Monday, August 2, 2010

Jika Subuh di atas ranjang, usah bercakap soal Palestin

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Yahudi pernah mengatakan mereka bangsa yahudi akan mula berwaspada terhadap Islam jika jumlah Muslim yang solat subuh berjamaah di masjid jumlahnya sama banyak dengan jumlah kehadiran ketika solat Jumaat.

Mereka mengerti akan keistimewaan solat subuh. Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau umat Islam tahu akan keistimewaan dan kebesaran solat subuh berjamaah, mereka pasti rela untuk merangkak ke masjid sekalipun, tatkala azan subuh berkumandang, juga sering diucapkan bahawa solat itu lebih baik daripada tidur (Asholatu Khoirum Minnauum). Zaman jahiliyah pun dihancurkan ketika waktu subuh.

Bila subuh memenuhi ruang masjid, Islam tidak akan dipijak-pijak

Sedihnya, di masjid-masjid yang mana umat Islamnya majoriiti sesebuah negara, sedikit sekali yang solat berjamaah ketika subuh, hanya beberapa orang sahaja yang hadir. Betapanya rendahnya martabat kita bila meninggalkan solat subuh berjemaah.

Pernah diceritakan oleh seorang ustaz, di Vietnam yang mana pemerintahnya adalah kafir, solat subuh umat Islam di sana memang hebat, terpaksa menunggu syif kedua jika anda lewat kemasjid untuk solat berjemaah. Walaupun suasana Islam minoriti dengan kelengkapan yang serba kekurangan, umat Islam disana terlalu mengambil berat akan kepentingan solat berjemaah.

Dibandingkan dengan Malaysia, suasana ini jarang sekali dilihat. Lihat saja dimana-mana masjid, jumlah kedatangan yang ingin solat subuh berjemaah dapat dihitung hanya sekadar kelipan mata. Yang hadir pula golongan yang sudah hampir usia senja. Golongan muda? sekadar bermimpi sudah solat berjemaah. Kenapa ini berlaku di dalam negara yang majoritinya Muslim?

Suasana solat subuh yang biasa dilihat dikebanyakkan masjid di Malaysia

Jika sanggup berpanas berhujan berdemonstrasi, kenapa tak dapat bangun pagi untuk solat subuh berjemaah? Apa kalian ingat lolongan kalian mengutuk Yahudi dan Israel akan menggentarkan mereka? Sama sekali tidak, bahkan mereka Yahudi lebih seronok melihat lebih ramai yang hadir berdemonstrasi. Cuba sahaja lihat, adakah setiap kali anda turun berdemonstrasi akan menghentikan Israel daripada membunuh saudara di Palestin? Garu kepala, renungkan kata-kata pimpinan Yahudi di atas.

Sebagai seorang pelajar, saya terkilan bila melihat suasana anak-anak muda yang semakin jauh dengan ruh solat berjemaah. Komuniti UIA misalnya, hanya beberapa orang lokal sahaja yang hadir solat subuh berjemaah, 3/4 nya warganegara asing. Saya bermisal demikian kerana saya termasuk warga UIA, dan saya memerhati dan mengambil serius perkara ini.

Disini, boleh dikatakan suasana Islamnya lebih terjaga dibandingkan dengan suasana di universiti-universiti lain di Malaysia. Program ilmiahnya terlalu banyak, hinggakan sehari kadang-kadang ada dua tiga acara sekaligus. Kehadiran juga amat ramai terutamanya bila isu-isu seperti permasalahan Palestin menjadi topik perbincangan. Keterlibatan pelajar-pelajar yang majoritinya MUSLIM, usah dipertikai. Dengan persiapan yang hebat dan pengurusan yang rapi oleh komiti-komiti.

Tetapi, mereka inilah yang terkulai di ranjang ketika azan subuh menggertak jiwa pemuda Islam agar memenuhi rumah-rumah Allah. Bukan ingin mengutuk, tetapi inilah realiti pemuda zaman ini. Jika berbangga dengan sekalung ijazah sebagai bukti anda genius, terbukti kalian itu "BODOH" bila meninggalkan apa yang menjadi keutamaan dan digalakkan dalam Islam supaya mengerjakannya.

Jika suasana ini berlaku dalam linkungan pelajar yang majoritinya Muslim apatah lagi dengan insitusi pengajian lain diluar sana? Itu tidak kira lagi dengan solat yang diabaikan, terlalu pilu bila direnungkan.

Nabi Muhammad SAW sangat menekankan solat subuh ini penting. Pemimpin Yahudi pun tahu keistimewaan solat subuh. Jadi mari kita sama-sama meningkatkan solat subuh kita.

Berikut beberapa kutipan dari Al Qur’an dan Hadits-hadits Nabi Muhammad SAW :

Banyak permasalahan, yang bila diurut, bersumber dari pelaksanaan solat Subuh yang diketepikan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum pendurhaka terjadi di waktu Subuh, yang menandai berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “...Sesungguhnya saat jatuhnya adzab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (QS Huud : 81)

“Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya’ dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Dawud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Kelebihan solat subuh itu terlalu hebat ganjarannya, beruntunglah sesiapa yang mendapatkannya

“Solat berjamaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali lipat. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh”. “Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka bertanya kepada mereka - padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka - ‘Bagaimana hamba-hambaKu ketika kalian tinggalkan ?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga’. ” [HR Al-Bukhari]

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Shalat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka” [HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Barangsiapa berjamaah dalam solat Subuh dan Isya' maka baginya dua kebebasan, yaitu kebebasan dari kemunafikan dan kebebasan dari kemusyrikan. [Abu Hanifah]

Dari Imarah bin Ruwaibah, katanya : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda “ Seseorang tidak akan masuk neraka, jika ia solat sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam, iaitu solat Subuh dan solat Asar .” [HR Muslim]

Dari Anas bin Malik, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa solat Subuh dengan berjemaah, kemudian ia duduk untuk berzikir sampai matahari terbit, Kemudian ia solat dua rakaat, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang haji dan umrah .” Dan Rasulullah bersabda “ Penuh, penuh, penuh .” [HR Tirmidzi dan ia mengatakan hasan garib]

Marilah kembali bersama membiasakan solat subuh berjemaah bagi yang mampu, penuhilah rumah-rumah Allah tatkala orang-orang kafir masih nyenyak dibuai mimpi. Yakin dan percaya Palestin pasti terbebas bilamana seluruh umat Islam bangkit memenuhi setiap ruang masjid untuk solat berjemaah.

Lihat sahaja bantuan-bantuan yang dihulurkan ke Palestin, jika roh Subuh tertanam di hati, peserta MAVI MARVARA pasti mampu sampai ke Palestin, namun mereka tunduk kepada Yahudi dengan mematuhi undang-undang antarabangsa padahal yahudi itu tidak kenal erti undang-undang dunia yang mereka sendiri cipta. Saya juga yakin bahawa mereka yang syahid diatas kapal tersebut adalah golongan yang menjaga solatnya.

Syaitan hanya hadir pada orang Islam memujuk agar tidak bangun solat subuh berjemaah 

Sesungguhnya umat Islam Palestin tidak memerlukan bantuan kewangan kalian, mereka lebih rela syahid daripada mengharapkan bantuan yang datang dari mereka yang meninggalkan solat subuh berjemaah. Doa orang yang hampir dengan Allah itu lebih baik bagi mereka.

Di Palestin sendiri, mereka yang menganggotai pasukan yang menggempur tentera Israel, Briged Al Qassam, pasukan tentera dibawah Hamas, adalah dari kalangan mereka yang tidak meninggalkan solat berjemaah, terutamanya solat subuh. Terbukti pilihan yang dibuat mengambil kira faktor kejayaan yang bakal mereka dapatkan kerana mereka yakin bila hubungan dengan Allah terjaga, bantuan dari langit pasti tiba... Wallahua'lam. Lihat entri terdahulu mengenai Briged Izzudeen Al Qassam, bagaimana mereka mencari calon tentera bagi memerangi Israel [ link ].

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails