Thursday, September 30, 2010

12 Sifat SAHABAT

Ramai daripada kita mempunyai kawan yang datang dari pelbagai rupa bentuk, budaya, keturunan dan sebagainya. Kenalan yang ramai menunjukkan seseorang itu adalah peramah. Tapi berapa ramai daripada kita yang mempunyai seorang kawan yang betul-betul boleh diketegorikan kawan baik atau sahabat. Cuba anda perhatikan ciri-ciri sahabat seperti yang dinukilkan imam Al-Ghazali.

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sukar untuk mencari seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, mungkin sesetengah sifat terdapat dalam dirinya, namun majoritinya tertalu sedikit daripada sahabat-sahabat kita. Sungguhpun begitu, kita yang seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails