Sekadar gambar hiasan |
Hadis lain riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Terdapat dua puak yang akan menghuni neraka, yang sebelum ini aku belum pernah melihatnya. Iaitu puak pertama yang memiliki cemeti (alat pemukul) seperti ekur lembu (mempunyai bulu di hujungnya), mereka sewenang-wenang memukul manusia dengan cemeti itu. Kedua wanita berpakaian tetapi bertelanjang (pakaian ketat, nipis dan mendedah aurat) serta memakai topi. Mereka tidak masuk syurga, hatta bau (syurga) pun tidak dapat dihidu. Sesungguhnya bau syurga itu amat jauh sekali".
Riwayat Imam Tabrani dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila umat Islam (lelaki dan wanita) telah mula memakai kasut (sepatu) berlapis-lapis (tinggi) dan berwarna-warni, mereka asyik menggilap sepatu sahaja. Maka ketika itu Allah melupa (tidak menolong) mereka".
Hadis-hadis di atas menerangkan tanda-tanda akhir zaman, lahir pelbagai sifat wanita dengan pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, antaranya telah dan sedang berlaku seperti berpakaian "baju separuh" atau baju singkat, memakai set rambut tinggi bagai goh unta. Keadaan fesyen pakaian ketat, nipis dan jarang sehingga menampakkan susuk badan yang keadaannya "berpakaian tetapi macam telanjang". Selain itu, mereka mengenakan pula kasut tumit tinggi dan kasut berbagai-bagai warna. Keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. 15 abad lalu itu kini sedang menjadi kenyataan dan dapat disaksikan di hadapan mata kepala kita sendiri.
Realitinya, bukan setakat anak-anak muda sahaja yang berpakaian menjolok mata, bahkan generasi yang menghampiri kuburpun masih terkinja-kinja meniru gaya yang dikatakan bertamadun. Apa yang dikhabarkan Rasulullah telah berlaku, dan akan terus berlaku sehinggalah tanda-tanda besar kiamat akan muncul. Mintalah kepada Allah moga terpelihahara daripada fitnah seperti yang disabdakan Rasulullah.
Kategori: Tanda-tanda kecil kiamat yg pada abad-abad terakhir Islam hingga zaman sekarang
No comments:
Post a Comment