Wednesday, August 10, 2011

Jom perelokkan puasa Ramadan

Puasa tahun ini sudah masuk hari ke-10, bersamaan 10 Ramadan 1432H. Dibandingkan dengan puasa ketika zaman kanak-kanak, tempoh waktu dari terbit fajar hingga berbuka puasa akhir-akhir ini tampakya jelas terlalu singkat. Belum sempat perut berkeroncong dek lapar, azan maghrib berkumandang.

Keberkahan waktu diangkat. Masa berlalu dengan pantas tanpa manusia mempedulikan kebaikan yang perlu dimanfaatkan. Bagi seorang mukmin, Allah menjamin waktunya (keberkahan dalam waktunya), yakni terasa cukup dengan waktu yang diberikan kepadanya.

Beramal dengan zikir, mengaji dan melakukan amal-amal ibadat yang lain akan sampai terasa jemu kerana terlalu lama waktunya, walhal mereka tidak pernah puas untuk melakukan amal kebaikan. Manakala bagi yang sibuk dengan urusan dunia, waktunya terasa singkat kerana tiada berkah dalam waktunya.

Segala puji bagi Allah yang atas nikmat dan kurnia-Nya kerana diizinkan untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Kalau diluar sana masih ada yang tidak peka untuk merebut ganjaran Ramadan, rugilah seadanya. Siapa tahu Ramadan kali ini mungkin yang terakhir. Jom sama-sama menghayati amalan yang dituntut dalam bulan ini disamping merperbaiki amal puasa yang kita lakukan.

SUNNAH-SUNNAH PUASA
oleh: Arif Rohman Habib

[1] Mengakhirkan Sahur

Makan sahur mempunyai banyak keutamaan. Selain kerana Nabi SAW sangat menganjurkannya, makan sahur merupakan pembeda antara puasa kaum muslimin dengan puasa ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Perbedaan antara puasa kita dengan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur” [HR. Muslim]

Dianjurkan juga mengakhirkan makan sahur kerana Nabi sering melakukannya. Zaid bin Tsabit berkata kepada Anas “Kami makan sahur bersama Nabi SAW kemudian kami berdiri untuk sholat”. Anas bertanya “Berapa lama jarak antara azan subuh dan sahur kalian?” Zaid menjawab “Sekitar membaca 50 ayat” [HR. Bukhari-Muslim]

Di dalam hadis di atas juga terdapat dalil bahawa batas akhir sahur adalah azan subuh, bukan yang diistilahkan dengan imsak oleh kebanyakan kaum muslimin hari ini. Ini terbukti dari pertanyaan Anas “Berapa lama jarak antara azan shubuh dan sahur kalian?”. Hal ini menunjukkan bahawa batas akhir sahur di masa Nabi adalah azan subuh. Hadits ini memperkuat firman Allah ta’ala “Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” (QS Al Baqarah: 187). Di samping itu, terdapat banyak hadits yang menunjukkan bahawa batas akhir makan sahur adalah azan subuh.

[2] Menyegerakan berbuka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia akan senantiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” [HR. Bukhari-Muslim].

Ibnu ‘Abdil Barr berkata “Hadits-hadits tentang menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur derjatnya shahih dan mutawatir (banyak yang meriwayatkan). Di dalam riwayat Abdurrazzaq yang shahih dari ‘Amr bin Maimun, beliau berkata “Para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling bersegera berbuka dan yang paling mengakhirkan sahur”. (lihat Fathul Bari karya Ibnu Hajar).

[3] Berbuka dengan Kurma jika ada atau dengan air

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menuturkan “Dahulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka dengan rathb (kurma basah) sebelum menunaikan sholat. Jika tidak ada, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Jika tidak ada pula, maka beliau berbuka dengan beberapa teguk air” [HR. Ahmad dan Abu Dawud, hasan shahih].

Kurma antara makanan pembekal tenaga bagi tubuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails