Monday, April 12, 2010

Batasi dan pelihara pergaulan

Tudung yang disarung dikepala melambangkan keayuan si pemakai, bukan sahaja nampak cantik bahkan ia menutup aurat dan ini adalah kewajipan ke atas setiap muslimat. Tudung yang dipakai ‘menyembunyikan’ mahkota diri. Dilabuhkan menutupi leher serta bahagian dada. Pakaian yang dipakai tidak lagi menampakkan bentuk tubuh badan. Justeru, pakaian yang dipakai mestilah tidak nipis dan tidak direnjis dengan pewangi yang boleh menyesakkan nafsu lelaki. Semuanya telah dikira sempurna dan banyak pula hikmahnya.

Namun begitu, hikmah di sebalik pemakaian yang menutup aurat ini tidak akan terasa jika soal pergaulan masih tidak terjaga. Bertegur sapa, berbual mesra, ziarah menziarahi dan saling memohon kemaafan, perlu dibuat dalam batas-batas yang ditentukan sebagaimana peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sekiranya ianya dilakukan tanpa penghayatan, dorongan iman, dan tanpa ilmu pengetahuan, hikmahnya tidak akan terasa.

Dari satu sudut, umat Islam disuruh mewujudkan kemesraan atau ukhuwwah sesama Islam, namun dari sudut yang lain pula syariat meletakkan batas-batas yang ketat, antara lelaki dan wanita yang

bukan muhrim. Sebagaimana contohnya, senyum dan bertegur sapa, mestilah bertempat, tidak sebarangan, apa lagi berlebih-lebihan. Sebenarnya di situlah letaknya keindahan seni pergaulan dalam Islam.

Syariat mengawal akhlak menjadi penyeri pergaulan. Lelaki dan wanita bukan mahram boleh berbincang dan bergaul, namun hendaklah dalam lingkungan pergaulan yang terjaga di samping mengelak perlanggaran syariat yang boleh menyebab timbulnya dosa.

Banyak hikmah yang dapat dicungkil dari peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT antaranya adalah mengelak daripada berlakunya fitnah dan memelihara kemuliaan maruah. Jelaslah bahawa dalam Islam segalanya mesti diletakkan kena pada tempatnya. Di sinilah seni pergaulan yang dikawal oleh akhlak. Barulah datangnya hikmah daripada peraturan yang Allah SWT bekalkan ini.

Pergaulan di dalam Islam amat berbeza dengan tatacara hidup barat

Firman Allah

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". QS An-Nur : 30-31.

Pergaulan yang terjaga mengelakkan berlakunya fitnah. Bilamana percampuran antara lelaki dan perempuan tidak dijaga, natijahnya kesan buruk akan terpalit pada umat Islam itu sendiri. Pemahaman terhadap Islam akan disalah tafsir, dan ini akan merugikan agama Islam. Islam itu ibarat menjaga kesihatan diri, "mencegah lebih baik dari mengubati".

2 comments:

Munsyi said...

salam.
remember when I told you to write an article instead of debating the ignorant Bilalian on Vypress. It's because I know you have the talent. The talent to spread the Islamic teachings through your writings. Keep it up man. Good work. Hope to read more from you.

Wassalam

NEL said...

Salam A'laik.

That's a good start buddy..Keep on writing..:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails