Thursday, February 24, 2011

Dulu artis, kini ingin berdakwah bersama PAS

Siapa tahu ajal maut manusia, semuanya adalah ketentuan Allah. Bob Lokman yang dulu bergelar artis kini memilih untuk berubah dan menjadikan Islam sebagai wadah perjuangannya. Baginya hanya Islam sebagai penyelamat untuk membawa manusia kepada Allah.


Parti Islam Semalaysia atau PAS merupakan parti politik di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan. Sejarah dan dasar PAS menjadikannya satu-satunya parti yang mendapat sokongan mereka yang cintakan Islam untuk turut sama menegakkan negara berlandaskan syariat. 

Ramai dikalangan artis di Malaysia yang keluar daripada dunia glamor dan sedar akan kesilapan yang dilakukan mereka selama ini. Bila keindahan Islam dihayati, mereka memilih untuk meninggalkan kehidupan berfoya-foya bertuhankan materi kepada kehidupan bertuhankan Allah. Moga lebih ramai artis diluar sana yang sedar dan berubah kearah kebaikan. Maksud firman-Nya

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-prang yang tidak beriman." (QS Al-An'am: 125)

Wednesday, February 23, 2011

Bob Lokman: Fi SabililLah

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Bob Lokamn menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ust Azizan

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Monday, February 14, 2011

Sambut Valentine atau sambut Neraka?

Hukum Meraikan Valentine Dalam Islam

Rasulullah SAW telah melarang untuk mengikuti tata cara peribadatan selain Islam. Sabda baginda, ”Barangsiapa meniru (adat/perbuatan) suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut ” [HR. At-Tirmidzi] .

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ” Memberikan ucapan selamat terhadap acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut HARAM “.

Mengapa? kerana ia telah memberi selamat atau merestui atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah subhanahu wata’ala. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah subhanahu wata’ala dan lebih dimurkai daripada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh.

Syaikh Muhammad al-Utsaimin ketika ditanya tentang Valentine’s Day mengatakan, ” Merayakan Hari Valentine itu tidak boleh ”, kerana alasan berikut :

Pertama: Ia merupakan hari raya bid’ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari’at Islam.

Kedua : Ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara remeh seperti ini yang sangat bertentangan dengan petunjuk para salaf shalih (pendahulu kita) -semoga Allah meredhai mereka-.

Contoh : Ada seorang gadis mengatakan bahawa ia tidak mengikuti keyakinan mereka (Barat), hanya saja hari Valentine tersebut secara khusus memberikan makna cinta dan suka citanya kepada orang-orang yang memperingatinya.

Memang benar ia tidak menyatakan keyakinan atau kebenaran keraian sambutan, tetapi dengan memberikan makna cinta pada hari tersebut, bermakna ia semacam mengiakan kewujudan hari Valentine tanpa sedar.

Saudaraku!! Ini adalah suatu kelalaian, mengadakan pesta pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang dianggap tidak apa, tapi lebih mencerminkan peng"adopt"sian nilai-nilai Barat yang tidak memandang batasan normal dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan sehingga saat ini kita melihat struktur sosial mereka menjadi porak-poranda. Hendaknya setiap Muslim merasa bangga dengan agamanya, tidak menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan. Semoga Allah subhanahu wata’ala melindungi kaum Muslimin dari segala fitnah (ujian hidup), yang nampak ataupun yang tersembunyi dan semoga meliputi kita semua dengan bimbingan-Nya.

Di dalam ayat lainnya, ertinya, ” Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” (QS Al-Mujadilah: 22).

Jadi, kesimpulan dari hukum Perayaan Valentine adalah sebagai berikut :

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak rebah jua akhirnya

"Hosni Mubarak, the Egyptian president, has resigned from his post, handing over power to the armed forces and ending a 30-year grip on the largest Arab nation.

Omar Suleiman, the vice-president, announced in a televised address on Friday that the president was "waiving" his office, and had handed over authority to the Supreme Council of the Armed Forces.

Suleiman's short statement was received with a roar of approval and by celebratory chanting and flag-waving from a crowd of hundreds of thousands in Cairo's Tahrir Square, as well as by other pro-democracy campaigners who attending protests across the country.
 

Tahrir Square responds to Mubarak's resignation

The top figure in Egypt's new regime is now Field Marshal Mohammed Hussein Tantawi, the country's defence minister.

After the announcement, he drove past Mubarak's former palace, where crowds cheered him. He stopped briefly to thank and hail the pro-democracy campaigners before driving in.

In its third statement to the nation since Thursday, the Supreme Council of the Armed Forces said it was examining the situation "in order to materialise the aspirations of our great nation".

The statement said that "resolutions and statements regarding the ... actions to be followed" in order to achieve the demands of the people will be handed down later.

In the televised address, the spokesman also extended "greetings and appreciation" to Mubarak for his service to the country, and saluted the "marytrs and those who have fallen" during the protests." Al- Jazeera News

Thursday, February 10, 2011

Mahu jadi suami yang disayangi?

Mahu jadi suami yang disayangi oleh isteri dan berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? Berikut ada 50 petua untuk bakal dan mereka yang telah bergelar suami:

1 Pasang niat dan selalu berdoa untuk menjadi suami terbaik bermula dari sebelum berumahtangga lagi. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa akan perkara ini.

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri
derita dan rumah tangga terancam.

Arab dictators urge Obama not to press Mubarak's departure

Arab dictators - kings, presidents-for-life, generals and colonels - feeling the heat from Egypt's determined protesters, have urged US president Barack Obama not to press the Egyptian tyrant Hosni Mubarak too hard. They fear that if Mubarak were to fall quickly, their own shaky thrones would be in danger.

FOLLOW ME, BUT WHERE TO? ... Obama undecided on where to lead his pack of tyrants

The line-up of Arab potentates is interesting. The king of Saudi Arabia, Abdullah, has joined his name-sake but bitter rival, Abdullah of Jordan, the ruler of the United Arab Emirates and the Zionist rulers of Palestine, to collectively urge Obama not to insist on Mubarak's immediate departure.

The Arab potentates need not worry. The Americans understand this all too well. They do not want to hand over an important country like Egypt to a "mob" that would in turn jeopardize their favourite client, Israel.

Instead, the Americans are speaking from both sides of their mouths. Whether Obama, vice president Joe Biden or secretary of state Hillary Clinton, have all repeatedly said they want an "orderly transition." This is euphemism for no sudden changes, that is no transfer of power to the genuine representatives of the people.

Instead, the US wants transfer of power to an equally, if not more secure, pair of hands. Who else but Omar Suleiman, the torturer-in-chief of the Pharaonic Mubarak regime in Egypt?

Suleiman (left) and his side-kick, general Mahmoud Wagdy, the new Interior Minister, who had served as the chief jailer of Egypt when Suleiman was chief of Egypt's dreaded intelligence agency, are trusted US and Zionist agents. They have been involved in horrible crimes against their own people for years.

Even now, hundreds of protesters have disappeared from the streets and their family members have no idea where they are held or whether they are even alive. It is not surprising that in addition to Mubarak, both Suleiman and Wagdy are etremely popular with the Americans and the Israelis. Both men have blood on their hands.

Friday, February 4, 2011

Dosa-dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. 

Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan
berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails