Saturday, April 17, 2010

“ISTAK” halal atau haram?

Teringat kisah satu pagi masa solat subuh kat surau kolej, pagi tu ada seorang sahabat African bagi tazkirah pasal gerakan kafir dan musyrik yang menguasai tanah air dan pemikiran umat Islam dengan pelbagai cara, penerangan yang cukup ringkas dan menarik, dia bawa datang maksud firman Allah.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." QS Al-Baqoroh : 120


Pelbagai cara digunakan bagi memesongkan akidah, budaya dan cara hidup umat Islam. Peranan media massa, sistem pendidikan hatta pemakanan sekalipun diselidiki dan cuba diterapkan kedalam diri orang Islam mengikut selera mereka. Apa tujuan mereka kalau tidak melemahkan umat Islam itu sendiri.

Petikan dari Utusan ini diambil dari satu blog berkenaan satu jenama minuman yg baru masuk pasaran Malaysia. Produk minuman ini telah menyertai MIHAS yg dianjurkan Malaysia baru-baru ini di ibu negara.

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya. "Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran .

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman. Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia" katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand dan Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

Istak dan Heineken, perlukah meniru??
Cuba refresh balik, dulu pernah diperkenalkan satu produk, "MECCA COLA" sebagai alternatif menggantikan produk yg diharamkan oleh ulama Islam iaitu Coca-Cola.

Jika kita buat sedikit kajian dan cuba memahami niat sebenar benda sebegini berlaku adalah untuk adaptasi kedalam diri kita yg umat Islam juga ada minuman sebagai alternatif untuk ganti something yang diharamkan dalam Islam. Lama kelamaan bila kita dah terbiasa, maka timbul dalam benak pemikiran kita "apa salahnya kalau aku minum coke, padahal benda sama je dengan mecca cola". Mungkin kita tidak perasan dan tidak sedar bahawa matlamat sebenar disebalik benda sebegini ada dalang. Mereka cukup berhati2 dalam tindak tanduk mereka. Perancangan mereka cukup halus.

Terbaru, minuman dalam bentuk botol dan tin atau "non-alcoholic beverage". Salah satu produknya adalah "ISTAK". Kalau anda cukup peka dangan isu-isu sebegini, anda mungkin berfikir 2 3 kali sebelum membeli minuman ini, harganya boleh tahan juga!!. Cara pembungkusannya semacam ARAK, kalau anda pernah tengok iklan Istak, air yg dituang seolah-olah arak, dengan foam yang terapung dan warnanya, dan yang paling menarik, minuman ini antara yang paling laris dikalangan kita. Kita berbangga bila dapat minum, kita pegang botol ISTAK seolah-olah kita pegang botol arak. Bukan nak cakap benda ni haram, tapi kalau kita amati konsep disebaliknya hampir sama. Terfikir juga kenapa diorang buat something yang similar dengan yang diharamkan, padahal boleh je dalam bentuk lain. Creativity perniagaan??.. wallahua'lam.

Nabi SAW bersabda,
"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka" HR Bukhari & Muslim

Ya Allah, peliharalah kami dari tipu daya musuh-musuhmu.. Amin

11 comments:

vss said...

Please be informed that Istak Non Alcoholic Malt beverage have received Halal certification from Islamic Food Research Centre Asia (IFRC Asia)
Malt is very good for health and its nourishes. So do not be worried. Boleh minum tanpa was was.
Can find it Village Grocer outlets,Jaya Grocer, Isetan suprmarket KLCC and Lot 10

Ibn Razi Al-Kelantani said...

owh..know already about halal certification..just x berapa berkenan bila follow cara packaging like an alchohol..when i see people drink ISTAK, they left the bottle just like people who did drink the beer..why we must follow kafir?do we dont have other alternative?

Deen Yusoff said...

Seriously, packaging is an issue even with Halal sign? Do you know that Halal Chicken and Non-Halal Chicken is packed the same way? Hati kalau suci, tidak akan membuat hidup orang lain susah. Orang Kafir boleh masuk Islam. If they do and they are from a different culture, are you going to force them to wear what you wear? Baju Melayu dan Baju Kurung adalah baju dari keturunan Melayu yang pada satu masanya semua Hindu.

Be a Mukmin and stop bitching about things.

Ibn Razi Al-Kelantani said...

depends on your views, for me since drink a beer is totally prohibited, even the packaging is something need to be taking care.For chicken, Islam doesn't state any "hukum" about illegal or haram. so does the packaging can be done in way if it is legal from islamic or non-islamic views but need to observed our muslims community. same to our attire. i brought this article to let people open their mind what happened to our community today, they tend to follow what is not good rather than to choose something that can return to our golden age of Islam like before..see the latest news, there is 0.5% alchohol...http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011053006464620110530064646/Article

Deen Yusoff said...

I understand your concern but you do know the term beer here does not equate to alcohol right? If that is the case A&W Root Beer and Ginger Beer should be Haram as well. Please recite Chapter 5 (Al-Maidah) of the Al-Quran to understand what is truly Halal and Haram before making a statement as such.

Also, that news article is vague. It did not even mention the Brand that has alcohol in it. But also, who gave a fatwa that less than 0.5% of alcohol in a drink becomes Halal? Think about it. Did Prophet Mohammed make this rule? To me, the Quran is perfect and easy to understand. Why are we ourselves trying to make it difficult? Not forgetting natural fermentation occurs with a lot of things including coconut drinks (Tuak). Ever thought of sending a 1 year old Coconut Drink to do a lab test before consuming it?

But I respect your decision as a Muslim brother if you want to boycott coke or istak. It's a personal decision. To me, it's clear that drinking this malt beverages that has a similar packaging to whatever beer brands, spraying perfume w/ alcohol or even applying medicine with alcohol content to my skin will not make me drunk. Hence, it is Halal.

I shall end here and I wish you well in your choices.

Assalamualaikum

Ibn Razi Al-Kelantani said...

to deen yusoff, wa'alaikumussalam warahmatullah

thanks for your views, i believe people out there at least can have their own opinions to choose what is good for them after they read this article and your comments here.

sometimes people just wear what they get, without refer to 'hukum' whether it is permissible or not, mostly happen to muslim nowadays..this is just my opinion, readers may choose to say 'yes' or 'no' for what they think rather than blindly accepted.

for me, to be vigilant is better to avoid harm which is not visible. :)

Unknown said...

komen dlm bahasa melayu la.. senang sikit aku nk paham...hehe

Unknown said...

Klau x ckup hujah..da 1 lg..khutbah trakhir kekasih junjungan kita Nabi Muhammad saw..mmg Islam tu mudah..tp JANGAN buat mudah..bgus2 pnulis blog..jgn dok lyan puak2 Islam liberal ni..akhr zman..pegang agama mcm gengam bara api..

Unknown said...

Ada plak bnda nk bwa msuk dlm bdan g compared dgn orng kafir nk msuk Islam..bwa2 la ngucap..simple ja..bila sebut beer apa yg smpai kt pmikiran kita..klau aku nampak bnda mabuk la..islam ni bkn main buat ja..tp dkuat kn dgn niat..wlaupun air sirap yg dminum..tp gtau kt kwn kita minum arak..haram hukum nya mcm minum arak.Allahualam..

Unknown said...

1 lg..kena jga tau sapa iran tu..bkn syiah ka?da kaabah sndiri..sapa pmerintah nya?bkn ka dorng yg tembak anak2 umur bwh 5 thn kt tadika?proxy barat...subhanAllah..keep a good works bloger..

Unknown said...

Ckp melayu la yek..jepun x ckp oumputih pn maju jga..bila orng sebut beer pa yg ko ingat?bnda mabuk kn?x kira brapa % hukum nya haram.tula kena p ngaji..jgn main hukum akal.dok pcaya bulat2 liberal tu la jd nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails