Showing posts with label Current News. Show all posts
Showing posts with label Current News. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Terowong HAMAS gentarkan Israel LAKNATULLAH

Sejak beberapa hari lalu, Gaza digemparkan dengan penemuan terowong rahsia oleh Israel yang dibina pejuang-pejuang Hamas yang menembusi sehingga ke luar sempadan Israel. Ekoran penemuan yang menggerunkan tersebut, Israel mengambil kesempatan memasuki Gaza dan memusnahkan terowong.

Serangan Israel ke atas Gaza bermula disebabkan 2 terowong yang dijumpai oleh tentera Israel di kawasan penempatan Yahudi di dalam Israel. Israel menjadi 'gila' akibat terowong tersebut. Mereka cuba mencari jika ada lagi terowong-terowong seumpama itu dan mencari ke manakah tembusnya terowong itu di sebelah Gaza. Terowong ini merentasi Khan Younis.

Antara kesan penemuan terowong ialah bahan binaan dihalang masuk ke Gaza dengan alasan digunakan untuk membina terowong.

Monday, November 4, 2013

Dr. Morsi dibicarakan atas sebab apa?

Pelik, tapi itulah realiti yang terpaksa ditempuhi bila seseorang memilih untuk bersama Islam, halangan dan tentangan membuktikan kerja dakwah ini bukanlah suatu yang mudah, namun ganjarannya cukup besar di sisi Allah. Rentetan penahanan tanpa sebab oleh regim tentera, Dr Morsi akhirnya tampil dibicarakan.

Hari ini 4 November mencatatkan sejarah di Mesir apabila seorang Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, Dr.Muhammad Morsi akan dihadapkan ke mahkamah sekira-kira 4 jam dari sekarang. Lokasi awal yang dijangka dibicarakan iaitu di Kolej Pegawai di Penjara Turrah, utara Kaherah tetapi ditukarkan ke Akademi Polis, Tajammuk Khomis, lokasi yang menjadi saksi mahkamah rejim Mubarak sebelum ini.

Dr. Morsi dilihat di mahkamah hari ini 4 Nov 2013

Lokasi perbicaraan diketatkan kawalan keselamatan yang dianggarkan dikawal oleh lebih 20,000 anggota polis dan tentera dari pelbagai unit. Namun, tiada sebarang siaran langsung "live" akan dibuat oleh televisyen negara seperti Mubarak sebelum ini. Ini kerana kudeta amat maklum bahawa perbicaraan Mursi hanya bermotifkan politik dan dendam. Tambahan Mursi mempunyai penyokong yang ramai berbanding Mubarak. Sebarang siaran langsung di kaca-kaca TV akan mampu untuk menarik puluhan ribu penyokong Mursi untuk mengepung bangunan mahkamah tersebut dan ia sudah pasti akan melebihi angka pasukan keselamatan yang bertugas.

Saturday, March 24, 2012

2 millions marcher towards Jerusalem

The organizing committee of the Global March to Jerusalem expects the participation of more than two million people in the march which will be started from the surrounding countries of Palestine, the Palestinian territories, and some other capitals on March 30, 2012.

Walk for Justice

“Several international personalities and organizations will join the Global March to Jerusalem that will take place in Jordan and the other surrounding countries except Syria, said the GMJ’s chief executive and coordinator Dr Ribhi Haloum in a press conference held on Tuesday evening .

Halloum added that the Prime Minister Awn Al-Khasawneh expressed satisfaction about the march’s preparation as a peaceful and civilized march offering the government’s help to the organizers. 

Thursday, June 2, 2011

"Bir Halal" jika cara pembungkusan sudah diragui?

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar kerana selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Sekadar gambar hiasan

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat “Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” katanya selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Bakri Hashim. Akhbar kelmarin melaporkan mengenai penjualan `bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

Akhbar memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir berkenaan dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Monday, May 23, 2011

Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Tuesday, May 3, 2011

Benarkah Usamah bin Laden terbunuh?

Benar atau tidak berita kematian Usamah bin Laden, wallahua'lam, tetapi siapa Usamah bin Laden? jika ia benar seorang mujahid, maka kematiannya bukan sepertimana manusia biasa, matinya sebagai seorang syuhada, mati menuju Allah dalam keadaan yang paling mulia. Manakala musuh-musuh Islam dan kaum-kaum munafik terus bergembira dengan berita ini. Mereka merayakannya seolah-olah dengan kematian Usamah, perjuangan mujahidin akan terhenti. Ternyata mereka hanya bermimpi disiang hari!! Firman Allah; 

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia (Muhammad) wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. Ali Imran: 144).

Agensi berita Aljazeera melaporkan dari Kabul bahawa ibu pejabatnya di Afghanistan juga telah mengesahkan bahawa Usamah bin Laden telah mati dan jenazahnya ketika ini bersama Amerika Syarikat. Manakala bila diminta, pejabat tersebut tidak mahu memberitahu apakah Usamah dibunuh di Afghanistan atau Pakistan, mereka hanya menyatakan bahawa kematian pemimpin Al Qaeda tersebut lebih merupakan "simbol kemenangan" dan dia tidak lagi berhubung secara langsung dengan kelompoknya di lapangan.

Thursday, March 31, 2011

Tsunami JEPUN di sebalik AL-QURAN

Tsunami dan gempa bumi di Jepun yang memusnahkan hampir keseluruhan Wilayah Sendai pada hari Jumaat yang lalu, 11.03.2011 membuktikan tiada siapa yang dapat menghalang takdir dan kehendak Allah. Pengajaran daripada apa yang berlaku membuatkan kita berasa insaf betapa kerdilnya diri ini bila berdepan dengan ketentuan Allah. Buat rakyat Jepun yang terlibat, takziah dan bersabar serta renungkan dan ambil pelajaran dari bala yang menimpa. Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-

Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H. Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan 06.04.1432H. Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H... 1432 kita cerakinkan menjadi 14||32

 Banyak kisah terungkai satu persatu dari Al Quran terbukti benar

Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula dengan Surah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya.. 3+6+1+3+8 = 21 kemudian 2+1 = 3.. Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai Latitude 38'15 dan Longitude 140'53. Buat proses penambahan seperti sebelumnya.. 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30, kemudian 3+0 = 3. Terbukti: nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Sendai adalah wilayah teburuk yang menerima impak Tsunami

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu. Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446 mengikut waktu di Jepun. Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi. 1+4+4+6 = 15, kemudian 1+5 = 6 angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

40 pengawal penjara Yahudi terbakar hidup-hidup

December 04, 2010, Israel has made little progress in a battle against a flaming inferno that has left at least 41 people dead.

Planes and helicopters from many nations are battling a raging wildfire that has burned at least 4,000 hectares of forest in the Carmel Mountains in northern Israel. More than 17,000 people have been evacuated and many homes destroyed in the worst fire in Israel's history. And there is no end in sight; the fire is raging out of control. 

This charred bus was carrying 40 prison guards when it was trapped in the huge forest fire. The entire bus was engulfed in flames and this is what remains of it. The bus, evacuating the guards from a jail, drove headlong into the fire.

In a small country with few wooded areas, the toll in human and natural resources is seen as a national disaster.

"This is a great tragedy," said Prime Minister Benjamin Netanyahu "We've lost over 40 people who were horribly burned to death, we have people struggling for their lives in hospitals, we have missing persons. The great nature reserve of the Carmel, one of the great nature reserves in the world, is being consumed by fire."

Israel was quickly overwhelmed by the fire which erupted on Thursday.  At least 19 countries have answered Israel's appeal for help, from the Middle East to Europe to the United States. They have provided planes, firefighters and equipment. 

Wednesday, February 23, 2011

Bob Lokman: Fi SabililLah

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Bob Lokamn menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ust Azizan

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak rebah jua akhirnya

"Hosni Mubarak, the Egyptian president, has resigned from his post, handing over power to the armed forces and ending a 30-year grip on the largest Arab nation.

Omar Suleiman, the vice-president, announced in a televised address on Friday that the president was "waiving" his office, and had handed over authority to the Supreme Council of the Armed Forces.

Suleiman's short statement was received with a roar of approval and by celebratory chanting and flag-waving from a crowd of hundreds of thousands in Cairo's Tahrir Square, as well as by other pro-democracy campaigners who attending protests across the country.
 

Tahrir Square responds to Mubarak's resignation

The top figure in Egypt's new regime is now Field Marshal Mohammed Hussein Tantawi, the country's defence minister.

After the announcement, he drove past Mubarak's former palace, where crowds cheered him. He stopped briefly to thank and hail the pro-democracy campaigners before driving in.

In its third statement to the nation since Thursday, the Supreme Council of the Armed Forces said it was examining the situation "in order to materialise the aspirations of our great nation".

The statement said that "resolutions and statements regarding the ... actions to be followed" in order to achieve the demands of the people will be handed down later.

In the televised address, the spokesman also extended "greetings and appreciation" to Mubarak for his service to the country, and saluted the "marytrs and those who have fallen" during the protests." Al- Jazeera News

Thursday, February 10, 2011

Arab dictators urge Obama not to press Mubarak's departure

Arab dictators - kings, presidents-for-life, generals and colonels - feeling the heat from Egypt's determined protesters, have urged US president Barack Obama not to press the Egyptian tyrant Hosni Mubarak too hard. They fear that if Mubarak were to fall quickly, their own shaky thrones would be in danger.

FOLLOW ME, BUT WHERE TO? ... Obama undecided on where to lead his pack of tyrants

The line-up of Arab potentates is interesting. The king of Saudi Arabia, Abdullah, has joined his name-sake but bitter rival, Abdullah of Jordan, the ruler of the United Arab Emirates and the Zionist rulers of Palestine, to collectively urge Obama not to insist on Mubarak's immediate departure.

The Arab potentates need not worry. The Americans understand this all too well. They do not want to hand over an important country like Egypt to a "mob" that would in turn jeopardize their favourite client, Israel.

Instead, the Americans are speaking from both sides of their mouths. Whether Obama, vice president Joe Biden or secretary of state Hillary Clinton, have all repeatedly said they want an "orderly transition." This is euphemism for no sudden changes, that is no transfer of power to the genuine representatives of the people.

Instead, the US wants transfer of power to an equally, if not more secure, pair of hands. Who else but Omar Suleiman, the torturer-in-chief of the Pharaonic Mubarak regime in Egypt?

Suleiman (left) and his side-kick, general Mahmoud Wagdy, the new Interior Minister, who had served as the chief jailer of Egypt when Suleiman was chief of Egypt's dreaded intelligence agency, are trusted US and Zionist agents. They have been involved in horrible crimes against their own people for years.

Even now, hundreds of protesters have disappeared from the streets and their family members have no idea where they are held or whether they are even alive. It is not surprising that in addition to Mubarak, both Suleiman and Wagdy are etremely popular with the Americans and the Israelis. Both men have blood on their hands.

Thursday, January 6, 2011

Polis Belanda tolak jalankan larangan ber "CADAR"

Polis Amsterdam tidak akan menangkap Muslimah bercadar / berjilbab, bahkan jika larangan tersebut dikuatkuasakan. Menurut kenyataan Ketua Polis Bernhard Welten, yang mengatakan di siaran televisyen bahawa polis harus menggunakan akal sihat mereka. "Saya tidak merasa bahawa saya harus selalu menjadi alat dari pemerintah yang selalu melakukan apa yang mereka minta."

Tudung yg dipakai wanita muslim di Holland

Pernyataan tersebut mendapat reaksi dari anggota parlimen dari Parti Bebas, Hero Brinkman yang juga merupakan mantan polis, dengan keras mantan tersebut mengkritik ketua polis tersebut. "Polis harus tunduk kepada pihak berkuasa. Pemerintah dan DPR yang membuat undang-undang. Polis menegakkan undang-undang itu. Kami akan menjadi republik pisang jika yang terjadi adalah sebaliknya".

Brinkman menyarankan kepada menteri dalam negeri untuk mengambil tindakan terhadap Mr Welten. Dalam Twitter nya Hero Brinkman menulis "Welten akan berundur tahun ini. Kasihan, pasti akan senang melihat dia dipecat."

Usulan kontroversi untuk melarang cadar ditetapkan sebagai bahagian dari perjanjian antara konservatif VVD dan Kristian Demokrat. Pemerintah disokong oleh minoriti di parlimen oleh Parti Bebas anti-Islam pimpinan Gert Wilders.

Seharusnya usaha prihatin polis seperti Bernhard Welten ini yang mesti disokong oleh komuniti Muslim di Belanda, khususnya dalam hal larangan penggunaan cadar ini. Sikap yang diambil polis ini sepatutnya menjadi suri tauladan bagi polis-polis dinegara lain supaya tidak mengikut segala undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah jika undang-undang yang digazetkan tidak sesuai dengan norma-norma akal sihat manusia dan syariat yang ditetapkan Islam jika di dalam sebuah negara Islam.

Sumber muslimdaily

Wednesday, August 25, 2010

PM Palestin berbuka di rumah rakyat

GAZA, 25 Ogos: Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa.

Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Ustaz Ismail Haneyah mengunjungi penduduk palestin untuk bebuka puasa bersama.

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyah telah mempamerkan satu contoh keprihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup.

Pada Jumaat, 20 Ogos lalu, Ustaz Ismail berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa dengan juadah yang disediakan oleh keluarga tersebut, lapor laman web Haluan Palestin.

Rumah mereka sangat sederhana, hanya terdapat satu ruangan kurang daripada 20 meter persegi, tanpa tingkap dan tanpa lubang ventilasi. Rumah itu dihuni 8 orang ahli keluarga iaitu ibu bapa dan enam orang anak mereka. Bayangkan betapa sesak dan sempitnya rumah itu.

Saturday, August 21, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Saturday, July 31, 2010

Pasukan Kera Bantu Mujahidin Afghanistan dalam Melawan Pasukan AS


Sebuah surat khabar berbahasa Inggeris mengungkapkan keberhasilan mujahidin Afghanistan dalam mentraining kawanan kera untuk melakukan beberapa tugas tempur dalam perang melawan pasukan pendudukan AS yang ditempatkan di Afghanistan.

Surat khabar Inggeris, “Peebles Daily Online” dalam edisi hari ini menerangkan, bahwa fotografernya berhasil mengambil gambar monyet di daerah Waziristan Afghanistan, yang dilengkapi dengan senapang mesin Kalashnikov - 47.

Dilengkapi dengan senjata Kalashnikov, senjata mesin Bren, dan mortir, para monyet diajarkan mengenali dan menembak senjata ke sasaran manusia yang mengenakan seragam militer AS. “Sumber anggota senior militer AS telah dikonfirmasi soal eksistensi tentera monyet Taliban, ahli militer menyebut monyet bersenjata sebagai ‘teroris monyet’,” demikian dimuat People Daily.

 Anak kera dengan AK-47

Surat khabar itu juga mengutip komentar analis militer, di mana ia menegaskan bahawa Mujahidin Taliban berusaha mengecohkan orang-orang Amerika sejak mereka menggunakan kelengkapan yang canggih dalam medan pertempuran, sebagaimana yang disiarkan oleh salah satu laman web Rusia ketika ini.

Para pemerhati menilai bahawa tujuan mengerahkan kera di jajaran Mujahidin Taliban adalah untuk menarik perhatian umum dan membuat resah pertubuhan-pertubuhan / yayasan-yayasan pembela hak-hak haiwan agar ditariknya pasukan pendudukan AS dari Afghanistan segera mungkin.

Friday, July 23, 2010

Casillas and other athletes to join Freedom Flotilla 2

Al Qassam website, July 22, 2010: The European campaign to lift the siege on Gaza revealed that it will soon make contacts with a number of well-known international athletes, particularly in Europe, to explore the possibility of their participation in Freedom Flotilla 2, which is scheduled to sail to the Gaza Strip by the end of September.

