Sibuk dengan urusan sehingga tidak sempat menulis di blog. Mohon maaf kepada pengunjung blog saya. Apapun, doakan semoga saya istiqamah.
Afghanistan adalah bumi para pemuda yang merindui Syurga
Kisah mujahidin di Afganistan bahagian empat, rentetan kisah-kisah kemuliaan yang Allah kurniakan pada kekasih pilihannya. Jika ditanya, berapa orang dari kalangan kita yang sanggup meninggalkan anak isteri, keluarga harta dan pangkat semata-mata turun berperang mendaulatkan kalimah Allah juga membantu saudara seagama yang dibantai kaum kafir yang tidak senang dengan Islam. Tidak mungkin ada yang sanggup melainkan dia adalah calon pilihan Allah untuk menikahi bidarari syurga.
Namun kita sebagai hamba Allah tidak perlu khuatir kerana jika kita selalu berniat untuk syahid, nescaya akan mendapat pahala syuhada walaupun mati di atas ranjang. Namun perlu diingat, niat tanpa sebarang tindakan tiada gunanya. Dan kita seharusnya berusaha untuk menggapai syahid itu sendiri disamping berakhlak menurut syariat. Dari Sahl bin Hunaif ra berkata : Sabda Nabi saw, ”
Sesiapa yang meminta Allah untuk mati syahid dengan sebenar-benarnya, Allah akan menyampaikannya ke mertabat Syuhadak walaupun dia mati di atas katilnya (mati biasa)” [Hadis diriwayatkan dalam Sunan Sittah kecuali Al-Bukhari].
Nah, santapan rohani untuk pembaca dan juga diriku, moga kita dipilih Allah kelak.amin. Kisah ini dikutip dari kunjungan ke blog-blog untuk bacaan semua. Moga kebaikkannya dikongsi bersama.
Bahagian 4
Anjing tidak menggonggong kepada mujahidin
Abdul Jabbar berkisah lain. Katanya, "Di desa Marya ada seorang tokoh komunis. Rumahnya dijaga oleh seekor anjing galak sehingga sulit diperhitungkan seseorang yang memasuki rumahnya akan selamat dari serangan anjing itu.
Pada suatu hari, Faidhanullah memasuki rumah itu hendak membunuh tokoh komunis tersebut. Ternyata anjing itu tidak menyalak sedikitpun. Faidhanullah berhasil membunuh tokoh komunis itu dan dia melarikan diri dengan sepeda motor. Tiba-tiba anjing itu mengejarnya, maka Faidhanullah menembakinya. Tetapi anjing itu mengejarnya bukan untuk mengigitnya, namun untuk mengikutinya. Hingga kini anjing itu selalu mengikuti Faidhanullah, seolah-olah ia berganti majikan".
Seorang mujahid yang mendapat tikaman bertubi-tubi
Syaifullah dari Baghman bercerita kepada kami. Katanya, "Telah terjadi pertempuran tidak seimbang antara kaum mujahidin dan kaum komunis. Dalam pertempuran itu kaum mujahidin gugur, tinggal seorang. Seorang mujahidin yang masih hidup itu berpikir, "Jika hendak melawan tidak mungkin, mau melarikan diripun rasanya sulit". Akhirnya ia pun merebahkan diri di tengah-tengah para mujahidin lainnya. Ia melumuri dirinya dengan darah rekan-rekannya.
Tidak lama kemudian orang kafir itu datang dan menikami para Syuhada itu satu persatu, seolah-olah hendak membalas rasa dendamnya, termasuk mujahid yang berpura-pura syahid itu. Namun hingga kini ia masih hidup, berkat ijin Allah Ta'ala. Orang-orang datang hendak memindahkan para Syuhada itu ke pemakamannya. Tiba-tiba mereka mendengar rintihan seorang mujahid yang pura-pura syahid itu. Dengan demikian selamatlah dia dari kematian dengan menakjubkan sekali.
Awan melindungi para mujahidin
Qadhi Ghulam Rabbani bercerita kepada kami. Katanya, "Kami se-peleton mujahidin. Pada waktu itu musim panas. Kami diserang pesawat tempur musuh. Kami yakin tidak ada jalan untuk melarikan diri atau bersembunyi. Tetapi tiba-tiba awan memayungi kami dan turunlah hujan lebat, padahal tidak terdapat awan di langit, selain yang ada di atas kami. Hal ini memberi kesempatan kepada kami untuk mengundurkan diri dan selamat dari serangan pesawat musuh".
Pengecutnya kaum komunis
Abu 'Ubaidah telah bercerita kepada saya. Katanya, "Kami berhasil memasuki Aurghun dengan sebuah tank, sedangkan kaum komunis memiliki meriam 120mm, RBG-7, dan 50 buah senjata anti-tank 106mm.