Tuesday, June 22, 2010

Senyuman si peminang Bidadari

Senyum syuhada tatkala malaikat maut datang menjemput

Sesungguhnya para syuhada itu kembali kepada Allah dengan wajah berseri-seri dan Allah redha kepada mereka. Kehidupan di dunia yang sementara tidak mampu menipu bahkan memperdaya mereka dengan segala jenis kemewahan, pangkat, anak-anak, wanita dan segalanya yang menjadi rebutan manusia yang tertipu. Mereka mengutamakan kehidupan yang hakiki di akhirat. Firman Allah,

"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar"
QS An Nisa' : 74

Tatkala manusia sibuk mengejar kehidupan, para syuhada sibuk mengejar kematian. Mereka berjaga malam di medan perang kerana cintakan Islam, tatkala manusia lain lena kepenatan kerana seharian mengejar kemewahan. Berbahagialah para syuhada' tatkala malaikat maut datang menjemput dengan senyum terzahir diwajah. Para bidadari sedia menyambut padahal ketika itu manusia masih terkial-kial mencari erti sebenar kebahagiaan.

Syuhada' Palestin

 Syuhada' Indonesia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ada orang bertanya: Wahai Rasulullah, apakah bandingan jihad dijalan Allah? Baginda menjawab: Kamu tidak akan mampu. Mereka bertanya lagi buat kali kedua dan ketiga namun baginda hanya menjawab: Kamu tidak akan mampu. Akhirnya baginda bersabda:

"Orang yang berjuang di jalan Allah ibarat orang yang berpuasa dan bersembahyang sambil membaca ayat-ayat Allah. Dia terus menerus melakukannya sehingga orang yang berjuang tadi kembali." (HR Al Bukhari, Muslim, An Nasaie, Ibnu Majah, At Tirmizi dan Abu Daud)

"Orang yang mati syahid ada enam keistemewaan di sisi Allah: Allah mengampunkannya seawal darahnya mengalir. Dia diperlihatkan tempatnya di syurga. Dia dijauhi daripada azab kubur. Dia dipelihara daripada kedahsyatan hari kiamat. Dia dimahkotakan di kepalanya dengan mahkota yang diperbuat daripada batu delima yang jauh lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Dia dikahwinkan dengan 72 bidadari syurga. Dan dia boleh memberi syafaat kepada 70 saudara maranya." (HR At Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Al Miqdam bin Maadi Kariba)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails