Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Akhabr arus perdana di Malaysia milik kerajaan diarah tidak menggunakan istilah barang naik
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.
Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.
Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu
Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.
Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.
Jangan buat tinjauan rambang
Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.
1 Malaysia, nice slogan but...
Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.
"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.
Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.
Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Baca selanjutnya [ link ]
Pelik tapi benar, inilah realiti pemerintahan di Malaysia, sampai istilah pun habis nak diubah semata-mata menutup kelemahan dan penyalahgunaan kuasa pemerintah. Dulu pernah diubah penggunaan istilah rasuah kepada politik wang, untuk menunjukkan istilah tersebut lebih mesra pengguna pada masa yang sama menghalalkan pihak kerajaan terus menipu dan menindas rakyat.
Nah, sekarang buka mata dan fikirkan sendiri, sekejap lagi banyak lagi istilah-istilah baru yang akan muncul. Hendak terima atau tidak, rakyat seadanya tetap tertipu selagi tonggak pemerintahan berada dibawah golongan-golongan toghut ini, selagi Islam dipinggirkan, selagi itulah keadilan tidak terlaksana. Mungkin patut ubah slogan Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan kepada "Islam dipinggirkan, Kroni bermewahan".. Barang naik, tahniah!! rakyat memang didahulukan.
No comments:
Post a Comment