Monday, March 26, 2012

Roket buatan Jurutera Hamas

Untuk menghadapi peralatan perang milik Zionis Israel yang serba canggih, HAMAS dengan sayap ketenteraannya, Brigade Izzuddin Al-Qassam hanya berbekalkan senjata-senjata buatan tangan "home made" hasil modifikasi jurutera Hamas dari senjata-senjata yang sedia ada. Berikut peralatan tempur jenis roket yang digunakan Hamas dalam misi ketenteraannya menyerang Israel .

1) Roket Al-Qassam

Sayap militer dilatih untuk memasang roket Qassam

Roket Qassam adalah yang paling popular bagi Hamas. Al-Qassam-1, pertama kali dilancarkan terhadap sasaran Israel pada bulan Oktober 2001, mampu menjangkau jarak 3 km. Pada tahun 2007, Al-Qassam-1 ditingkatkan kebolehannya menjadi 10 km.

Untuk sasaran jarak dekat, Al-Qassam-2 dengan berat 35 kg, memiliki diameter 115 mm dan berat 8 kg untuk hulu peledaknya, panjang 180 cm , mampu menjangkau jarak sejauh 6-7 km . Qassam-2 juga digunakan untuk sasaran jarak jauh , dengan berat 50 kg, panjang 250 cm, memiliki diameter 115 mm dan 8 kg untuk hulu peledaknya, mampu mencapai maksimum jarak 10 km.

Persiapan untuk melancarkan roket

Hamas juga membina sebuah model roket dengan mesin yang terpisah yang pada dasarnya adalah standard roket jenis Grad. Model mesin terpisah ini, pertama kali dilancarkan pada bulan Jun 2006, dengan berat 40-50 kg, memiliki diameter 115 mm, hulu ledak dengan berat 10 kg, dan dapat menjangkau sehingga jarak 10 km.

Al-Qassam-2 mampu menyerang masyarakat Israel dan kemudahan Israel berhampiran Jalur Gaza. Pada 28 Ogos 2003, operasi Hamas di Jalur Gaza telah melancarkan roket Al-Qassam-2 ke bahagian selatan kota pelabuhan Israel Ashkelon. Roket tersebut mendarat di kilang pembuatan bir Carlsberg.

Struktur asas roket Al Qassam

Pada bulan September 2005, Hamas dilapor mengembangkan roket Al-Qassam dengan jangkauan 16.5 km yang ditembakkan ke Ashkelon dari dari Jalur Gaza.

Kesan dari roket Qassam

Pada Januari 2006, laporan media menunjukkan bahawa roket-roket Al-Qassam telah mampu menjangkau sehingga 10-40 km. Pada bulan Februari dan Mac, Jihad Islam mengembangkan roket yang berpandu pada roket Al-Qassam dan berhasil menghancurkan tempat-tempat strategik di Ashkelon.

Pada bulan Jun 2006, Hamas melepaskan roket Al-Qassam yang dilengkapi dengan dua mesin. Selain roket  Al Qassam, sayap militer Hamas yang terdiri dari juruteranya turut membina roket untuk tujuan serangan kereta kebal serta pesawat-pesawat Israel. Walaupun kesan impaknya tidak sehebat roket buatan Israel, namun dengan izin Allah, roket Hamas mampu menggetarkan musuh-musuh mereka dan menghancurkan mesin-mesin canggih buatan Israel dan Amerika laknatullah.

2) Roket Al-Bana Al-Yassin (Roket Anti Tank)

Kedua roket ini dibina oleh Hamas yang merupakan modifikasi rudal PG-2 Rusia yang mampu menghancurkan kereta kebal jenis Merkava dalam jarak radius 500 meter.  

Roket Al-Batar

Roket anti tank Al-Batar dilengkapi dengan hulu ledak seberat 3.5 kg dan memiliki jangkauan lebih dari 3 km.

Roket Al-Samoud

Roket kaliber 120 mm Al-Samoud memiliki jangkauan hingga 8 km.

3) Rayyan:  Roket Anti Serangan Udara

Rayyan, mampu mengugurkan helikopter canggih Israel

Pada bulan November 2004, Hamas telah mengembangkan Rayyan, roket anti Serangan Udara pertama di Palestin. Menurut salah satu komandan Brigade Al-Qassam, Nizar Rayan (yang telah syahid), roket ini mampu menjatuhkan helikopter Israel, UAV, dan pesawat-pesawat yang beroperasi di atas Jalur Gaza. Sumber Hamas mengatakan projek roket anti Serangan Udara ini didasarkan pada keahlian dan pelatihan yang diberikan oleh Iran dan Hizbullah. Hamas telah berusaha untuk menghasilkan variasi dari roket asal Soviet SA-7 yang digunakan oleh Hizbullah di Lebanon selatan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails