Saturday, June 26, 2010

Ulama masuk Umno, maksiat tetap gagal dikurangkan

Siapakah Ulama’ yang tergamak masuk Umno dan bergelumang dengan dosa Umno. Isu kemasukan 100 Ulama’ ke dalam Umno ini dilihat sebagai gimik Umno untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno kini mendapat sokongan golongan Ulama’.

Ini semua cerita lama dan skrip lama cuma pelakon sahaja yang bersilih ganti. Sudah beratus malah beribu Ustaz dan Ustazah menyertai Umno namun apa yang mereka boleh buat. Umno tetap teguh membelakangkan Islam. Maksiat tetap terus berleluasa.

Bakal boneka Umno

Pada mulanya dikatakan 100 orang 'ulama' masuk Umno. Kemudian bilangan itu mengurang pula kepada 40 orang, apa yang pasti mereka itu pula bukanlah ulama, tetapi mendakwa diri mereka ulama. Bila masa mereka ditabalkan ulama?

Antara yang dapat dilihat dalam gambar seorang ustaz yang ditahan akibat berceramah tanpa tauliah. Entah perbicaraannya sudah selesai ataupun tidak. Mungkin bila dah masuk Umno, secara automatik kesnya siap terlepas begitu sahaja. Mungkin juga terus diiktiraf oleh jabatan agama Islam status ketauliahannya.

Sudah ramai Ulama’ yang masuk Umno tetapi persoalannya adakah Ulama-ulama’ tersebut mampu membuat perubahan dalam parti.

Ulama' Umno yang baru masuk ini kebanyakan hanya duduk di 'kaki lima' Umno, jauh sekali dari dilantik ke jawatan penting. Hanya 2 atau 3 kerat sahaja yang digunapakai oleh Umno dan selepas beberapa ketika mereka ditendang begitu sahaja.

Sudah ramai Ulama’ yang menyatakan sokongan terbuka kepada Umno selama ini tetapi adakah Ulama ini berjaya menasihatkan pimpinan Umno sehingga berubah. Contoh paling mudah ialah dalam soal menutup aurat, sudahkah Ulama’ Umno menasihat pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul mengikut apa yang digariskan Islam.
 
Sudahkan Ulama” Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat ?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan supaya mengguna pakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA.

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menggunapakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid.

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menghapuskan lesen judi, arak, rumah urut, kelab malam dan pusat-pusat maksiat.

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya memerintah dengan adil dan tidak mendiskriminasikan kerajaan negeri-negeri PR.

Jika niat ustaz-ustaz ini masuk Umno untuk meng"Islam"kan Umno, dipersilakan. Kita harapkan pusat-pusat hiburan dapat ditutup, kes pembuangan bayi berkurangan, zina dapat dihindarkan seterusnya Islam dapat ditegakkan. Jika tidak, kita mohon supaya Allah tunjukkan kalian jalan yang benar sebelum terlambat.

Sejarah telah membuktikan ramai dikalangan mereka yang berpendidikan agama menyokong pemerintah toghut, disebabkan harta, kedudukan dan pangkat, mereka terpedaya. Hukum hakam diketepikan, bahkan lebih jijik lagi maksiat didepan mata dibiarkan. Ramai golongan yang berpendidikan sehingga ketahap PhD terutamanya dalam bidang agama menjadi tunggangan pemerintah sekular sebagai hijab menghalalkan setiap tindakan mereka. Mungkinkah ilmu yang dihadam tidak mendapat berkat?. Apa yang dapat disimpulkan, kita tidak hairan jika sejuta ulama' pun masuk Umno kerana Allah telah kurniakan akal kepada setiap manusia untuk menilai baik dan buruk.

Diolah drpd tulisan Mutaligat

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails