Para recruiter Al Qassam, umumnya, akan mencari calon pejuang dari jamaah solat Subuh di masjid-masjid Gaza dan seluruh kawasan Tebing Barat. Pemuda yang tak pernah ketinggalan solat Subuh berjamaah adalah calon terbaik perajurit Hamas. Jadi, pemuda Palestin yang suka merokok, apalagi bau minuman keras, jangan harap akan diterima sebagai militer Al Qassam.
Perajurit ikhlas dan bebas maksiat memang menjadi modal utama. Sebab, Hamas yakin kemenangan bukan semata-mata hitungan senjata, tapi juga faktor "langit". Mereka percaya dengan perlindungan malaikat yang sudah tahu siapa yang bakal unggul. Seperti saat 300 parajurit Nabi Muhammad berjaya menumbangkan 1,300 musuh dalam Perang Badar (2 Hijriah).
Sikap itu hasil didikan gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) yang didirikan Hasan Al Banna di Mesir pada 1928. Syeikh Ahmad Yasin adalah didikan IM sejak dipenjara kerana ceramahnya pada 1965. Di penjara, putera Palestin asli kelahiran Desa Jaurah, 20 kilometer di utara Gaza itu bergabung dengan cabang IM Palestin yang berdiri pada 1935. Ahmad Yasin syahid diterjah roket Israel pada subuh, 22 Mac 2004.
Corak latihan Al Qasaam dikembangkan dari Nizham Khash (Biro Khusus) IM yang dibentuk di Kairo, Mesir, 1940. Pada perang Arab-Israel pertama 1948, Nizham mengirim 3.000 parajuritnya melawan Israel. Nizham juga berperanan dalam perang Terusan melawan Inggeris, 1951. Dalam aktiviti seharian, Nizham memakai sistem sel tertutup. Satu anggota tak mengenal anggota lain, kecuali dalam satu usrah (group) yang terdiri atas tujuh sampai 10 orang.
Dalam kitab At Tarbiyah As Siyasiyah 'Inda Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin karangan Utsman Abdul Mu'iz Ruslan (diterjemahkan Era Intermedia, Solo, 2000) halaman 575-583, latihan Nizham diagihkan dengan detil. Di antaranya, mereka mempelajari seni bela diri, senjata api, perang gerila, bom dan bahan peledak, topografi, menyelam, serta penyeludupan ketenteraan.
Mereka juga ahli ilmu sebaran, dilatih mempublikasi propaganda dan mempunyai semua maklumat institusi Yahudi di Mesir dan Timur Tengah. Selain itu, anggota Nizham mempelajari tafsir Alquran, menghafal 40 hadits Imam Nawawi, berpuasa sunat, dan disiplin membaca Alquran minimum 1 juz satu hari.
Sistem Nizham ditiru Al Qassam. Bekal mental penting kerana setiap hari mereka diburu pasukan khusus Israel, Sayerat Matkal. Tapi, kematian memang jadi slogan impian tiap anggota Hamas (as syahid asma' amanina). Yang sudah meraihnya akan di-upload di website rasmi http://www.alqassam.ps/
Selain operasi ketenteraan, Hamas berhadapan dengan agen intelligent terhebat sedunia HaMossad leModi'in uleTafkidim Meyuhadim (Mossad). Guru MI5 Inggeris dan CIA itu amat taktikal dalam menyamar. Seorang agen Mossad boleh tampil berserban dan berjanggot laksana Syeikh, tapi berceramah tentang hidup damai bersama Israel.
Agen Mossad juga boleh tampil seperti Bernard Madoff, perayu kelas kakap yang berjaya mencipta krisis kewangan dunia. Senyum manis ditambah taburan dolar dapat membuat politik parlimen dan berbagai cabang politik lain di Palestin pecah belah.
Untuk melawan Mossad, Hamas mengambil dokongan total dari rakyat Palestin. Hamas memang tinggal bersama mereka. Hamas membantu rakyat saat krisis datang, menjadi guru madrasah anak-anak mereka, dan membangun terowong jalur penyeludupan bawah tanah Rafah (Mesir)-Gaza agar bayi-bayi Palestin punya susu untuk diminum. Hamas juga santun kepada 3.000 warga Kristian di Gaza. Tidak hairan, dalam pilihan raya pada 25 Januari 2006, Hamas mengutip suara terbanyak.
Tulisan asal oleh Ridlwan, wartawan Jawa Pos di Jakarta, sumber dari http://halaqah-online.com
No comments:
Post a Comment