Wednesday, June 2, 2010

12 wakil Malaysia flotilla kebebasan Gaza selamat

2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan  Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.

Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan.  Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas.  Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.

Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.

“Mereka berada di Jordan dan akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.
Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.

Kita mengharapkan rombongan kemanusiaan akan terus dipergiatkan. Bantuan kepada penduduk Palestin amat-amat diperlukan setiap masa kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel dan Mesir mengakibatkan penduduk Palestin kebuluran dan terdedah kepada penyakit melaui sumber makanan yang diperolehi adalah tercemar. Konvoi berikutnya diharap lebih sistematik dengan sokongan semua dan bantuan ketenteraan juga amat perlu bagi menjamin keselamatan peserta.- penulis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails