Masih segar di ingatan sewaktu mengikuti kuliah seorang lecturer engineering semasa belajar di matrik uia, Petaling Jaya. Malam tersebut kehadiran pelajar macam biasa, hampir penuh dewan kuliah. Kuliah bermula dengan tazkirah mengingati hati-hati yang tidur. Aku yang suka ambik port belakang sekali, terkesan juga dengan peringatan-peringatan yang disampaikan..MasyaAllah, sesungguhnya diri ini perlu dimuhasabah setiap masa jika inginkan cahaya dari Allah..
Iman manusia pasti bertambah dan menurun, setiap kali menghadirkan diri ke majlis ilmu, terasa level iman naik sedikit. Tapi lepas je majlis ilmu, mula la pelbagai dakyah masuk ke telinga.. Sedikit demi sedikit iman start jatuh.. Mungkin sesetengah kita mampu beristiqomah untuk terus menigkatkan tahap iman masing-masing, namun kadangkala pengaruh sekeliling tidak mampu kita tepis, seteguh manapun istiqomah, sesaat pasti terkulai..
Dah lari topik ni, balik ke malam kuliah di PJ.. lepas bagi tazkiyah, lecturer tu cerita la pasal penderitaan umat Islam di seluruh dunia, palestin antara isu utama.. penderitaan demi penderitaan mereka dikongsi bersama para ikhwah dan akhawat yg hadir malam tu..bila gambar2 kekejaman yahudi laknatullah terhadap umat islam palestin dipertontonkan, mula lah mata2 yg merasai kepedihan perjuangan saudara2 mereka dipalestin menampakkan kejernihan, air mata mengalir laju..aku sebagai rijal yg lebih kuat berbanding nisa tertahan2, last2 menitik jgk..mane taknya, klu 2 keping gambar bleh la tahan..klu dah berkeping2, siap dgn background speech yg sedih2 plak..kompem la tertumpah gak..
Tgh2 cerita kisah palestin, lecturer tu selitkan satu kisah yg paling aku xleh lupa, kisah yg benar2 berlaku kat student dia, student uia..warga afghanistan.. sejarahnya, selepas tragedi september 11, amerika dan sekutunya secara automatik menuduh keganasan tersebut disebabkan oleh militan, pada hemat mereka..lalu dilancarkan propaganda2 mengenai serangan tersebut oleh media2, ISLAM adalah mangsanya..tujuannya satu, bagi menghalalkan serangan keatas musuh2 mereka.. afgahnistan adalah antara negara yg dikaitkan dgn serangan tersebut..maka dgn segala kelengkapan perang yg serba canggih oleh amerika dan sekutunya, misi menjajah afganistan bermula..
Tatkala berita ini sampai kepada dua student td, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air..time tu cuti semester kat uia..student yg dikenal oleh rakan2 sebagai org yg tawadhuk, terus ke KLIA menuju negara mereka utk turut sama mempertahankan tanah air tercinta..
Maka bermulalah perang antara mujahidin afganistan melawan tentera2 kuffar..perang berlangsung selama beberapa hari..sewaktu dlm perjalanan menuju medan jihad, kereta yg dinaiki dua sahabat tersebut dibom oleh tentera amerika..kereta mereka melambung, dan saat inilah peristiwa yg menggetarkan hati para mujahid berlaku, ketika saat sakaratulmaut menjemput, dtg dua BIDADARI menyambut dua sahabat tersebut, mereka dtg membawa minuman utk disuapkan kemulut sang pejuang..salah seorang sahabat tersebut sempat meneguk air yg dibawa, manakala seorang lagi hanya mampu menahan dibibir..subhanallah..
Pergilah rakannya menemui sang bidadari menuju Allah, sahabat yg hanya sempat melihat bidadari ditakdirkan Allah utk hidup..selang beberapa waktu, tibalah waktu mendaftar utk semester baru di uia..time tu afghanistan masih dlm krisis perang..ketika pelajar berduyun dtg nak teruskan pengajian, lecturer ni dapat call dr student yg afganistan tu..dia kata dia tak dapat teruskan pengajian kerana ingin mempertahankan negara, sahabatnya telah pergi menemui Allah..semua peristiwa yg dia alami diceritakan pada lecturer tu dan dia minta izin utk terus berjuang hingga menemui syahid..
Time dok tengah asyik dgr kisah tu, hatiku sebak..air mate keluar plak..aduh, sedih aku sbb tak mampu bersama mereka melawan musuh2 Allah..setiap hari aku hanya mampu berdoa moga aku termasuk dlm calon2 syuhada, doa utk saudaraku di medan fisabilillah moga terus diperteguhkan iman, doa utk saudaraku yg teraniaya moga Allah sentiasa bersama kalian..beruntunglah kalian, kerana kalian adalah manusia terpilih..Allahuakbar...
"Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki; (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." Quran Surah A-Imran : 169-170
No comments:
Post a Comment