Tuesday, April 27, 2010

Islamnya seorang penyelam


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S. Al Furqan : 53)

Saya yg gemar memancing di laut dalam seringkali tgk fenomena air laut yg tak bercampur dgn air masin ketika dlm perjalanan ke destinasi memancing. Biasanya benda ni boleh jumpa kat muara or hulu sungai bila air sungai nak masuk ke laut..kalau yg pernah pegi berkelah tu, mgkn anda perasan warna air adalah berlainan kat point air sungai and air laut bertemu..

Mr.Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis telah masuk Islam bile die tgk kejaiban ni..Subhanallah, hebat kan!! Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Mat saleh ni kaji Al Quran bila dia tgk fenomena tersebut, dan terbukti benar..

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yg keduanya kemudian bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh dilampaui masing-masing." (Q.S. Ar Rahman : 19-20)

Cuba bayangkan, kita tgk keajaiban ciptaan Allah hari2, tp sebanyak mana kita buat analysis dari Al Quran, nak baca sekali sehari pun berat rasanya..terkena!! saya menegur diri sendiri ni, jgn salah paham ye..


aktiviti menyelam mmg best, tp saya xpandai pun..mgkn anda boleh cuba!!

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


perhatikan warna air, berbeza kan..

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."

Bila seorg bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

So, lepas ni sesape yg ingin cuba menyelam kedasar laut, bolehla cuba.. Terokailah kebesaran Allah, moga byk hikmah yg diperoleh dan menambahkan rasa keimanan dalam diri.. tapi jgn lupa pula jaga aurat anda, al maklumla pakaian scuba ni ketat, terutama bg wanita.. mgkn ada alternatif yg boleh anda fikirkan.. Selamat menyelam..(^^_)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails