Sunday, January 23, 2011

Umayyah binti Qais al-Ghiffariah, muslimah perawat di medan Jihad

Sebuah kalung dihadiahkan Rasulullah SAW atas keberanian Umayyah binti Qais al-Ghiffariah turun ke medan Perang Khaibar. Meskipun seorang perempuan, keberanian Umayyah untuk membela agama Allah SWT sungguh luar biasa. Ia membela agama Allah sesuai dengan kemampuannya.

Wanita pemberani itu turun ke medan perang untuk membantu dan merawat para sahabat yang terluka. Kalung yang disematkan Rasulullah SAW di leher Umayyah, merupakan tanda kekaguman atas pengorbanan dan keberanian sang perawat mujahidah.

Umayyah berasal dari suku Ghiffar, keturunan Abu Dzar al-Ghiffari. Pada saat masih remaja, cahaya iman yang ditebarkan Rasulullah SAW menyinari harinya. Ia pun rela menempuh perjalanan jauh demi bertemu tokoh idola sepanjang zaman, Rasulullah SAW. Umayyah menghadap Rasulullah dan berjanji untuk membantu perjuangan dakwah Islamiah.

Pada tahun ke-7 Hijriah atau 629 M, pasukan Rasulullah SAW bertempur melawan orang-orang Yahudi yang tinggal di Oasis Khaibar, sejauh 150 kilometer dari Madinah atau Timurlaut Semenanjung Arab. Dengan demikian, pertempuran itu dikenal sebagai Perang Khaibar. Perang itu terjadi tak lama setelah Perjanjian Hudaibiyah.

Mendengar pasukan Muslimin akan berangkat ke medan perang, Umayyah bersama beberapa wanita dari Bani Ghiffar bersegera lalu menghadap Rasulullah SAW. "Wahai Rasulullah, kami ingin keluar bersamamu (ke Khaibar), kami ingin mengubati mereka yang luka dan menolong kaum Muslimin semampu kami," ujar Umayyah seperti dituturkan Ibnu Hisyam dalam "Para Syuhada Wanita Khaibar dan Kisah Wanita dari Suku Ghiffar."

Thursday, January 6, 2011

Polis Belanda tolak jalankan larangan ber "CADAR"

Polis Amsterdam tidak akan menangkap Muslimah bercadar / berjilbab, bahkan jika larangan tersebut dikuatkuasakan. Menurut kenyataan Ketua Polis Bernhard Welten, yang mengatakan di siaran televisyen bahawa polis harus menggunakan akal sihat mereka. "Saya tidak merasa bahawa saya harus selalu menjadi alat dari pemerintah yang selalu melakukan apa yang mereka minta."

Tudung yg dipakai wanita muslim di Holland

Pernyataan tersebut mendapat reaksi dari anggota parlimen dari Parti Bebas, Hero Brinkman yang juga merupakan mantan polis, dengan keras mantan tersebut mengkritik ketua polis tersebut. "Polis harus tunduk kepada pihak berkuasa. Pemerintah dan DPR yang membuat undang-undang. Polis menegakkan undang-undang itu. Kami akan menjadi republik pisang jika yang terjadi adalah sebaliknya".

Brinkman menyarankan kepada menteri dalam negeri untuk mengambil tindakan terhadap Mr Welten. Dalam Twitter nya Hero Brinkman menulis "Welten akan berundur tahun ini. Kasihan, pasti akan senang melihat dia dipecat."

Usulan kontroversi untuk melarang cadar ditetapkan sebagai bahagian dari perjanjian antara konservatif VVD dan Kristian Demokrat. Pemerintah disokong oleh minoriti di parlimen oleh Parti Bebas anti-Islam pimpinan Gert Wilders.

Seharusnya usaha prihatin polis seperti Bernhard Welten ini yang mesti disokong oleh komuniti Muslim di Belanda, khususnya dalam hal larangan penggunaan cadar ini. Sikap yang diambil polis ini sepatutnya menjadi suri tauladan bagi polis-polis dinegara lain supaya tidak mengikut segala undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah jika undang-undang yang digazetkan tidak sesuai dengan norma-norma akal sihat manusia dan syariat yang ditetapkan Islam jika di dalam sebuah negara Islam.

Sumber muslimdaily

Tuesday, January 4, 2011

Liku perjalanan ke Syurga

Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

Apakah yang telah kamu lakukan?

Jawabnya: Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), 

Kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?

Jawabnya: Aku telah belajar dan mengajar ilmu, aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Monday, January 3, 2011

Salji di Eropah, tentera Allah yang tak terbayang dek akal

Eropah kini dilanda salji tebal. Kegiatan harian penduduk menjadi tidak aktif seperti hari-hari biasa. Cuaca sejuk kali ini menjejaskan pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya di seluruh Eropah dengan beribu-ribu penumpang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau berek dan di dalam feri atau lapangan terbang ekoran salji tebal. Suasana yang berlaku di negara maju seperti Eropah ini justeru sesuatu yang perlu diambil hikmah disebaliknya.

Ribut salji yang tebal melumpuhkan jaringan pengangkutan di Eropah buat masa ini

Siapa menyangka bencana sebegini bakal melanda? Jikapun terjadi mengikut ramalan kajicuaca, mampukah manusia menghalangnya, ataupun sekadar mengurangkan kesan fenomena tersebut? Sesekali tidak mungkin walaupun sepersis mana ramalannya, impak bencana alam ini pasti merosakkan. Bala Tuhan yang menimpa yang kerap diertikan sebagai fenomena alam semulajadi ini menyebabkan manusia berasa ego dan angkuh dengan terus tidak mahu mengakui penyebab disebalik bencana ini adalah sebagai peringatan dari sang Pencipta.

Inilah tentera Allah yang dihantar kepada orang-orang kafir sebagai ancaman kepada keingkaran mereka. Kecanggihan teknologi yang mereka bangga-banggakan daripada bidang perubatan hinggalah kepada bidang ketenteraan bukan tandingan untuk melawan kuasa Allah.

Lihat sahaja kekejaman yang mereka lakukan kepada saudara-saudara Islam di Palestin, Somalia, Iraq, Chechnya dan seluruh pelosok bumi Islam. Mana yang tidak ditindas jika seseorang itu bernama Islam hanya kecuali mereka mengikut kehendak dan telunjuk mereka. Maksud firman Allah SWT. 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS Al-Baqarah: 120).

Namun mereka golongan kafir tidak mengetahui bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya yang beriman dihina dan dibunuh tanpa ada pembelaan. Sesungguhnya tentera-tentera Allah itu ada dimana-mana. Bukan hanya mereka yang beriman yang berjihad dijalannya, bahkan setiap kejadian atau makhluk Allah adalah tentera Allah yang diutuskan secara sirr (rahsia) sebagai membalas pukulan terhadap orang-orang kafir. Dalam peperangan Ahzab misalnya, Allah menghantar malaikat disertai puting beliung yang mematahkan serangan musyrikin Makkah, firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحاً وَجُنُوداً لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً 

"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang tidak dapat terlihat olehmu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan." (QS Al Ahzab: 9)

Begitu juga yang berlaku kepada para mujahidin hari ini, berkat kesungguhan dan keikhlasan mereka berjuang membela maruah Islam, Allah datangkan pertolongan yang tdak disangka-sangka. Para tentera ghaib yang berjuang bersama mereka. Doa mereka supaya golongan kafir ini dilemahkan dimakbulkan Allah.

Saturday, January 1, 2011

Keutamaan berjihad

Tidaklah seorang yang selalu menginginkan untuk mati syahid itu melainkan dikurniakan Allah pahala seorang syuhada sekalipun ia mati di atas ranjang. Mati syahid adalah cita-cita setiap Muslim yang cintakan Allah dan Rasulnya. Orang mukmin yang berjuang di jalan Allah itu dimuliakan didunia dan diberi pahala yang tidak putus-putus oleh Allah sehingga ia menemui syahid. Maksud Firman Allah

"Orang-orang yang mukmin hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwanya di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."(QS Al-Hujurat: 15)

Dari Nukman bin Basyir ra, dia berkata: "Aku sedang berada di sebelah mimbar Rasulullah SAW. Seorang lelaki berkata: "Aku tidak peduli. Setelah Islam ini, aku hanya akan memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji." Yang lain berkata: "Aku tidak peduli. Setelah Islam ini aku hanya akan membangunkan Masjidil Haram saja." Kemudian yang lain lagi mengatakan: "Jihad lebih utama dan apa yang kalian katakan itu." Maka Umar r.a membentak mereka dan berkata: "Janganlah kamu mengeraskan suaramu di sebelah mimbar Rasulullah SAW."

Jihad dituntut keatas setiap Muslim agar Islam terus tertegak di bumi ini

Ketika itu hari Jumaat. Setelah solat Jumaat, aku datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta fatwanya tentang apa yang diperdebatkan itu. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat:

"Adakah kamu jadikan jabatan beri air orang haji dan memperbaiki Masjidil Haram, sama dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, serta berjuang (berjihad) di jalan Allah? Sekali-kali ia tidak sama mereka itu di sisi Allah. Allah tiada menunjuki kaum yang aniaya."
(QS At Taubah:19)

Dari Abdullah bin Salman r.a, dia berkata: "aku duduk dalm sekumpulan sahabat Rasulullah SAW. Kami berkata: "Kami tidak tahu amal apakah yang paling utama dan paling disukai Allah. Beritahukan hal itu kepada kami!" Kemudian Allah menurunkan ayat:

"Telah bertasbih kepada Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang ada di bumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Hai orang-orang mukmin, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya, dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat (menjadi satu)."
(QS AshShaf: 1-4).

Friday, December 31, 2010

Sambutan Krismas dan tahun baru Masihi adalah syiar agama Kafir

Setiap umat memiliki hari besarnya masing-masing untuk mengenang peristiwa tertentu atau untuk mengungkapkan kebahagiaan, kesenangan, dan syukur yang sifatnya berulang setiap tahun.

Allah mengetahui kecenderungan yang ada dalam diri manusia ini. Maka Allah memberi petunjuk untuk manusia dengan cara yang mulia, iaitu dengan mengingatkan hikmah penciptaan, tugas manusia, dan ibadah kepada Allah.

Dari Anas bin Malik r.a berkata, "Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari raya yang mereka bermain-main (bersenang-senang) di dalamnya. Lalu beliau bertanya, ‘Dua hari apa ini?’ Mereka menjawab, ‘Dua hari yang kami bermain-main di dalamnya pada masa Jahiliyah.’ Maka Nabi SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah mengganti untuk kalian dua hari tersebut dengan Idul Adha dan Idul Fitri’." [HR. Abu Dawud dan Ahmad]

Nabi SAW pernah berkata kepada Abu Bakar r.a, "Hai Abu Bakar, setiap kaum memiliki hari raya, dan inilah hari raya kita." [HR. Bukhari].

Dua hadis ini menjadi dalil bahwa hari raya umat Islam hanya dua tersebut. Berbeza dengan hari raya selainnya, baik yang bersifat keagamaan, kenegaraan, atau keduniaan.

Banyak sekali nas syar'i yang menerangkan ciri umat Islam yang berbeza dengan umat, agama, dan kelompok lainnya, agar menjadi umat terbaik. Umat Nabi Muhammad SAW, sebagai rasul terakhir yang dibekalkan petunjuk kitab suci Al-Qur'an.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (QS. Ali Imran: 110).

Umat ini adalah umat terbaik. Dalam hadis Mu'awiyah bin Haidah berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Kalian adalah penyempurna tujuh puluh umat. Kalian yang terbaik dan paling mulia di mata Allah 'Azza wa jalla." [HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan al-Hakim].

Beliau bersabda lagi, "Penghuni surga ada 120 baris. Sedangkan umat ini sebanyak 80 barisnya." [HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad].

Suasana trafik setiap kali Sambutan Tahun Baru

Namun kenyataannya, pada zaman ini banyak umat Islam yang tidak memahami posisi dan kedudukan mereka. Malahan mereka tertarik dengan perayaan dan budaya yang menjadi syi’ar agama Kristian. Hal ini disebabkan tidak adanya kefahaman yang benar dan lemahnya ikatan aqidah mereka. Sehingga mereka terkadang terikut-ikut dengan budaya dan tradisi orang kafir, antara lainnya:

1. Ikut serta memeriahkan hari Raya Natal di gereja, hotel, gedung serba guna, pusat beli belah atau melalui media elektronik.

2. Membeli pohon Natal dan memasang patung Santa Claus yang katanya mengasihi kanak-kanak dengan memberi hadiah sejak malam Natal hingga malam tahun baru.

3. Bermaksiat, melakukan kejahatan, dan bermabuk-mabukan pada malam tahun baru serta segala bentuk sosial lainnya.

Polis yang menzalimi rakyat awam

Telah bersabda Rasulullah SAW, "Ada dua macam ahli neraka yang belum aku saksikan, yaitu: Suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor-ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian akan tetapi sebenarnya mereka tidak berpakaian yang menanggalkan tutup kepala yang menarik kepada maksiat, kepala mereka seperti punuk-punuk onta yang miring, mereka itu tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mendapatkan baunya sedangkan bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian-sekian."

Tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang yang normal
 
Imam An Nawawi berkata: "Hadis ini adalah merupakan salah satu dari mu'jizat Nabi Muhammad SAW kerana apa-apa yang baginda khabarkan tersebut telah terjadi, adapun orang-orang pembawa cemeti itu adalah para anggota polis."

Jika mengatakan, bahwa apabila hal tersebut di zaman Imam An Nawawi, yaitu abad ke 7 Hijrah, atau semenjak 700 tahun yang lalu. maka pada zaman kita terlihat sangat jelas. Tanda ini (Polis akan menyakiti Rakyat) tidaklah sama dengan tanda bertambahnya jumlah bilangan polis. Kerana banyaknya jumlah polis tidak berarti bahwa mereka juga akan menyakiti manusia. Akan tetapi itu hanyalah untuk melindungi pemimpin atau untuk mengamankan rakyat.

Rakyat awam dizalimi, pemerintah jahat dilindungi

Adapun tanda ini, yaitu akan menghukum rakyat tanpa disebabkan oleh suatu kesalahan apa pun." Rasulullah SAW telah menyebutkan ciri-ciri mereka, yaitu mereka itu membawa cemeti-cemeti yang memedihkan yang akan mereka pukulkan kepada manusia. Oleh karena mereka menyakiti manusia tanpa ada sebab alasan.

Monday, October 25, 2010

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
(QS An-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Perbanyakkan amalan kebajikan untuk dibawa pulang ke kampung akhirat

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Tuesday, October 19, 2010

Di sebalik Konspirasi Yahudi

Video yang saudara saksikan ini mungkin sesuatu yang boleh dijadikan rujukan atau sekadar membuka minda mereka yang belum mengetahui konspirasi yang berlaku dalam dunia akhir-akhir ini.

Video yang mengagumkan ini merupakan hasil editing saudara brofat (blog beliau kini sudah ditutup). Video yang berlansung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

Part 1
 
Part 2

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak benar. Penilaian daripada pembaca amat dialukan. Moga pendedahan ini membuka minda semua. Segala perancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam adalah sudah termaktub dan ini telah diceritakan dalam Al Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW. Namun yang pasti sehebat manapun perancangan mereka, perancangan Allah mengatasi segalanya. Nah sekarang, hanya tindakan daripada kita untuk kembali muhasabah diri untuk apa kita diciptakan di dunia ini.

Tuesday, October 12, 2010

Fudhail bin Iyadl At-Tamimy

Profil ulama akhirat, zuhud, wara', dan tidak rakus kekuasaan

Beliau adalah keturunan Bani Yarbu', biasa dipanggil dengan Abu Ali. Lahir di kota Khurasan. Setelah dewasa ia berpindah ke Kufah dan belajar hadis di sana serta memperbanyak ibadahnya. Kemudian pindah ke Makkah dan wafat di sana.

Ishaq bin Ibrahim berkata, "Setiap malam, beliau menghamparkan tikar di dalam masjid, lalu melakukan shalat malam. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar, kemudian bangun dan melakukan shalat lagi. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar lalu bangun dan melakukan shalat lagi. Begitulah yang beliau lakukan sampai datang waktu shubuh."

Ishaq berkata lagi, "Aku mendengar Fudhail r.a. berkata, 'Apabila kamu tidak mempu melakukan shalat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah, bahwa kamu adalah orang yang terhalang dari rahmat Allah, dan terbelenggu oleh kemaksiatanmu."

Diceritakan oleh Fadhl bin Rabi', bahwa pernah suatu tahun, khalifah Harun Ar-Rasyid melaksanakan haji. Lalu ia mendatangi Fadhl bin Rabi'. Kemudian mereka berdua mendatangi beberapa ulama untuk bertanya. Ternyata para ulama tersebut menyatakan bahwa sebaiknya khalifahlah yang memanggil mereka dan mereka datang, bukan khalifah yang datang kepada mereka.

Bahkan para ulama, tersebut mahu diberi hadiah oleh khalifah, dan hutang-hutang mereka dilunasi. Lalu tibalah mereka berdua di rumah Fudhail bin Iyadl r.a. Khalifah berkata kepadanya, "Ambillah hadiah ini". Jawab Fudhail r.a.,

"Sesungguhnya ketika Umar bin Abdul Aziz memegang khilafah (kerajaan), beliau mengundang beberapa ulama untuk diajak musyawarah. Beliau berkata kepada mereka, 'Aku telah diuji Allah dengan ujian yang berat. Maka berilah aku pendapat'. Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menganggap memegang kekuasaan adalah suatu ujian. Tetapi kamu dan para pejabat lainnya menganggapnya sebagai nikmat. Diantara para ulama tersebut ada yang berkata kepada beliau, 'Jika kamu ingin selamat dari adzab Allah SWT, maka cintailah Muslimin sebagaimana kamu mencintai dirimu, dan bencilah mereka sebagaimana kamu membenci dirimu sendiri'. Sesungguhnya aku mengkhawatirkan kamu tentang suatu hari yang waktu itu banyak kaki-kaki terpeleset (masuk neraka). Maka, adakah orang yang memberimu pendapat?"

Friday, October 1, 2010

Bahagian 4: Keajaiban yang berlaku ketika tentera Russia memerangi Afghanistan

Sibuk dengan urusan sehingga tidak sempat menulis di blog. Mohon maaf kepada pengunjung blog saya. Apapun, doakan semoga saya istiqamah.

Afghanistan adalah bumi para pemuda yang merindui Syurga

Kisah mujahidin di Afganistan bahagian empat, rentetan kisah-kisah kemuliaan yang Allah kurniakan pada kekasih pilihannya. Jika ditanya, berapa orang dari kalangan kita yang sanggup meninggalkan anak isteri, keluarga harta dan pangkat semata-mata turun berperang mendaulatkan kalimah Allah juga membantu saudara seagama yang dibantai kaum kafir yang tidak senang dengan Islam. Tidak mungkin ada yang sanggup melainkan dia adalah calon pilihan Allah untuk menikahi bidarari syurga.

Namun kita sebagai hamba Allah tidak perlu khuatir kerana jika kita selalu berniat untuk syahid, nescaya akan mendapat pahala syuhada walaupun mati di atas ranjang. Namun perlu diingat, niat tanpa sebarang tindakan tiada gunanya. Dan kita seharusnya berusaha untuk menggapai syahid itu sendiri disamping berakhlak  menurut syariat. Dari Sahl bin Hunaif ra berkata : Sabda Nabi saw, ” Sesiapa yang meminta Allah untuk mati syahid dengan sebenar-benarnya, Allah akan menyampaikannya ke mertabat Syuhadak walaupun dia mati di atas katilnya (mati biasa)” [Hadis diriwayatkan dalam Sunan Sittah kecuali Al-Bukhari].

Nah, santapan rohani untuk pembaca dan juga diriku, moga kita dipilih Allah kelak.amin. Kisah ini dikutip dari kunjungan ke blog-blog untuk bacaan semua. Moga kebaikkannya dikongsi bersama.

Bahagian 4

Anjing tidak menggonggong kepada mujahidin

Abdul Jabbar berkisah lain. Katanya, "Di desa Marya ada seorang tokoh komunis. Rumahnya dijaga oleh seekor anjing galak sehingga sulit diperhitungkan seseorang yang memasuki rumahnya akan selamat dari serangan anjing itu.

Pada suatu hari, Faidhanullah memasuki rumah itu hendak membunuh tokoh komunis tersebut. Ternyata anjing itu tidak menyalak sedikitpun. Faidhanullah berhasil membunuh tokoh komunis itu dan dia melarikan diri dengan sepeda motor. Tiba-tiba anjing itu mengejarnya, maka Faidhanullah menembakinya. Tetapi anjing itu mengejarnya bukan untuk mengigitnya, namun untuk mengikutinya. Hingga kini anjing itu selalu mengikuti Faidhanullah, seolah-olah ia berganti majikan".

Seorang mujahid yang mendapat tikaman bertubi-tubi

Syaifullah dari Baghman bercerita kepada kami. Katanya, "Telah terjadi pertempuran tidak seimbang antara kaum mujahidin dan kaum komunis. Dalam pertempuran itu kaum mujahidin gugur, tinggal seorang. Seorang mujahidin yang masih hidup itu berpikir, "Jika hendak melawan tidak mungkin, mau melarikan diripun rasanya sulit". Akhirnya ia pun merebahkan diri di tengah-tengah para mujahidin lainnya. Ia melumuri dirinya dengan darah rekan-rekannya.

Tidak lama kemudian orang kafir itu datang dan menikami para Syuhada itu satu persatu, seolah-olah hendak membalas rasa dendamnya, termasuk mujahid yang berpura-pura syahid itu. Namun hingga kini ia masih hidup, berkat ijin Allah Ta'ala. Orang-orang datang hendak memindahkan para Syuhada itu ke pemakamannya. Tiba-tiba mereka mendengar rintihan seorang mujahid yang pura-pura syahid itu. Dengan demikian selamatlah dia dari kematian dengan menakjubkan sekali.

Awan melindungi para mujahidin

Qadhi Ghulam Rabbani bercerita kepada kami. Katanya, "Kami se-peleton mujahidin. Pada waktu itu musim panas. Kami diserang pesawat tempur musuh. Kami yakin tidak ada jalan untuk melarikan diri atau bersembunyi. Tetapi tiba-tiba awan memayungi kami dan turunlah hujan lebat, padahal tidak terdapat awan di langit, selain yang ada di atas kami. Hal ini memberi kesempatan kepada kami untuk mengundurkan diri dan selamat dari serangan pesawat musuh".

Pengecutnya kaum komunis

Abu 'Ubaidah telah bercerita kepada saya. Katanya, "Kami berhasil memasuki Aurghun dengan sebuah tank, sedangkan kaum komunis memiliki meriam 120mm, RBG-7, dan 50 buah senjata anti-tank 106mm.

Thursday, September 30, 2010

12 Sifat SAHABAT

Ramai daripada kita mempunyai kawan yang datang dari pelbagai rupa bentuk, budaya, keturunan dan sebagainya. Kenalan yang ramai menunjukkan seseorang itu adalah peramah. Tapi berapa ramai daripada kita yang mempunyai seorang kawan yang betul-betul boleh diketegorikan kawan baik atau sahabat. Cuba anda perhatikan ciri-ciri sahabat seperti yang dinukilkan imam Al-Ghazali.

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sukar untuk mencari seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, mungkin sesetengah sifat terdapat dalam dirinya, namun majoritinya tertalu sedikit daripada sahabat-sahabat kita. Sungguhpun begitu, kita yang seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails