Thursday, June 24, 2010

Hamas jatuhkan pesawat tanpa juruterbang Israel

,Sejumlah sumber perisikan Israel menyatakan akan kebimbangan di kalangan pejabat militer Israel atas kemungkinan gerakan Hamas atau Briged Izzudin Al-Qassam mengembangkan teknologi persenjataan pesawat kecil tanpa juruterbang melalui teknologi yang ditembak jatuh tempoh hari. Ini kerana kemampuan industri senjata Hamas semakin hari semakin berkembang. Bahkan Israel menuduh Mesir bekerja sama dengan Hamas dalam hal ini.

Pesawat pengintip Israel model Skylark telah berhasil dijatuhkan oleh Briged Izzudin Al-Qassam beberapa tahun lalu

Akhbar harian Israel Yediot Aharonot menyebutkan dalam edisinya bahwa industri militer Hamas di Jalur Gaza telah berkembang beberapa tingkat. Kerananya, menurut harian Israel ini, pihak lembaga perisikan Israel bimbang Hamas berusaha mengembangkan pesawat tanpa juruterbang dengan sendiri tanpa bantuan pihak lain. Namun menurut Israel, Hamas akan melakukan itu dengan bantuan informasi dari Hizbullah.

Tambahnya lagi, Hamas kini sedang tekun mengembangkan pesawat kecil tanpa juruterbang mirip pesawat yang digunakan oleh Hizbullah dalam perang dengan Israel tahun 2006. Media Israel ini menyebut bahawa Hamas memanfaatkan keahlian sejumlah pakar dan anggota yang pernah dilatih Iran. Disamping itu, Israel menyatakan, ada sejumlah jurutera teknikal, elektronik dan fizik di universiti Palestin yang membantu mengembangkan teknologi persenjataan Hamas.

Pesawat tanpa jeruterbang ini mampu mengambil maklumat risikan melalui gambar, video dan sebagainya. Tanpa perlu menghantar tentera, pesawat ini mampu masuk ke kawasan musuh melalui kawalan jarak jauh disamping mampu menjadi senjata pemusnah jika diubahsuai.

Teknologi ini dibangunkan dgn bantuan dari Amerika, sekutu kuat Israel

Memetik dari sumber perisikan Israel, akhbar harian Yediot Aharonot juga mengatakan bahawa Mesir memainkan propaganda tertentu. Di satu sudut, negara piramid itu dituduh Israel menutup sempadan dan menangkap aktivis Palestin dan mampu menerapkan kesepakatan lama dengan Hamas di sempadan Rafah, demikian yang dapat dilihat. Namun, menurut Israel, di sudut lain, Mesir membiarkan kekuatan Hamas semakin berkembang dan membekalkan individu-individu yang memberikan sumbangan kepada pengembangan militer Hamas dari luar Jalur Gaza serta memberikan kelengkapan-kelengkapan peperangan melalui sempadan Mesir – Jalur Gaza. Namun yang pasti sikap double standard pemerintah Mesir lebih kearah menindas umat Islam Palestin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails