Wednesday, June 2, 2010

Dewan komunikasi Yaman Seru Tambah Kapal Baru ke Gaza

Rabu, 02/06/2010 – Dewan Tinggi Forum Komunikasi Antara Parti Yaman menyeru seluruh rakyat Arab, Islam dan pihak-pihak antarabangsa agar bersedia untuk meneruskan konvoi keamanan ke Gaza. Bantuan perlu di lakukan secara konsisten. Ini penting bagi meneruskan segala usaha membantu rakyat gaza sehingga ada yang terbunuh akibat kezaliman dan kebinatangan Zionis Israel.


Bantuan yang sepatutnya tiba, terbengkalai dek kebiadaban Israel

Dewan ini turut mendesak kerajaan Mesir untuk membuka sempadan Rafah secara terus. Mereka juga memohon agar mana-mana negara yang mempunyai kedutaan Zionis agar diusir keluar. Palestinkini.info
 
Sepatutnya tiada negara yg menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel kalau mereka mengerti erti keamanan. Hubungan diplomatik sebenarnya meningkatkan rasa angkuh Israel dan mereka akan terus melakukan kekejaman tanpa mengira batas-batas kemanusian kerana sokongan dari negara-negara ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails