Monday, June 28, 2010

Kadar kehamilan remaja perempuan bawah umur meningkat 111 kes sehingga Jun

Terkejut melihat angka peningkatan kadar kehamilan anak luar nikah apabila membaca akhbar The Star semalam. Tatkala parti politik gempar dengan 40 ustaz muda masuk Umno, The Star lain pula ceritanya, terpampang di muka depan, berita yang cukup memalukan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Tahun ini sahaja sehingga Jun 2010, angka yang dilaporkan mencecah 111 kes. Jika dibandingkan dengan tahun sudah, kadar kehamilan gadis bawah umur ini semakin meningkat.

 Statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perlukah berbangga dengan kehadiran ustaz kedalam parti Umno? Mana perginya ustaz-ustaz Umno yang selama ini  berjuang untuk agama? Apa peranan badan-badan agama kerajaan dalam menangani isu-isu sebegini? Apakah sudah memberi nasihat kepada kerajaan supaya ditutup kelab-kelab malam, diubah sistem pendidikan selaras dengan tuntutan Islam dan segalanya yang bersangkut paut supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar?

Jika sudah, dan kerajaan juga tidak mahu kepada Islam, kembalilah kepada fitrah kejadian. Tinggalkan mereka yang tidak mahu kepada Islam. Sesungguhnya dosa pemerintah yang menolak Islam nescaya terpalit pada kalian jika terus menyokong pemerintah thoghut.

Tapi kenapa masih ada yang sanggup terjun ke lubang najis, walhal busuk baunya sudah tentu dapat dihidu dari jauh? Kerana lapangan yang disediakan oleh pihak kerajaan lebih mudah untuk berdakwah? Renungilah, tiada yang mudah dalam memperjuangkan Islam. Jika keluarga Yasir syahid dibakar, Bilal bin Rabah r.a diseksa kerana mempertahankan Islam, nyatalah mereka yang hanya mengambil jalan mudah untuk menybarkan Islam adalah pengecut.

Kemasukan gerombolan ustaz muda ini kedalam Umno sedikitpun tidak menggentarkan pejuang Islam. Walaupun sejuta Ulama' sekalipun menyertai, maksiat pasti tidak dapat dikurangkan jika pemerintah terus mengambil sikap membelakangkan Islam.

Setiap hari bayi dijumpai, kes rogol terus menjadi-jadi. Sistem pendidikan sekular tidak mampu membentuk sakhsiah remaja hari ini. Percampuran lelaki dan perempuan semestinya berlaku peningkatan gejala sosial. Tidak cukup dengan sistem pendidikan yang sememangnya rosak, diperkenalkan pula pendidikan seks di sekolah. Bukan sekadar makin memeningkan guru yang mengajar, bahkan bertambah lagi kadar jenayah sosial dikalangan remaja.

Bagi ibu bapa yang sedar dengan bala yang menimpa umat manusia di akhir-akhir ini, pilihlah jalan terbaik untuk anak-anak demi kejayaan mereka di dunia dan akhirat. Mereka adalah aset setiap ibu bapa di akhirat kelak. Carilah sekolah-sekolah agama yang terbaik, yang menitik berat soal pergaulan lelaki dan perempuan. Bawalah anak-anak ke surau-surau, masjid-masjid kerana pendidikan di sekolah tidak cukup untuk membentuk peribadi anak-anak terutamanya anak-anak gadis.

Pesan seorang ustaz "Takutlah dengan fitnah yang menimpa kita hari ini kerana beratnya menjaga anak-anak gadis remaja, jagalah mereka dengan kasih sayang dan berilah bimbingan agama yang secukupnya". Antara perngatan yang disampaikan lagi,

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumul akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, minta setiap dari kita dijauhkan dari neraka Allah

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA KELUARGAMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Ingatlah golongan lelaki supaya memelihara keluaga kalian daripada menjadi sebahagian dari bahan bakaran api neraka. Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails