Penggulingan ke atas Dr Morsi menyaksikan majoriti rakyatnya bangkit menentang melalui demonstrasi jalanan yang dilakukan secara aman namun dibalas dengan bedilan mortar dan peluru hidup. Sehingga hari ini, isu rampasan kuasa di Mesir masih berlanjutan, dan ramai daripada rakyatnya telah syahid dengan izin Allah.
Antara ribuan syuhada' yang gugur, Amir Badir sepertimana yang diceritakan seorang doktor di Mesir sebagai salah seorang yang dimuliakan Allah.
Tulisan Asal: Dr Ahmed Ghonim
Ditulis semula: Krew Pilihanraya Mesir
Aku bermimpi ajaib malam semalam. Seolah-olah aku sedang berdiri sambil memerhati dari jauh beberapa mayat syuhada' Rabaah yang telah dikafankan. Tiba-tiba, seorang perempuan agak berumur mendekatiku tergesa-gesa.
" Anak ni doktor kan? " soalnya.
" Ya saya " jawabku ringkas.
Lantas air matanya mengalir sebak.
" Ada 2 mangsa yang orang ramai mahu kebumikan, kerana mereka tidak bernafas lagi. Tapi mereka berdua belum mati lagi. Mari, tolong periksa mereka " pinta perempuan itu, teresak - esak.
Tetapi aku terpaksa menolak pemintaannya.
" Mereka berdua itu dari hospital. Doktor di sana telah memberitahu tentang kematian mereka, dan saya mengesahkannya " jelasku padanya.
Perempuan tersebut berkeras dengan pendiriannya, lalu menarik tanganku.
" Mari kita lihat dengan lebih dekat " kata perempuan tersebut.
Lantas kami segera mendekati dan membuka kain yang menutupi muka 2 syuhada' tersebut. Aku terus terkejut. Syahid yang pertama, Amir Badir, sedang tersenyum manis padaku. Syahid disebelahnya pula - yang aku lupa namanya - sedang bersembang dengan orang ramai di sekeliling.
Hatiku berdebar.
" Mereka ini ... hidup .. di sisi Tuhannya .. mereka adalah .. Syuhada " kataku tersekat - sekat.
Aku terus tersedar dari mimpi. Jam di dinding menunjukkan pukul 6 pagi. Azan subuh baru sahaja berkumandang. Aku terus berwudhu' untuk mengerjakan solat, dan aku berdoa kepada Allah agar memilihku dan mengikuti jejak langkah para syuhada' dan orang soleh.
No comments:
Post a Comment