Tiada siapa yang dapat menandingi ganjaran mereka ini kecuali mereka yang beramal setanding dengan amalan mereka yang berjihad dan yang mengikut jejak mereka berjihad. Allah mengurniakan mereka keistemewaan dari sudut rohani dan amali di dunia dan di akhirat yang tidak diberikan kepada manusia yang lain. Darah para syuhada yang mengalir di jalan Allah menjadi tiket kepada permulaan kemenangan di dunia dan tanda kejayaan di akhirat.
Sebaliknya, hukuman yang amat berat bakal dihadapi oleh mereka yang menyepikan diri dan berpeluk tubuh. Mereka ini dikecam dan dikutuk sekeras-kerasnya kerana bersikap bacul dan tunduk dengan kehendak kaum yang mengingkari perintah Allah.
Tiada satu sistempun sejak dari kejatuhan Empayar Uthmaniah hingga sekarang, baik berbentuk agama mahupun sosial yang memberi perhatian penuh kepada soal jihad, ketenteraan, kerahan rakyat dan menyatupadukan seluruh kekuatan rakyat untuk mempertahankan kebenaran sebagaimana yang terkandung dalam agama dan ajaran Islam.
Banyak ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan kepentinagn berjihad dan segala nilai yang mulia ini. Nilai ini dinyatakan dengan jelas dan terang ke arah mengajak manusia berjihad, berperang, menerapkan nilai ketenteraan, memperkukuh teknologi pertahanan dan peperangan dalam semua cabang; darat, laut, udara dan lain-lain dalam semua keadaan.
"Kamu telah diwajibkan berperang sedang peperangan itu adalah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (QS Al-Baqarah : 216).
Terbaca tulisan saudara Muhammad Jihad, Mesej Tersirat di Sebalik Gaza, dalam keluaran terbaru Majalah Solusi, edisi 21. 'Perang senjata bukanlah medan sebenar untuk mendaulatkan Islam pada zaman mutakhir ini. Umat Islam tidak akan jatuh ke lubang yang sama dua kali- begitulah lebih kurang maksud sabda Nabi SAW. Maka sudah sewajar, ada pemimpin Islam yang dengan ketaqwaan dan kekuatan lahiriahnya mencipta satu medan baru bagi mengatasi Zionis dan kuncu-kuncunya'.
Sejarah membuktikan bagaimana Al-Fateh melatih tenteranya dengan semangat jihad yang tinggi, yang tidak mampu digugat oleh musuh-musuh Allah. Mereka adalah tentera-tentera yang dijanjikan akan membebaskan Konstantinopel. Al-Fateh sendiri telah diasuh dengan strategi peperangan, diajar memanah, bermain pedang sejak kecil, berbeza dengan kanak-kanak yang seusia dengannya.
Al-Fateh percaya tiada yang mampu menawan golongan kuffar melainkan dengan mata pedang. Bagaimana mungkin musuh-musuh Islam akan tunduk kepada pemilik alam semesta berbekalkan medan yang baru selain mengistiharkan perang kepada mereka.
Jika ada yang mengatakan kita perlu membangunkan ekonomi untuk mengatasi mereka, berapa ramai yang sudah terkulai, bahkan milik kekayaan bukan digunakan untuk kepentingan umat, tetapi semata-mata memuaskan nafsu serakah. Lihat sahaja Arab Saudi. Demikian juga dengan pendidikan, ketenteraan, teknologi dan sebagainya, umat Islam yang pasti terus terkebelakang. Nah! ini realitinya.
Menurut beliau lagi, 'Di atas tapak itu, kita perlu seiring membina kekuatan lahiriah, (berbentuk fardu kifayah) - akonomi, sosial, ketenteraan, teknologi dan lain-lain sebagai persiapan membina kekuatan fizikal dan material'. Perlu diingat bahawa golongan kuffar tidak akan takut dengan kekayaan sumber ekonomi, ketenteraan dan sebagainya yang dimiliki umat Islam. Bahkan kekayaan dan segala teknologi adalah milik mereka.
Hanya Jihad Al-Qital yang mampu menggerunkan musuh-musuh Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku keatas rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Perjalanan yang dirancang mengambil masa berbulan-bulan menjadi sia-sia apabila misi tidak tercapai. Mana salahnya?? Tidak lain kerana semangat jihad tidak tertanam kukuh didalam diri. Walaupun mampu membekalkan berjuta-juta ringgit untuk bekalan bantuan, tapi semuanya dirampas Yahudi laknatullah.
Kekuatan yang dibina dengan semangat jihad pasti akan menggentarkan musuh-musuh. Sebagai contoh, pemerintahan Uthmaniah menjaga kerajaan di bawah pimpinannya melalui tentera-tentera yang dilatih dengan semangat jihad, yang berbekalkan iman dan taqwa yang tinggi.
Musuh-musuh islam sendiri mengakui, jika semangat jihad dalam diri umat Islam terpancang kukuh, nescaya mereka pasti tunduk kepada Islam. Tapi kenapa perang senjata ingin dipudarkan dalam jiwa umat Islam?? Begitu teliti perancangan musuh-musuh Islam. Mereka pernah cuba menghapuskan silibus jihad di Universiti Al-Azhar suatu ketika, maka diperkenalkan dengan istilah-istilah baru seperti jihad ekonomi dan sebagainya. Natijahnya, umat Islam terus dihentam, dihina, dirogol, dipijak dan dibunuh dengan kejam.
Dimana umat Islam ketika bangsa Palestina dibunuh, dimana umat Islam ketika remaja perempuan Chechya dirogol, dimana umat Islam ketika kanak-kanak Bosnia dirobek jantung-jantung mereka, dimana umat Islam ketika wanita-wanita tua Somalia diperlakukan seperti binatang, dimana kalian wahai umat Muhammad!!!
Bangkitlah dari tidur kalian tatkala bangsa kafir lena diwaktu Subuh, penuhilah masjid-masjid kalian dengan solat berjamaah. Hidupkanlah majlis-majlis ilmu, tanamkanlah semangat jihad di dalam setiap jiwa umat Islam.
Percayalah, jikalau negara Islam mampu menghantar pasukan mujahid bilamana bumi Islam disentuh, nescaya golongan kafir akan mengigit jari ketakutan. Golongan kafir tidak akan kenal erti perdamaian melainkan kita mengikut telunjuk mereka, jika undang-undang yang mereka buat pun tidak mereka patuhi, mengapa kita umat Islam perlu mengikut undang-undang ciptaan mereka. Wahai umat Islam, peliharalah diri kalian dari sifat musyrik dan hindarilah diri dari tipudaya musuh.
"Apabila kamu berjual beli denagn 'inah dan kamu hanya sibuk dengan ternakan dan tanaman sehingga kamu tinggalkan jihad, nescaya Allah akan datangkan kehinaan kepada kamu. Allah tidak akan menghilangkan kehinaan itu kecuali setelah kamu kembali kaepada agama kamu (berjihad)." (HR Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Umar. Hadis ini sahih menurt Al-Hakim)
"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) Yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa Yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) Yang demikian itu: penyesalan Dalam hati mereka. dan (ingatlah), Allah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan Segala Yang kamu lakukan.
Demi sesungguhnya! jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), Sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa Yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi Segala jenis kesenangan hidup).
Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan)." (QS Aali Imran : 156-158)
No comments:
Post a Comment