Monday, November 25, 2013

Ahmad Ammar, meminang bidadari

Ahmad Ammar, anak muda yang menjadi bualan di dunia maya, menjadi rakyat Malaysia pertama yang dimakamkan di pemakaman yang menempatkan makam Abu Ayyub Al Ansori r.a., syuhada' dan sahabat Rasulullah SAW di kota Constantinopel.

Baru berusia 20-an, beliau dijemput Allah pada 2 November 2013 di bumi Turki setelah terbabit dengan kemalangan dengan sebuah ambulan. Kuasa Allah menentukan segalanya. Beliau yang diceritakan terlibat dalam misi bantuan ke Syria telah bermimpi bertemu bidadari sebagaimana yang menjadi mainan mimpi para syuhada' sebelum dijemput Allah.

Ammar bersama keluarga di RMC

Saya tidak mengenali beliau, tetapi melalui tulisan sahabatnya dan video yang saya tonton, menjadikan diri ini terlalu kerdil untuk membicarakan tentang diri beliau, namun, terpanggil untuk berkongsi kisah beliau walaupun sekadar berkongsi dari tulisan sahabat beliau.

Wednesday, November 13, 2013

Mimpi bertemu syuhada' Raba'ah

Mesir umum diketahui oleh dunia bahawa pemerintah yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang bersih telah digulingkan oleh kudeta tentera persis yahudi yang dipimpin Jeneral Assisi.

Penggulingan ke atas Dr Morsi menyaksikan majoriti rakyatnya bangkit menentang melalui demonstrasi jalanan yang dilakukan secara aman namun dibalas dengan bedilan mortar dan peluru hidup. Sehingga hari ini, isu rampasan kuasa di Mesir masih berlanjutan, dan ramai daripada rakyatnya telah syahid dengan izin Allah.

Amir Badir, syuhada' Rabaah
 
Antara ribuan syuhada' yang gugur, Amir Badir sepertimana yang diceritakan seorang doktor di Mesir sebagai salah seorang yang dimuliakan Allah.

Tulisan Asal: Dr Ahmed Ghonim
Ditulis semula: Krew Pilihanraya Mesir


Aku bermimpi ajaib malam semalam. Seolah-olah aku sedang berdiri sambil memerhati dari jauh beberapa mayat syuhada' Rabaah yang telah dikafankan. Tiba-tiba, seorang perempuan agak berumur mendekatiku tergesa-gesa.

Tuesday, November 12, 2013

Terowong HAMAS gentarkan Israel LAKNATULLAH

Sejak beberapa hari lalu, Gaza digemparkan dengan penemuan terowong rahsia oleh Israel yang dibina pejuang-pejuang Hamas yang menembusi sehingga ke luar sempadan Israel. Ekoran penemuan yang menggerunkan tersebut, Israel mengambil kesempatan memasuki Gaza dan memusnahkan terowong.

Serangan Israel ke atas Gaza bermula disebabkan 2 terowong yang dijumpai oleh tentera Israel di kawasan penempatan Yahudi di dalam Israel. Israel menjadi 'gila' akibat terowong tersebut. Mereka cuba mencari jika ada lagi terowong-terowong seumpama itu dan mencari ke manakah tembusnya terowong itu di sebelah Gaza. Terowong ini merentasi Khan Younis.

Antara kesan penemuan terowong ialah bahan binaan dihalang masuk ke Gaza dengan alasan digunakan untuk membina terowong.

Friday, November 8, 2013

Biografi ringkas As-syahid Hasan Al-Banna

Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna

Hassan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna atau lebih dikenali dengan Hasan al-Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan serba sederhana.

Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna al-Sa'ati, ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan feqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Hasan Al Banna dan Palestin

Sebagai seorang ulama, syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

Monday, November 4, 2013

Dr. Morsi dibicarakan atas sebab apa?

Pelik, tapi itulah realiti yang terpaksa ditempuhi bila seseorang memilih untuk bersama Islam, halangan dan tentangan membuktikan kerja dakwah ini bukanlah suatu yang mudah, namun ganjarannya cukup besar di sisi Allah. Rentetan penahanan tanpa sebab oleh regim tentera, Dr Morsi akhirnya tampil dibicarakan.

Hari ini 4 November mencatatkan sejarah di Mesir apabila seorang Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, Dr.Muhammad Morsi akan dihadapkan ke mahkamah sekira-kira 4 jam dari sekarang. Lokasi awal yang dijangka dibicarakan iaitu di Kolej Pegawai di Penjara Turrah, utara Kaherah tetapi ditukarkan ke Akademi Polis, Tajammuk Khomis, lokasi yang menjadi saksi mahkamah rejim Mubarak sebelum ini.

Dr. Morsi dilihat di mahkamah hari ini 4 Nov 2013

Lokasi perbicaraan diketatkan kawalan keselamatan yang dianggarkan dikawal oleh lebih 20,000 anggota polis dan tentera dari pelbagai unit. Namun, tiada sebarang siaran langsung "live" akan dibuat oleh televisyen negara seperti Mubarak sebelum ini. Ini kerana kudeta amat maklum bahawa perbicaraan Mursi hanya bermotifkan politik dan dendam. Tambahan Mursi mempunyai penyokong yang ramai berbanding Mubarak. Sebarang siaran langsung di kaca-kaca TV akan mampu untuk menarik puluhan ribu penyokong Mursi untuk mengepung bangunan mahkamah tersebut dan ia sudah pasti akan melebihi angka pasukan keselamatan yang bertugas.

Wednesday, October 2, 2013

Mujahidin Syria bergabung di bawah panji "JAISYUL ISLAM"

Syria yang telah berlangsungnya era kebangkitan rakyatnya menumbangkan regim Basyar laknatullah dilihat telah hampir kepada kemenangan. Terbaru, bumi Syria yang diberkati telah mencatat sejarah baru Islam dimana pemimpin dari sekitar 50 Brigade Mujahidin dan Batalion Jihad Syria berkumpul demi penyatuan dan membentuk persatuan dengan nama "JAISY AL-ISLAM"/ Tentera Islam. Mereka juga sepakat membaiat Syeikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Allusy sebagai pemimpin tertinggi.

Syeikh Muhammad Zahran Ibn Abdullah Allusy

Sejak bermulanya kebangkitan rakyat di Timur Tengah, Syria antara negara umat Islam yang diperintah diktator Syiah telah membunuh beratus ribu rakyat yang menentangnya termasuklah kanak-kanak, wanita dan golongan tua.

Kejadian menconteng dinding sekolah oleh pelajar yang mahukan kerajaan Basyar laknatullah turun dari pemerintahan menjadi titik tolak bermulanya revolusi. Demonstrasi yang bermula di balai polis dari ahli keluarga pelajar yang ditangkap, berlanjutan sehingga memaksa kerajaan Basyar laknatullah melakukan tangkapan.

Tuesday, September 24, 2013

Mahkamah Mesir haramkan Ikhwan Muslimin

Mahkamah Mesir telah membuat keputusan mengharamkan gerakan Ikhwanul Muslimin serta segala aktivitinya di Mesir. Pengharaman itu juga adalah termasuk pembekuan harta boleh alih dan tidak boleh alih serta harta yang dimiliki oleh ahli kumpulan IM.

Logo Ikhwan Muslimin dan pengasasnya Hassan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna

Dalam masa sama, segala cabang institusi yang berkaitan dengan IM juga diharamkan dan berkemungkinan parti yang didokong IM, Freedom and Justice Party, FJP bakal dikenakan tindakan. Realiti yang menunjukkan kudeta Mesir ini cukup gerun dengan gerakan IM, yang mana pendokongnya majoriti rakyat Mesir mampu menggugat kerajaan kudeta jika pengaruhnya tidak disekat.

Saturday, September 21, 2013

Jatuhnya kerajaan Islam pimpinan Dr Mohamed Morsi

Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi oleh tentera negara tersebut merupakan detik hitam kepada sejarah demokrasi yang baharu sahaja muncul subur pasca Pilihan Raya Mesir dua tahun lalu. Morsi dipilih secara demokratik melalui undi yang diperolehi dalam pilihan raya oleh kuasa rakyat.

Sebaik Morsi menerajui Mesir, pelbagai pendekatan dilakukan dalam keadaan kegoncangan akibat sabotaj pihak tertentu khasnya dari dalam pentadbirannya, mahupun musuh yang masih bertenggek atas nama Hosni Mubarak. Morsi boleh dikatakan memerintah sendirian apabila pentadbiran sebelum ini dilihat tidak mahu bekerjasama membangunkan Mesir di bawah pimpian Morsi.

Dr. Morsi, presiden kelima Mesir hanya memerintah selama setahun (30 June 2012 – 3 July 2013)

Ramai pemerhati bebas melihat, punca penggulingan dan desakan menjatuhkan Morsi melalui protes besar-besaran memang didalangi barat khasnya Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Amerika dan Israel tidak sekali mahu melihat Mesir di bawah pengaruh Islamisasi kerana apa yang mereka mahukan, negara itu kekal sekular dan menjadi benteng kepada Amerika dalam melebarkan pengaruhnya di Wilayah Arab.

Dapat dilihat, pentadbiran Morsi selama setahun itu digoncangkan selepas dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat. Tidak dinafikan penentang Morsi itu sendiri terdiri daripada individu mempunyai hubungan rapat dengan 'Rumah Putih'.

Sementara kumpulan penyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikwanul Muslimin yang telah bertapak di Mesir lebih 80 tahun, dan dinafikan hak berpesatuan, hak berparti politik dan menyertai pilihan raya atas nama Ikhwanul Muslimin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails