahan seperti sebelumnya.. 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30, kemudian 3+0 = 3. Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.


    Sendai adalah wilayah teburuk yang menerima impak Tsunami

    Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu. Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun. Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi. 1+4+4+6 = 15, kemudian 1+5 = 6 angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

    40 pengawal penjara Yahudi terbakar hidup-hidup

    December 04, 2010, Israel has made little progress in a battle against a flaming inferno that has left at least 41 people dead.

    Planes and helicopters from many nations are battling a raging wildfire that has burned at least 4,000 hectares of forest in the Carmel Mountains in northern Israel. More than 17,000 people have been evacuated and many homes destroyed in the worst fire in Israel's history. And there is no end in sight; the fire is raging out of control. 

    This charred bus was carrying 40 prison guards when it was trapped in the huge forest fire. The entire bus was engulfed in flames and this is what remains of it. The bus, evacuating the guards from a jail, drove headlong into the fire.

    In a small country with few wooded areas, the toll in human and natural resources is seen as a national disaster.

    "This is a great tragedy," said Prime Minister Benjamin Netanyahu "We've lost over 40 people who were horribly burned to death, we have people struggling for their lives in hospitals, we have missing persons. The great nature reserve of the Carmel, one of the great nature reserves in the world, is being consumed by fire."

    Israel was quickly overwhelmed by the fire which erupted on Thursday.  At least 19 countries have answered Israel's appeal for help, from the Middle East to Europe to the United States. They have provided planes, firefighters and equipment. 

    Thursday, February 24, 2011

    Dulu artis, kini ingin berdakwah bersama PAS

    Siapa tahu ajal maut manusia, semuanya adalah ketentuan Allah. Bob Lokman yang dulu bergelar artis kini memilih untuk berubah dan menjadikan Islam sebagai wadah perjuangannya. Baginya hanya Islam sebagai penyelamat untuk membawa manusia kepada Allah.


    Parti Islam Semalaysia atau PAS merupakan parti politik di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan. Sejarah dan dasar PAS menjadikannya satu-satunya parti yang mendapat sokongan mereka yang cintakan Islam untuk turut sama menegakkan negara berlandaskan syariat. 

    Ramai dikalangan artis di Malaysia yang keluar daripada dunia glamor dan sedar akan kesilapan yang dilakukan mereka selama ini. Bila keindahan Islam dihayati, mereka memilih untuk meninggalkan kehidupan berfoya-foya bertuhankan materi kepada kehidupan bertuhankan Allah. Moga lebih ramai artis diluar sana yang sedar dan berubah kearah kebaikan. Maksud firman-Nya

    "Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-prang yang tidak beriman." (QS Al-An'am: 125)
    Related Posts with Thumbnails

    Demi Allah, kamu tidak akan aman wahai Yahudi Laknatullah