Monday, May 31, 2010

Kenapa baru sekarang Mesir membenarkan bantuan dihulurkan melalui sempadan Gaza?

31/5/2010 Bantuan besar besaran daripada UAE kepada Palestin melalui jalan darat akan memasuki Gaza dalam masa terdekat. Menurut sumber al-Arish, konvoi bantuan UAE itu tiba rabu untuk sampai ke bandar El Arish dan akan diterima oleh Palang Merah Mesir untuk bersedia dimuatkan ke lori dan meninggalkan Bandar El Arish utk memasuki Semenanjung Gaza pd khamis melalui pelabuhan komersil Awja .

 
Bantuan yang bakal memasuki Gaza mellui sempadan Gaza-Mesir

Sumber keselamatan berkata penguasa Mesir dan Palang Merah Mesir kedua-duanya bersedia untuk menerima konvoi besar bantuan daripada Emeriah Arab Bersatu kepada rakyat Palestin. Pada masa yang sama, penguasa Mesir juga menyiapkan persediaan di Pelabuhan El Arish untuk menerima kapal ‘Freedom to Gaza’, Jikalau berlakunya penolakan oleh tentera laut rejim zionis, atau konvoi dihalang untuk memasuki pelabuhan Gaza.
Kenapa baru sekarang membenarkan bantuan memasuki sempadan Gaza melalui sempadan Mesir? Mengapa sebelum ini aktivis kemanusiaan dihalang daripada menghulurkan bantuan terus ke Gaza? Sekatan dan karenah birokrasi menyebabkan bantuan yang sepatutnya sampai kepada penduduk Palestin tertangguh selama beberapa hari. Apa yang cuba dimainkan oleh Mesir? Adakah kerana desakan Amerika, lantas pintu sempadan dibuka? Atau kerana ingin memberitahu dunia bahawa pemerintah Mesir mengambil berat isu Palestin?

Rombongan kemanusiaan Viva Palestina Malaysia(VPM) yang disertai oleh Noorazman Shamsudin dari HALUAN Palestin Malaysia dan NGO luar negara termasuk Turki ditekan hebat oleh pemerintah Mesir daripada memasuki Tebing Gaza. Peserta aktivis ditahan di pagar sempadan selama beberapa hari sebelum memasuki Gaza. Aktivis juga diancam untuk ditangkap dan dibunuh jika tidak meninggalkan sempadan. Pada malam kepungan, aktivis dibaling batu sebesar penumbuk yang menyebabkan peserta aktivis cedera teruk yang rata-rata aktivis dari Turki. Peserta konvoi diawasi dan diacu dengan sniper pada malam kejadian ketika mereka sedang ditahan di masjid berhampiran. Walaupun menerima ancaman yang begitu hebat, rombongan tetap meneruskan rundingan dengan cara baik dengan pihak berkuasa Mesir dan akhirnya dibenakan memasuki Gaza dengan bersyarat.(seperti yg diceritakn sdr Noorazman ketika hadir di UIAM menceritakan pengalaman beliau menyertai rombongan kemanusiaan VPM).

Hosni Mubarak dan Shimon Peres, both LAKNATULLAH

Setelah usaha bantuan melalui darat sebelum ini tidak berjalan lancar, misi kemanusiaan kali kedua mengambil inisiatif untuk melalui jalan laut dengan membawa bekalan yang lebih banyak. Tapi tiba-tiba pula Mesir membuka laluan darat disempadan Gaza-Mesir di Rafah.

Tembok pemisah yang ditaja Amerika (Gambar)

Sandiwara pemerintah Mesir sememangnya diperhatikan diseluruh dunia. Boneka Amerika dan Yahudi ini akan terus memulaukan penduduk Palestin dan mereka akan terus memastikan Israel bebas menyembelih umat Islam Palestin. Pembinaan tembok besi sedalam 20-30 meter antara Gaza-Mesir di Rafah membuktikan mereka bersekongkol dengan Amerika dan Israel. Mesir juga meletupkan beberapa terowong yang digunakan penduduk Palestin bagi membawa barang keperluan harian yang dibeli dari Mesir. Walaupun projek yang mencetuskan ketidakpuasan hati umat Islam ditentang, Mesir mengambil sikap tidak mempedulikan sensitiviti daripada umat Islam. Sesungguhnya umat Islam seluruh dunia yang menyintai keamanan akan terus membenci kamu pemerintah Mesir, boneka LAKNATULLAH.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails