Monday, January 3, 2011

Salji di Eropah, tentera Allah yang tak terbayang dek akal

Eropah kini dilanda salji tebal. Kegiatan harian penduduk menjadi tidak aktif seperti hari-hari biasa. Cuaca sejuk kali ini menjejaskan pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya di seluruh Eropah dengan beribu-ribu penumpang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau berek dan di dalam feri atau lapangan terbang ekoran salji tebal. Suasana yang berlaku di negara maju seperti Eropah ini justeru sesuatu yang perlu diambil hikmah disebaliknya.

Ribut salji yang tebal melumpuhkan jaringan pengangkutan di Eropah buat masa ini

Siapa menyangka bencana sebegini bakal melanda? Jikapun terjadi mengikut ramalan kajicuaca, mampukah manusia menghalangnya, ataupun sekadar mengurangkan kesan fenomena tersebut? Sesekali tidak mungkin walaupun sepersis mana ramalannya, impak bencana alam ini pasti merosakkan. Bala Tuhan yang menimpa yang kerap diertikan sebagai fenomena alam semulajadi ini menyebabkan manusia berasa ego dan angkuh dengan terus tidak mahu mengakui penyebab disebalik bencana ini adalah sebagai peringatan dari sang Pencipta.

Inilah tentera Allah yang dihantar kepada orang-orang kafir sebagai ancaman kepada keingkaran mereka. Kecanggihan teknologi yang mereka bangga-banggakan daripada bidang perubatan hinggalah kepada bidang ketenteraan bukan tandingan untuk melawan kuasa Allah.

Lihat sahaja kekejaman yang mereka lakukan kepada saudara-saudara Islam di Palestin, Somalia, Iraq, Chechnya dan seluruh pelosok bumi Islam. Mana yang tidak ditindas jika seseorang itu bernama Islam hanya kecuali mereka mengikut kehendak dan telunjuk mereka. Maksud firman Allah SWT. 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS Al-Baqarah: 120).

Namun mereka golongan kafir tidak mengetahui bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya yang beriman dihina dan dibunuh tanpa ada pembelaan. Sesungguhnya tentera-tentera Allah itu ada dimana-mana. Bukan hanya mereka yang beriman yang berjihad dijalannya, bahkan setiap kejadian atau makhluk Allah adalah tentera Allah yang diutuskan secara sirr (rahsia) sebagai membalas pukulan terhadap orang-orang kafir. Dalam peperangan Ahzab misalnya, Allah menghantar malaikat disertai puting beliung yang mematahkan serangan musyrikin Makkah, firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحاً وَجُنُوداً لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً 

"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang tidak dapat terlihat olehmu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan." (QS Al Ahzab: 9)

Begitu juga yang berlaku kepada para mujahidin hari ini, berkat kesungguhan dan keikhlasan mereka berjuang membela maruah Islam, Allah datangkan pertolongan yang tdak disangka-sangka. Para tentera ghaib yang berjuang bersama mereka. Doa mereka supaya golongan kafir ini dilemahkan dimakbulkan Allah.

Percaya atau tidak, saban tahun negara angkuh Amerika di hentam pelbagai bentuk bencana yang melemahkan sistem ekonomi mereka. Mereka kerugian berbilllion dolar akibat daripada bala tentera yang memusnahkan dihantar Allah. Logikkah jika mengatakan setiap bencana itu terjadi secara tiba-tiba tanpa ada sebabnya? Walaupun kajian barat mengatakan setiap bencana itu berlaku benar diatas logika sains, namun hakikatnya bencana itu berlaku dengan kehendak dan ketentuan Allah,

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia (Allah) menghendaki sesuatu, Dia (Allah) hanya berkata kepadanya, Jadilah!, maka jadilah sesuatu itu" (QS Yasin: 82)

Benarlah kalam Allah yang diutuskan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Jika Allah menghendaki tidak akan dibiarkan seorangpun golongan yang ingkar untuk berpijak dibumi-Nya. Tetapi Allah itu maha adil, dibiarkan orang-orang kafir itu terus selesa dengan kehidupan dunia dan diuji orang-orang beriman dengan kesusahan dan malapetaka agar tetap teguh dan akhirnya diganjar Allah nikmat yang berkekalan di akhirat.

Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

 Tsunami 2004 adalah ujian hebat buat umat Islam Indonesia yang mengorbankan beratus ribu mangsa

Tidak dinafikan negara umat Islam juga ditimpa bencana alam. Bala yang menimpa umat Islam sememangnya sebagai ujian serta peringatan terhadap apa yang dilakukan sebagai kafarah atau melaluinya digugurkan Allah segala dosa-dosa yang dilalaikan oleh umat Islam itu sendiri. Kejadian Tsunami yang menimpa umat Islam di Indonesia pada Disember 2004 seharusnya diambil iktibar betapa manusia itu selalu melakukan dosa dan Allah itu Maha Penyayang kerana diutusnya peringatan agar hamba-hamba-Nya segera sedar dan bertaubat. Setiap makhluk itu adalah milik Allah dan akan tentera Allah itu diutus sesuai kehendak-Nya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails