Friday, April 30, 2010

Ada apa dengan Facebook?

Facebook, rangkaian sosial yang paling popular dibandingkan dengan yang seumpamanya, kebanyakkan orang tahu akan kewujudannya di laman maya.. i'm also one of the facebook user..

Bagi pengguna facebook, posting gambar menjadi satu kemestian, kononnya untuk tatapan rakan yang ingin mengenali dan rujukan buat teman-teman yang lama terpisah, alhamdulillah, that's good, if niatnya betul..

For certain user, saya tengok banyak juga yang berkongsi gambar-gambar yang bukan sekadar untuk dikenali tapi lebih daripada yang diperlukan, for what purpose, i don't know.. if to let their friend to know him better, i think it's okay.. anything that we want people to know about, then just let be.. tapi sedar atau tidak kadang-kadang kita berkongsi gambar yang menampakkan AURAT!! kita mungkin tidak perasan, tapi orang yang tengok, wallahua'lam!!!

Posing-posing tidak perlu diceritakan, sama-sama muhasabah.. just nak tekankan pasal aurat.. bab ini orang paling ambik mudah.. tidak kira lelaki or perempuan.. for those yang tahu bab-bab aurat, becareful, kita sebenarnya tidak tahu berapa ramai yang tengok photo kita, sekali orang pandang aurat kita, satu saham kita dapat.. kalau berkali-kali, ramai pulak yang tengok.. dah berapa banyak saham yg kita dapat.. astaghfirullah, free investment je..


So, beware kawan-kawan yang baca tulisan ini dan yang mempunyai login facebook.. fikir dulu sebelum kita nak letak gambar dekat facebook, manfaat atau mudharat yang lebih banyak.. jika tidak menimbulkan fitnah, dan tujuannya baik, insyaAllah dapat pahala pula.. hmm

Cuba check balik kat facebook, ada atau tidak gambar-gambar yang kita letak menunjukkan aurat. Kalau ada cepat-cepat buang dari terus menjadi tontonan mata-mata yang mahram bagi kita. Saya tinggalkan sabda Nabi SAW buat rujukan semua:

“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (HR Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Saya hanya mengutip pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Bagi kaum lelaki, ulama berselisih pendapat mengenai had aurat. Untuk lebih lanjut klik [link]

Wanita pula diharamkan menunjukkan aurat selain muka dan kedua tangan hingga pergelangan. Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan: 


“Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud). [link]

1 comment:

Anonymous said...

salam..

terima kasih atas peringatan..
perkara biasa yg seringkali kita abaikan..
syukran :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails