Eropah kini dilanda salji tebal. Kegiatan harian penduduk menjadi tidak aktif seperti hari-hari biasa. Cuaca sejuk kali ini menjejaskan pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya di seluruh Eropah dengan beribu-ribu penumpang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau berek dan di dalam feri atau lapangan terbang ekoran salji tebal. Suasana yang berlaku di negara maju seperti Eropah ini justeru sesuatu yang perlu diambil hikmah disebaliknya.
Ribut salji yang tebal melumpuhkan jaringan pengangkutan di Eropah buat masa ini
Siapa menyangka bencana sebegini bakal melanda? Jikapun terjadi mengikut ramalan kajicuaca, mampukah manusia menghalangnya, ataupun sekadar mengurangkan kesan fenomena tersebut? Sesekali tidak mungkin walaupun sepersis mana ramalannya, impak bencana alam ini pasti merosakkan. Bala Tuhan yang menimpa yang kerap diertikan sebagai fenomena alam semulajadi ini menyebabkan manusia berasa ego dan angkuh dengan terus tidak mahu mengakui penyebab disebalik bencana ini adalah sebagai peringatan dari sang Pencipta.
Inilah tentera Allah yang dihantar kepada orang-orang kafir sebagai ancaman kepada keingkaran mereka. Kecanggihan teknologi yang mereka bangga-banggakan daripada bidang perubatan hinggalah kepada bidang ketenteraan bukan tandingan untuk melawan kuasa Allah.
Lihat sahaja kekejaman yang mereka lakukan kepada saudara-saudara Islam di Palestin, Somalia, Iraq, Chechnya dan seluruh pelosok bumi Islam. Mana yang tidak ditindas jika seseorang itu bernama Islam hanya kecuali mereka mengikut kehendak dan telunjuk mereka. Maksud firman Allah SWT
.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS Al-Baqarah: 120).
Namun mereka golongan kafir tidak mengetahui bahawa Allah tidak akan membiarkan hambanya yang beriman dihina dan dibunuh tanpa ada pembelaan. Sesungguhnya tentera-tentera Allah itu ada dimana-mana. Bukan hanya mereka yang beriman yang berjihad dijalannya, bahkan setiap kejadian atau makhluk Allah adalah tentera Allah yang diutuskan secara sirr (rahsia) sebagai membalas pukulan terhadap orang-orang kafir. Dalam peperangan Ahzab misalnya, Allah menghantar malaikat disertai puting beliung yang mematahkan serangan musyrikin Makkah, firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحاً وَجُنُوداً لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً
"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang tidak dapat terlihat olehmu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan." (QS Al Ahzab: 9)
Begitu juga yang berlaku kepada para mujahidin hari ini, berkat kesungguhan dan keikhlasan mereka berjuang membela maruah Islam, Allah datangkan pertolongan yang tdak disangka-sangka. Para tentera ghaib yang berjuang bersama mereka. Doa mereka supaya golongan kafir ini dilemahkan dimakbulkan Allah.