Telah terbukti bahawa musuh-musuh umat Islam telah berebut-rebutan menyerang dan mencatur umat Islam sejak jatuhnya khalifah Islamiyah bermula ketika kejatuhan Baghdad di tangan Tartar hinggalah di tangan manusia durjana yang berdosa kepada dunia Islam, iaitu "Mustafa Kamal Attaturk", sejak itu umat Islam terpecah-pecah menjadi negara-negara kecil yang saling bermusuhan disebabkan oleh kepentingan dan cita-cita dalam negeri masing-masing (peribadi) sedangkan segala permusuhan tersebut tidak terlepas dari senario halus (rahsia) dan perencanaan syaitan dan pegikut-pengikutnya dengan slogan:"Hancurkan Islam dan musnahkan pemeluknya."
Maka, setelah itu jadilah negara-negara Islam sebagai negara-negara kecil yang saling bermusuhan yang telah dibahagi-bahagi (dicatur) oleh negara-negara salib (Kristian) dan Yahudi mengikut kuasa-kuasa tertentu dunia yang telah mereka sepakati sebelumnya (baik di zaman penjajahan imperialis ataupun pada zaman sekarang).
Keadaan kita (umat Islam) tak ubahnya seperti mangsa yang lemah yang ditarik-tarik oleh kuku tajam dan taring binatang buas yang tidak lain hanya tahu dan berhasrat untuk memenuhi nafsu dan memenuhi perutnya sahaja.Para pengkaji sejarah Islam, sepakat merumuskan bahawa Mustafa Kamal Attaturklah orang yang bertanggung jawab menumbangkan dan menghancurkan sistem kekhalifahan Islam dan menggantinya dengan sistem "sekularisme". Puncanya kerana umat Islam telah cinta kepada dunia dan takut mati. Lalu jiwa dan akal mereka menjadi lemah, mereka gerun kepada musuh dan musuh pula menjadi berani mencatur mereka. Itulah petanda dan alamat yang telah terjadi hari ini. Wallahua’lam
Kategori: Tanda-tanda kecil kiamat yg pada abad-abad terakhir Islam hingga zaman sekarang
No comments:
Post a Comment