 Spain goalkeeper, Casillas,  who won a world cup title this year

Rami Abdo, a member of the campaign, said in a statement from Paris on Wednesday:

“After a number of athletes expressed interest in participating in Freedom Flotilla 2, the European campaign will make during the next few days a series of phone calls in France and Spain with a number of well-known athletes, such as the captain of the Spanish World Cup team, Iker Casillas, to explore the possibility of their involvement in the Freedom Flotilla to break the siege on Gaza.”

He explained that the move is meant to bring the public’s attention towards the humanitarian mission and Palestinian cause.

Tuesday, July 20, 2010

Penulis Yahudi Jerman Terkenal: Saya kembali kepada fitrah Islam


HAMBURG (voa-islam.com): Penulis yahudi terkenal berkebangsaan Jerman "Henryk Broder" mengisytiharkankan masuk Islam, setelah serangkaian panjang tulisan-tulisannya yang memusuhi Islam dan umat Islam.

Koran "Palestina Online" menyebutkan bahwa Henryk Broder adalah veteran jurnalis majalah yang sangat popular di Jerman Der Spiegel, dan penulis buku terlaris di Jerman pada tahun 2007, yang berjudul "Hei Eropah .. engkau menyerah" dan dianugerahi penghargaan buku Jerman pada tahun itu.

Diantara ucapannya yang terkenal sebelum memeluk Islam: "Saya tidak ingin Eropah menyerah kepada kaum muslimin, ketika Menteri Kehakiman Jerman mengatakan bahawa syariat Islam boleh menjadi dasar hukum. maka Eropah harus berdamai; ideologi Islam telah menjadi terkait dengan permusuhan dengan gaya hidup moden barat dan saya menyarankan kaum muda Eropah untuk hijrah, kerana Eropah kini tidak akan tetap demikian selama lebih dari dua puluh tahun. Eropah beralih ke Islam secara demografis. Kami memberikan persetujuan secara aneh dalam menanggapi tindakan fundamentalis Islam."

Penulis Broder "61 tahun" berteriak ketika ia mengumumkan untuk masuk Islam: "Mari dengarkan bahawa saya  telah masuk Islam".

Monday, July 19, 2010

Ikhwanul Muslimin lancar Facebook versi Islam

Ilustrasi www.ikhwanfacebook.com. klik [ link ]

Ikhwanul Muslimin (IM) Mesir akan melancarkan Facebook versi sendiri dalam beberapa bulan akan datang. Gerakan oposisi Islam terbesar di Mesir ini menamakan facebooknya dengan ”IkhwanBook”.

Menurut insinyur dan anggota team pengembangan media IM, Ahmed Said, IkhwanBook sudah siap, berjalan, dan menerima anggota di alamat www.ikhwanfacebook.com.

FB Ikhwan ini memiliki konsep dan fasiliti yang mirip dengan Facebook, seperti sharing foto-video, live chat, dan message online. Ahmed mengaku, IkhwanBook bukan untuk menyaingi Facebook asli, namun menyerupai dengannya.

IkhwanBook juga melengkapi website Ikhwan seperti IkhwanWiki, IkhwanWeb, IkhwanGoogle – mesin pencari khusus IM – dan IkhwanTube. Kebanyakan laman itu dalam bahasa Inggeris.

Jadi kepada majoriti kaum Muslim, ayuh bertukar ke IkhwanBook, segera beralih daripada Facebook atau kita terus bersekongkol dengan Israel membunuh umat Islam Palestin. Jika dahulu kita tiada alternatif, tetapi kewujudan laman ini seharusnya menjadi pilihan tanpa punyai alasan. Sebarkan info ini untuk manfaat bersama.

Sunday, July 18, 2010

Istilah "barang naik", kenapa perlu diubah?

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Akhabr arus perdana di Malaysia milik kerajaan diarah tidak menggunakan istilah barang naik

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

1 Malaysia, nice slogan but...

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

Thursday, July 8, 2010

Mike Tyson menangis di Raudah

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Berita ini dipetik daripada Agensi Press ketika itu Tyson berada di Madinah semalam, 7/7/2010.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails