Mahkamah Mesir telah membuat keputusan mengharamkan gerakan Ikhwanul Muslimin serta segala aktivitinya di Mesir. Pengharaman itu juga adalah termasuk pembekuan harta boleh alih dan tidak boleh alih serta harta yang dimiliki oleh ahli kumpulan IM.
Logo Ikhwan Muslimin dan pengasasnya Hassan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna
Dalam masa sama, segala cabang institusi yang berkaitan dengan IM juga diharamkan dan berkemungkinan parti yang didokong IM, Freedom and Justice Party, FJP bakal dikenakan tindakan. Realiti yang menunjukkan kudeta Mesir ini cukup gerun dengan gerakan IM, yang mana pendokongnya majoriti rakyat Mesir mampu menggugat kerajaan kudeta jika pengaruhnya tidak disekat.
Sejarah menunjukkan gerakan Islam seperti IM, melalui banyak cabaran dalam misi memartabatkan Islam sebagai cara hidup. Peristiwa pembunuhan dan penindasan tidak pernah lekang dari diari harian gerakan ini. Pembunuhan pengasasnya, Assyahid Hassan Albanna, pada usia 43 tahun cukup untuk memberi bukti bahawa IM musuh utama pemerintah taghut di Mesir.
SEJARAH RINGKAS IKHWAN MUSLIMIN :
1928 - Ikhwan ditubuhkan oleh Imam Hasan Al Banna.
1949 - As-Syahid Imam Hasan Al Banna dibunuh.
1954 - Jamal Abdul Nasir menangkap dan menggantung mati ramai pimpinan IM.
1984 - Ikhwan mula masuk pilihanraya dan menang banyak kerusi.
2011 - Parti Freedom and Justice FJP ditubuhkan.
2012 - Ikhwan Muslimin mendapat mandat perintah Mesir.
2013 - Ikhwan mendapat lesen rasmi tubuh جمعية الاخوان المسلمون.
2013 - Ramai pemimpin utama IM ditangkap/dipenjarakan.
2013 - Ikhwan dibubarkan/diharamkan kembali
Rentetan kerajaan rejim Hosni Mubarak di tolak majoriti rakyat Mesir, dengan izin Allah IM berjaya menerajui Mesir di bawah Dr Mohamed Morsi, seorang jurutera.
Dalam penggal pemerintahannya, beliau boleh dikatakan memerintah keseorangan kerana agensi kerajaan terdahulu di bawah rejim Hosni Mubarak dilihat tidak mahu bekerjasama dengan Dr. Morsi. Perlantikan pemerintah tertinggi tentera, Jeneral Assisi atas dasar kepercayaan juga dilihat tidak membantu bahkan beliaulah yang mengepalai penggulingan pemerintahan Dr. Morsi baru-baru ini.
Cabaran dan liku yang dihadapi IM bukanlah suatu yang asing bagi gerakan ini. Hasil tarbiah yang diterapkan dalam jiwa setiap pendokongnya boleh dilihat bilamana Dr. Morsi digulingkan. Tanpa desakan atau bayaran, mereka mewakafkan bukan sahaja harta, bahkan jasad dan seluruh keluarga untuk mempertahankan IM sebagai pemimpin dalam meneraju Mesir.
Slogan "Bir ruh ! Bid dam ! Nafdiika ya islam !.Isma' ya sisi ! Morsi raiisi !" dilaungkan oleh penyokong Dr. Morsi sepanjang tempoh perlawanan dengan penyokong tentera menunjukkan roh tarbiah yang ditanam dalam diri pendokong IM bukan sebarangan sehingga mereka mampu untuk menyerahkan segalanya demi Islam.
Mereka puak-puak thoghut sepatutnya tahu, IM bukan bergerak dengan nama, tapi mereka bergerak dengan RUH.
Sumber:
Al Jazeera
No comments:
Post a Comment