Benar atau tidak berita kematian Usamah bin Laden, wallahua'lam, tetapi siapa Usamah bin Laden? jika ia benar seorang mujahid, maka kematiannya bukan sepertimana manusia biasa, matinya sebagai seorang syuhada, mati menuju Allah dalam keadaan yang paling mulia. Manakala musuh-musuh Islam dan kaum-kaum munafik terus bergembira dengan berita ini. Mereka merayakannya seolah-olah dengan kematian Usamah, perjuangan mujahidin akan terhenti. Ternyata mereka hanya bermimpi disiang hari!! Firman Allah;
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia (Muhammad) wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. Ali Imran: 144).
Agensi berita Aljazeera melaporkan dari Kabul bahawa ibu pejabatnya di Afghanistan juga telah mengesahkan bahawa Usamah bin Laden telah mati dan jenazahnya ketika ini bersama Amerika Syarikat. Manakala bila diminta, pejabat tersebut tidak mahu memberitahu apakah Usamah dibunuh di Afghanistan atau Pakistan, mereka hanya menyatakan bahawa kematian pemimpin Al Qaeda tersebut lebih merupakan "simbol kemenangan" dan dia tidak lagi berhubung secara langsung dengan kelompoknya di lapangan.
Usamah diberitakan beberapa kali dibunuh tentera Amerika saban lalu tetapi masih muncul di kaca TV. Permainan media mempengaruhi rakyat bawahan sememangnya suatu yang memang terancang. Peranan media dalam meracuni pemikiran rakyat seperti kita adalah semata-mata untuk menutupi setiap kejahatan yang dilakukan pemerintah yang sememangya ajen kepada barat.
Siapa Usamah bin Laden? Jika menurut laman ini [
link ], beliau adalah bekas ajen CIA yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Kewujudan Al Qaeda juga adalah antara perancangan mereka bagi menunjuki bahawa Islam adalah agama terrorist. Tentera mujahidin di Afghanistan adalah dipimpin oleh Taliban, bukan Al Qaeda. Dalam tulisan saya yang lalu, saya bawakan video
Di sebalik Konspirai Yahudi yang menyiarkan penglibatan Usamah dalam perang di Afganistan.
Klik gambar untuk besarkan
Gambar yang disiarkan pula boleh dikatakan "fake" dan siapa yang pakar dengan photoshop pasti dapat mengenalpasti kesahihan gambar tersebut. Tapi kenapa ramai yang percaya dengan berita ini? Bahkan PM Malaysia pun boleh keluarkan kenyataan menyatakan imej Islam dapat dipulih dengan kematian Usamah bin Laden. Melucukan, memang peranan media cukup penting dalam mempengaruhi rakyat bawahan seperti kita. Jika tidak di kaji secara teliti, ternyata kita akan sentiasa diperbodohkan oleh media munafik ini.Cuba perhatikan gambar yang diambil dari
Utusan, lidah rasmi propaganda kerajaan Malaysia.
Lihat bahagian tepi pada janggut, jelas pada editing yang tidak menjadi.
Perancangan demi perancangan mereka Yahudi Zionis dan musuh-musuh Islam lakukan, tetapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang, dan mereka tidak tahu bahawa perancngan Allah itu mutlak, tiada siapa yang mampu mengatasinya. Lihat sahaja berita terbaru ini, mereka berbangga dengan tindakan mereka membunuh Usamah dan mengakui mereka sebagai penyelamat dunia. Walhal merekalah pengganas yang bertopengkan keamanan. Tindakan mereka sebenarnya menguatkan lagi semangat mujahidin untuk terus bergerak menegakkan panji-panji Islam. Jihad tidak akan luntur dalam jiwa mujahidin.
Dari Abu Hurairah r.a. Berkata, "Rasulullah SAW bersama para sahabatnya bertolak ke Badar, sehingga mendahului orang-orang musyrik. Setelah itu datanglah orang-orang musyrik. Maka Rasulullah SAW bersabda (kepada tentera Muslimin), 'Bangkitlah kalian menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.' Umair bin al-Hammam berkata, 'Apa yang menyebabkan kamu berkata 'bukh… bukh…'?' Umair menjawab, 'Bukan ya Rasulullah, aku hanya ingin menjadi orang yang termasuk di dalamnya. Rasulullah SAW bersabda, 'kau termasuk didalamnya.' Perawi (Abu Hurairah) berkata, 'Kemudian dia mengeluarkan korma dari tangkainya seraya memakannya, kemudian berkata, 'Seandainya saya hidup dengan memakan korma ini, maka itu adalah kehidupan yang panjang.' Maka ia lemparkan kurma yang ada di sisinya, kemudian berperang, sampai akhirnya terbunuh." [HR. Muslim]
No comments:
Post a Comment