Saturday, July 31, 2010

Pasukan Kera Bantu Mujahidin Afghanistan dalam Melawan Pasukan AS


Sebuah surat khabar berbahasa Inggeris mengungkapkan keberhasilan mujahidin Afghanistan dalam mentraining kawanan kera untuk melakukan beberapa tugas tempur dalam perang melawan pasukan pendudukan AS yang ditempatkan di Afghanistan.

Surat khabar Inggeris, “Peebles Daily Online” dalam edisi hari ini menerangkan, bahwa fotografernya berhasil mengambil gambar monyet di daerah Waziristan Afghanistan, yang dilengkapi dengan senapang mesin Kalashnikov - 47.

Dilengkapi dengan senjata Kalashnikov, senjata mesin Bren, dan mortir, para monyet diajarkan mengenali dan menembak senjata ke sasaran manusia yang mengenakan seragam militer AS. “Sumber anggota senior militer AS telah dikonfirmasi soal eksistensi tentera monyet Taliban, ahli militer menyebut monyet bersenjata sebagai ‘teroris monyet’,” demikian dimuat People Daily.

 Anak kera dengan AK-47

Surat khabar itu juga mengutip komentar analis militer, di mana ia menegaskan bahawa Mujahidin Taliban berusaha mengecohkan orang-orang Amerika sejak mereka menggunakan kelengkapan yang canggih dalam medan pertempuran, sebagaimana yang disiarkan oleh salah satu laman web Rusia ketika ini.

Para pemerhati menilai bahawa tujuan mengerahkan kera di jajaran Mujahidin Taliban adalah untuk menarik perhatian umum dan membuat resah pertubuhan-pertubuhan / yayasan-yayasan pembela hak-hak haiwan agar ditariknya pasukan pendudukan AS dari Afghanistan segera mungkin.

Perlu dicatat bahawa orang-orang Amerika, merekalah yang pertama kali mengerahkan kawanan kera ketika Perang Vietnam, mereka telah melatih kawanan monyet dan membentuk unit khusus Angkatan Darat AS, lalu dikirim ke hutan Vietnam, mereka harus bersembunyi di sana, dan menunggu kesempatan untuk menerkam pada pejuang Vietnam.

 Kera yang dilatih Mujahidin

Beberapa tahun sebelumnya, di Iraq, kelompok pejuang di Irak telah memanfaatkan keldai untuk membawa bom-bom yang akan diledakkan di dekat markaz-markaz pasukan pendudukan.

Sebelumnya surat kabar “Ha’aretz” menerangkan bahawa Israel telah melepaskan kijang raksasa dari Afrika di pos-pos persempadanan dengan Lebanon, agar binatang tersebut yang beratnya kira-kira antara setengah ton atau satu ton melahap tumbuhan-tumbuhan / pepohonan dan rerumputan yang tinggi untuk mengurangi kemungkinan pejuang Hizbullah bersembunyi di balik pepohonan tersebut.(itd/an/alsofwah)

Kera yang digunakan mujahidin Taliban sebenarnya bukanlah semata-mata sebagai senjata untuk melawan tentera Amerika, tetapi sebagai strategi perang untuk mendapatkan perhatian umum supaya tentera Amerika diusir dari Afghanistan. Masakan pejuang yang rindukan syurga mempergunakan makhluk Allah untuk kepentingan mereka dan mereka lebih rindukan Allah dari gemerlapan dunia. Moga mereka mendapat syahid atau kemenangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails