Wednesday, May 26, 2010

Qassam - roket yang digeruni Israel

Roket yang digunakan pejuang Hamas
Hamas yang mempunyai keahlian yang majoritinya gologan pemuda terpilih adalah satu gerakan mujahidin yang berjuang membebaskan bumi Palestin daripada penjajah Yahudi laknatullah.

Para pejuang ini bergerak berbekalkan peralatan persenjataan yang serba kekurangan, namun semua itu bukanlah segalanya kerana mereka percaya bahawa pertolongan dari langit adalah faktor penentu kejayaan dalam setiap gerakan militer yang dilancarkan.

Di samping kelengkapan perang yang ringan seperti rifle AK-47 buatan Russia, Hamas juga melancarkan serangan ke atas Israel menggunakan roket buatan sendiri yang diberi nama Qassam. Roket Qassam diasaskan oleh jurutera Hamas, Nidal Fat'hi Rabah Farahat dan Mohamed Khaled dibawah seliaan Adnan al-Ghoul, "Bapa Qassam", yang telah dipenjarakan oleh tentera Israel pada tahun Oktober 22 dan dibangunkan oleh Briged Izz ad-Din, salah satu sayap militer dibawah Hamas. Proses pembuatannya dilakukan secara rahsia di lokasi-lokasi tententu bagi mengelakkan dibom tentera Israel.
Serangan keatas Israel

Buat pertama kali roket Qassam 1 telah dilancarkan pada Oktober 2001. Pada 2002, roket pertama telah mendarat di selatan bandar Sderot.

Sejak dari Intifada ke-2, roket Qassam telah mengalami pengubahsuaian dan ketepatan serangan serta jarak yang mampu dicapai menjadikan roket mimpi ngeri bagi Israel. Roket Qassam 2 dan 3 dibangunkan, hasilnya hamas berjaya mengebom pangkalan udara Israel. Berdasarkan maklumat terbaru, Hamas dalam percubaan mengeluarkan Qassam 4, roket yang lebih sophisticated dan efisien.

 
Briged Izzudin dalam satu operasi

Tidak seperti roket besar yang dilancarkan melalui kenderaan, Roket qassam adalah jenis yg mudah bawa dan mampu dilancarkan pada daripada lokasi-lokasi tertentu tanpa bantuan kenderaan pelancar. Ini membolehkan Hamas menyerang tanpa dapat dikesan oleh peralatan canggih Israel.

Tahun 2008 menyaksikan tragedi yang paling buruk buat Israel, sebanyak 1750 roket dilancarkan. Bandar Sderot dan pinggir Gaza adalah target utama. 4 orang rakyat Isreal terbunuh, dan lebih 250 mengalami kecederaan. Disamping menggunakan roket buatan sendiri, hamas juga menggunakn roket Grad buatan Rusia dan Katsuya yang diimport ke pinggir Gaza. Roket Grad mampu mencapai jarak serangan sejauh 12 batu lebih dan roket ini adalah yang paling jauh yang dimiliki Hamas. Dengan bantuan daripada Allah melalui tangan-tangan hambaNya, Hamas kini mampu melancarkan serangan balas setiap hari keatas Israel.

2 comments:

maCy said...

Allah bersama kamu pejuang Islam!

Ibn Razi Al-Kelantani said...

kemenangan Islam itu pasti,insyaALLAH..sentiasa berdoa utk kebangkitan Islam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails