Monday, May 31, 2010

Bantuan ketenteraan segera amat perlu bagi mengajar Israel LAKNATULLAH

Jika melihat pada situasi sekarang Israel sememangnya tidak akan patuh pada undang-undang antarabangsa dan akan terus menghalang dan membunuh aktivis-aktivis kemanusiaan dalam misi bantuan ke Gaza.

Setakat ini korban telah meningkat melebihi 16 orang dan bilangan yang cedera melebihi 30 orang. Misi yang hanya membawa barang-barang keperluan harian, ubat-ubatan dan bahan binaan untuk penduduk Palestin diserang seolah-olah rombongan membawa kelengkapan perang. Inilah realiti yang berlaku, dan kami pendudukMalaysia amnya menyeru semua rakyat bangkit menentang kebiadaban Israel dan kuncu-kuncunya.

Berikut adalah antara resolusi yang dicapai,
dipetik dari Palestinkini.info

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.


Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Justice to Palestine and Free the Activist 

Tindakan segera perlu diambil oleh badan-badan dunia bagi menghalang lebih banyak nyawa aktivis daripada terkorban. Misi ketenteraan perlu digerakkan bagi mengajar tentera Israel erti keamanan. Diharap OIC, Liga Arab dan badan-badan yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap apa yang telah berlaku. Jangan hanya pandai mengadakan sidang dengan membentangkan perkara-perkara yang bodoh yang langsung tidak memberi manfaat untuk umat Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails