Monday, November 25, 2013

Ahmad Ammar, meminang bidadari

Ahmad Ammar, anak muda yang menjadi bualan di dunia maya, menjadi rakyat Malaysia pertama yang dimakamkan di pemakaman yang menempatkan makam Abu Ayyub Al Ansori r.a., syuhada' dan sahabat Rasulullah SAW di kota Constantinopel.

Baru berusia 20-an, beliau dijemput Allah pada 2 November 2013 di bumi Turki setelah terbabit dengan kemalangan dengan sebuah ambulan. Kuasa Allah menentukan segalanya. Beliau yang diceritakan terlibat dalam misi bantuan ke Syria telah bermimpi bertemu bidadari sebagaimana yang menjadi mainan mimpi para syuhada' sebelum dijemput Allah.

Ammar bersama keluarga di RMC

Saya tidak mengenali beliau, tetapi melalui tulisan sahabatnya dan video yang saya tonton, menjadikan diri ini terlalu kerdil untuk membicarakan tentang diri beliau, namun, terpanggil untuk berkongsi kisah beliau walaupun sekadar berkongsi dari tulisan sahabat beliau.

Wednesday, November 13, 2013

Mimpi bertemu syuhada' Raba'ah

Mesir umum diketahui oleh dunia bahawa pemerintah yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang bersih telah digulingkan oleh kudeta tentera persis yahudi yang dipimpin Jeneral Assisi.

Penggulingan ke atas Dr Morsi menyaksikan majoriti rakyatnya bangkit menentang melalui demonstrasi jalanan yang dilakukan secara aman namun dibalas dengan bedilan mortar dan peluru hidup. Sehingga hari ini, isu rampasan kuasa di Mesir masih berlanjutan, dan ramai daripada rakyatnya telah syahid dengan izin Allah.

Amir Badir, syuhada' Rabaah
 
Antara ribuan syuhada' yang gugur, Amir Badir sepertimana yang diceritakan seorang doktor di Mesir sebagai salah seorang yang dimuliakan Allah.

Tulisan Asal: Dr Ahmed Ghonim
Ditulis semula: Krew Pilihanraya Mesir


Aku bermimpi ajaib malam semalam. Seolah-olah aku sedang berdiri sambil memerhati dari jauh beberapa mayat syuhada' Rabaah yang telah dikafankan. Tiba-tiba, seorang perempuan agak berumur mendekatiku tergesa-gesa.

Tuesday, November 12, 2013

Terowong HAMAS gentarkan Israel LAKNATULLAH

Sejak beberapa hari lalu, Gaza digemparkan dengan penemuan terowong rahsia oleh Israel yang dibina pejuang-pejuang Hamas yang menembusi sehingga ke luar sempadan Israel. Ekoran penemuan yang menggerunkan tersebut, Israel mengambil kesempatan memasuki Gaza dan memusnahkan terowong.

Serangan Israel ke atas Gaza bermula disebabkan 2 terowong yang dijumpai oleh tentera Israel di kawasan penempatan Yahudi di dalam Israel. Israel menjadi 'gila' akibat terowong tersebut. Mereka cuba mencari jika ada lagi terowong-terowong seumpama itu dan mencari ke manakah tembusnya terowong itu di sebelah Gaza. Terowong ini merentasi Khan Younis.

Antara kesan penemuan terowong ialah bahan binaan dihalang masuk ke Gaza dengan alasan digunakan untuk membina terowong.

Friday, November 8, 2013

Biografi ringkas As-syahid Hasan Al-Banna

Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna

Hassan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna atau lebih dikenali dengan Hasan al-Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan serba sederhana.

Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna al-Sa'ati, ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan feqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Hasan Al Banna dan Palestin

Sebagai seorang ulama, syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

Monday, November 4, 2013

Dr. Morsi dibicarakan atas sebab apa?

Pelik, tapi itulah realiti yang terpaksa ditempuhi bila seseorang memilih untuk bersama Islam, halangan dan tentangan membuktikan kerja dakwah ini bukanlah suatu yang mudah, namun ganjarannya cukup besar di sisi Allah. Rentetan penahanan tanpa sebab oleh regim tentera, Dr Morsi akhirnya tampil dibicarakan.

Hari ini 4 November mencatatkan sejarah di Mesir apabila seorang Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, Dr.Muhammad Morsi akan dihadapkan ke mahkamah sekira-kira 4 jam dari sekarang. Lokasi awal yang dijangka dibicarakan iaitu di Kolej Pegawai di Penjara Turrah, utara Kaherah tetapi ditukarkan ke Akademi Polis, Tajammuk Khomis, lokasi yang menjadi saksi mahkamah rejim Mubarak sebelum ini.

Dr. Morsi dilihat di mahkamah hari ini 4 Nov 2013

Lokasi perbicaraan diketatkan kawalan keselamatan yang dianggarkan dikawal oleh lebih 20,000 anggota polis dan tentera dari pelbagai unit. Namun, tiada sebarang siaran langsung "live" akan dibuat oleh televisyen negara seperti Mubarak sebelum ini. Ini kerana kudeta amat maklum bahawa perbicaraan Mursi hanya bermotifkan politik dan dendam. Tambahan Mursi mempunyai penyokong yang ramai berbanding Mubarak. Sebarang siaran langsung di kaca-kaca TV akan mampu untuk menarik puluhan ribu penyokong Mursi untuk mengepung bangunan mahkamah tersebut dan ia sudah pasti akan melebihi angka pasukan keselamatan yang bertugas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails