Tuesday, April 6, 2010

Exam dan kehidupan seorang pelajar

Hampir dua bulan belajar, kini tiba masa untuk peperiksaan akhir. Persiapan taklah seberapa, tapi harapan untuk dapat keputusan terbaik terlalu tinggi. Entah dapat capai target atau tidak, wallahua'alam. Kalau tengok pada usaha, mungkin 50-50. Begitulah tiap-tiap semester, mengimpikan keputusan yang terbaik adalah impian setiap pelajar.. begitulah lumrahnya..


Semalam aku solat isya' kat surau farouq, lepas solat ada seorang sahabat dari saudi tak silap, bangun bagi tazkirah.,dia ni memang suka bagi nasihat & peringatan kat penghuni-penghuni semahallah, terutamanya masa menghuni mahallah bilal (sekarang ni bilal dalam proses pembaikan, budak-budak bilal terpaksa menumpang farouq). Dalam tazkirah tu dia ingatkan jemaah solat supaya banyak ingat Allah, selalu jaga iman, perbanyakkan amal soleh. "kita kat dunia ni sedang menghadapi ujian, keputusannya bakal diumumkan di akhirat kelak, lulus atau gagal, hanya dua jawapan SYURGA atau NERAKA!! kalau lulus, syurga.. kalau gagal nerakalah, nauzubillah.."

Jemaah yang selesai solat majoriti kusyuk mendengar, pak arab ni memang pandai bagi tazkirah, huffaz pulak, kalau dengar mesti tersentuh, mampu mengetuk hati-hati yang tidur, dia sebut lagi, kita kat dunia ni exam kat universiti boleh lagi re-check result, boleh hantar bantahan kalau markah tak memuaskan dengan jawapan yang ditulis, kalau fail sekalipun bleh repeat paper, tapi kalau kat akhirat esok, semuanya dah tersedia, cuma nak tunggu keputusan je, kalau lulus selamat, fail!! nerakalah tempatnya, tak boleh nak undur dah..

Kalau fail paper kita rasa menyesal sebab tak study, tapi kat akhirat nanti, kalau fail rasa menyesal yang teramat sangat, sebab tak buat amal, tak tutup aurat, banyak buat dosa, banyak lupa Allah, hidup lagho.. semuanya kita menyesal, menyesal yang dah tiada guna. Allah cerita bagaimana manusia yang berdosa kat akhirat nanti mintak dengan Allah nak balik kat dunia nak buat amal.. tapi Allah kata tak boleh dah. Kenapa sekarang baru kamu yakin?? tak cukupkah peringatan yang Aku bagi masa kat dunia dulu??.. Bangunlah dari jaga, beringatlah sebelum keputusan terbesar diumumkan..

Berpesanlah!! Selalulah koreksi diri, sentiasa bersedia untuk exam!! Akhir kalam, kepada yang tengah, sedang dan bakal exam.. buat yang terbaik.. X+Y+Tawakkal+Iman+Igt Allah=3++ Dunia Akhirat.. sama-sama doakan.. amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails